Dari meja editor muda : Jiwa Seorang Loser


Assamualaikum. Salam kegembiraan dan salam syukur pada Tuhan membenarkan aku untuk menaip artikel ini. Tujuan aku mewujudkan ayat-ayat ini adalah untuk memenuhi kehendak saudara Zoul Yazix. Aku percaya tentu yang sedang membaca ini akan tertanya-tanya apa pula masalah si setan ini mencarut panjang dengan segala bagai tujuannya.

Jiwa Seorang Loser itulah zine empunya aku. Aku yang mewujudkan ia dalam bentuk zine. Nah, aku yakin belum ada lagi yang tahu tentang ia. Inilah rutin aku bila aku hidup. Aku menulis dan aku abadikan ia untuk di kongsi dan di rasa oleh semua. Aku tak kisah kalau ada yang menyampah, aku tak kan sumpah sekor sekor jadi sesumpah, itu prinsip aku. Apa yang di baca melalui pandangan aku boleh di setuju dan di tolak. Zine Jiwa Seorang Loser ini lebih berkisarkan soal kehidupan aku yang kononnya di anggap personal. Sejujurnya, penulisan aku ini jujur dan benar-benar hidup. Memuatkan kisah harianku yang kadang-kadang lain dengan kalian dan boleh juga jadi sama. Apa-apa pun belum cuba belum tahu, dah cuba baru tahu, tahu?.

Apa yang menariknya zine aku ini ialah ianya di tulis oleh seorang perempuan yang bernama Maisara Amira, tidak seindah nama pula rupa parasku. Aku ini penulis jalanan baru yang meratah maruah orang agar cuba menyelami gaya penulisan aku, mana tahu boleh menggembirakan hati kalian yang berduka, ini hanya anggapan aku, jangan mengiyakan kalau tak suka. Aku ini budak belasan tahun, aku dilahirkan di Johor. Aku ini dibesarkan dalam keluarga yang sederhana. Aku tinggal bersama kedua ibubapa aku. Aku baru saja menamatkan zaman persekolahanku. Yang keparatnya aku ini, family aku langsung tidak tahu menahu tentang aktiviti aku membuat zine. Kejam kan aku ini?. Tetapi aku punya sebab kenapa aku rahsiakan ia, sebabnya aku segan untuk memberitahu oleh sebab dahulu kala kakak aku pernah memperlekehkan aku, dia rasa aku ini macam nothing dan tak mampu berbuat apa pun dalam penulisan, well aku tak kisah pun, biasa la yang sulung mana nak kalah dengan ego yang tinggi melangit. Arhh, persetankan soal kakak aku, yang penting kau orang perlu tahu kenapa aku wujudkan zine ini. Yang pertama, sebabnya aku menulis ini adalah atas dasar cinta aku pada penulisan. Aku begitu sayangkan penulisan sama macam aku sayang diri aku. Aku tahu aku di anugerahi bakat menulis dan aku juga ingin memanfaatkan sehabis baik. Bodohnya aku sekiranya aku menulis gossip untuk ruangan majalah urtv, remaja, yezz, eh, oh dan segala macam binatang. Ada baiknya aku salurkan bakat aku, jiwa aku melalui medium sebegini. Kalau dulu aku bodoh sepat soal pos mengepos, sekarang dah pro gila, kalau dulu aku tak tahu macam mana nak photocopy sekarang dah tahu dah, kalau dulu aku ini pemalas sekarang dah rajin dan menjadi pulak tu orang yang berguna….hahahaha, puji diri sendiri. Apa la salahnya kalau kita gulungkan syarikat majalah mainstream. Kan?

Yang menjadi soal lainnya aku juga sedang berjuang supaya bidang penulisan ini tak mati. Aku juga berasa sedih bila mana bahasa ibunda kita ini semakin hari semakin teruk juga dibelasah arus modenisasi. Orang fikir aku ini orangnya patriotis sedang aku ini orangnya yang sukakan bahasa kedamaian. Cuba kau bayangkan saat nanti 19 tahun akan datang, anak cucu kita sudah tidak tahu bercakap melayu sebetulnya. KITA jadinya KITER, KAU jadinya KO, SAYANG jadinya CAYUNK. Tidakkah ia mencacatkan bahasa kita?. Ini bererti Malaysia akan mempunyai dua versi bahasa melayu, versi 1 ini original manakala yang versi 2 ini versi rojak, ejaannya sudah berterabur dan pelik. Kau mahu begitu?. Jadi tak salah kan nawaitu aku ini?. Tidakkah aku ini bodoh jika aku mahu scene zine ini kembali meriah seperti dulu. Banyak idea yang dilahirkan, banyak pendapat yang dicetuskan, terserlah cerdik akalnya apabila seseorang menulis tentang sesuatu, aku tak kata yang tidak menulis zine ini bodoh, itu lurus bendul jawabnya. Aku berpendapat bahawa pentingnya zine ini oleh sebab ianya salah satu elemen penting dalam scene underground. Zine itu mempunyai nilai penting yang mana kita dapat menyebarkan ideologi, cerita, info dan macam-macam lagi. Lagipun, zine ini barangan rare dan amat menyeronokkan jiakalau di buat koleksi, nah sambil membanyakkan lagi ilmu pengetahuan apa salahnya kalau kita membanyakkan lagi sumber bahan bacaan. Jadi aku kira sudah cukup kukuh alasan aku menerbitkan zine ini. Masakan tidak, kisah dalam selimut pun aku coretkan dalam zine aku, jadi agak budus la siapa yang merelakan zine ini agar tidak dibaca oleh kau orang sendiri. Aku tak paksa, aku hanya berkata. Aku sendiri belum masak dalam penulisan jadi dengan apa yang tersedia ada sekarang aku cuba baikkan ia. Eh, apa la sangat kalau belanja RM3, RM4 untuk membeli sebuah zine ini?. Kalau lu orang boleh belanja buah hati makan beratus-ratus, masakan tidak untuk zine yang cikai, murah lagi padat dengan cerita, info, arts.

Di samping itu, minat aku pada muzik juga menjinjing aku kemari untuk terus menulis dan berkongsi. Tidak menjadi dosa bagi aku, kau dan semua bukan?. Jadi apa la salahnya jikaulau kalian membenarkan pintu hati kalian memberi ruang buat aku untuk berbahasa. Aku percaya, perkongsiaan itu ibarat lagu, ia berhak dinikmati semua. Yang aku sememangnya pasti aku menulis atas dasar nawaitu aku yang teguh bukan atas dasar semata-mata saja. Aku bukan tuhan untuk memaksa sesiapa membaca garapan aku, aku hanya berkongsi kerana aku ini ikhlas. Cerita aku hidup dan akan juga terus hidup hingga saat nafasku telah ditarik dari jasadku. Aku faham soal itu. apa yang bagus juga aku mampu membunuh musuh aku berkali-kali, aku mampu menikam mati musuh aku dengan mudah, ianya terjadi bila aku membunuh ia dengan penulisan aku. Biar dia tahu , aku ini manusia yang bisa jadi racun dalam udara. Ya, dia tidak mati tapi dia akan tersedak dari kesedapannya membenci aku. Aku bukan kisah bila aku dianggap binatang pada orang, aku hanyalah menjadi aku sendiri. Suka atau tidak itu terpulang. Kalau kau rasa apa yang aku rasa, nah itu bererti kalian masih punya hati yang suci, jangan rasa sangsi untuk mencuba membaca penulisan aku. Aku tidak mengecewakan kalian, jika kalian ini seorang pemerhati yang berakal waras. Kesimpulannya, penulisan aku ini bersifat jujur dan amatlah mudah untuk dihadam, ada pun yang ingin berkongsi pada aku sebarang apa jua boleh juga khabarkan pada aku. aku menerima ia dengan hati yang terbuka hana. Jiwa Seorang Loser ini akan terus meratah maruah si penulis sendiri untuk membuktikan bahawa bahasa bukan sekadar bahasa tetapi ia seni yang indah.

Aku juga perlu mengundur diri agar tidaklah nanti kauorang termuntah sebaldi gara-gara terlalu pening baca artikel aku ini. Aku mohon sejuta maaf jika ada baris ayat yang menyakitkan hati kau orang. Sekalung budi dan sejuta terima kasih aku ucap pada saudara Zoul Yazix yang memberi aku laluan untuk bercerita tentang apa jadahnya Jiwa Seorang Loser ini. terima kasih sekali lagi pada yang membaca artikel ini. Salam bahagia, salam damai, salam sejahtera.

Assalamualaikum.

Ditulis oleh : Amira Maisara

by zoul yazix, Wednesday, 8 February 2012


8 Responses to Dari meja editor muda : Jiwa Seorang Loser

Anonymous said...

Mantap!

Anonymous said...

tahniah.. wa pon teringin pulak nak join.

Abang Zam said...

nice nice

ini contoh budak muda yang power & bijak

± said...

way to go amira!

Pan. said...

power!

Unknown said...

btw..cmne nk order coz im the one who love to read zine n ada cikit buku mcm nie..can i noe..how to order ??
email saja saya..fiya_1402@yahoo.com

Jef Hadi said...

"..biasa la yang sulung mana nak kalah dengan ego yang tinggi melangit"

Betul cakap Amira ni. Betul sangat.

Mindaberbisa said...

Heh! memandangkan ke-loser-an ramai-ramai seperti menyorok najis sendiri ke dalam mulut. Dikunyah berkali-kali kerana ketagihan yang tiada pernah berakhir. Semakin dikunyah, semakin lahapnya pada dunia.