Review: Tabu

sumber

Ini pertama kali saya memiliki novel keluaran Fixi. Tulisan Shaz Johar berjaya membuat tangan dan mata melekat di buku ini sehingga memaksa untuk membaca sampai habis hanya dengan sekali baca. Cadangan saya pada para pelajar universiti yang lokek duit dan sangat berjimat-cermat dan berkira-kira nak beli novel; jika anda punyai baucer 1M untuk membeli buku itu, dan kira-kira nilai baucer itu masih berbaki, tidak keterlaluanlah kalau saya cadangkan anda supaya dapatkan buku ini di pasaran. Huehue.

Secara ringkasnya, Tabu menceritakan kisah seorang gadis bernama Bibi, dan kehidupannya yang berkait rapat dengan teman lelakinya, iaitu Mosi dan teman karibnya, Kim. Jalan ceritanya diolah dengan menarik tentang pemilik telefon bimbit yang misteri iaitu Nadim, yang akhirnya dibongkar di pengakhiran cerita. Kematian Kim mengundang curiga kepada Bibi sehingga memaksanya untuk menyiasat walaupun kes kematian Kim diklassifikasikan sebagai kes bunuh diri. Nak tahu mengapa Kim bunuh diri? Sila beli.


Sedikit komen ketika membaca:

  • Dalam cerita Tabu, anda akan dapati bahawa kisah Bibi dan kehidupannya banyak bergantung dengan telefon. Telefon adalah alat paling penting dalam cerita ini.
  • Gaya hidup yang islamik bukanlah apa yang anda boleh harapkan pada Tabu. Sebaliknya, kehidupan yang ditonjolkan lebih bebas dan bersahaja. Ya. Mereka hidup sosial dan urban gitu.
  • Jalan ceritanya diatur satu persatu dan kelihatan agak lambat, tapi watak Bibi sebagai gadis bersaiz plus itu sangat terperinci, dan menceritakan perilaku Bibi dengan saiznya yang boleh kita bayangkan dengan sempurna.
  • Bila baca kisah Bibi, saya mula mengubah persepsi yang agak skeptikal dalam kepala otak ni. Bukan perempuan saiz kurus sahaja yang boleh menjadi gorgeous. Perempuan bersaiz plus pun boleh asalkan punya keyakinan dan keberanian.
  • Kalau ada mengharap ada unsur-unsur seks tu memang maaflah. Cerita Tabu lebih berkisar tentang persahabatan, kepercayaan dan kejujuran. Juga sedikit perihal gangguan seksual. Watak-watak dalam cerita agak sedikit dan penulis agak pandai menggunakan watak yang ada untuk menyedapkan plot. Sampai anda akan rasa yang sebenarnya dunia ni bukanlah besar mana pun.
  • Mosi? Entah kenapa dari awal saya dah dapat mengagak dia akan berubah menjadi antagonis.
  • Dalam hati, ada juga rasa kasihan pada Bibi. Yalah, asyik berjumpa dengan lelaki yang ‘salah’ dalam hidupnya. Mungkin Bibi perlu bertaubat kembali ke pangkal jalan. Hehe. Lagipun Bibi pun dah berusia, kenalah cepat-cepat cari jodoh.

“A taboo is a strong social prohibition (or ban) relating to any area of human activity or social custom that is sacred and or forbidden based on moral judgment, religious beliefs and or scientific consensus.” -Wikipedia

Lepas baca, baru saya dapat kesan apakah ‘Tabu’ or taboo yang ingin disampaikan. Bolehlah dikatakan secara pendek yang tabu itu sendiri (yang paling jelas) adalah perempuan bersaiz plus dan berumur, hubungan luar nikah dan membunuh diri.

Sekian review dari Krakenia.

In by aida, Tuesday, 24 January 2012


5 Responses to Review: Tabu

zoul yazix said...

ada siapa siapa boleh ceritakan pada saya tentang cover buku ini?

Kaitan epal hijau separuh merah dengan tabu?

Amirah Rosli said...

FIXI pny buku mmg best. hr tu xbrani amik bku tabu lg.takut xbest.baca yg kelabu karya nadia khan.terbaik.sekarg bru rsa nyesal xamik dua2.haih.

Akim Iqbal said...

Ok, aku baru nak tanya soalan macam zombi tanya. Ada siapa boleh jawab ?

Anonymous said...

ada mention yg bibi (or kim..tak igt) try makan epal utk diet. Tu la kot relevannya.

Tp aku rasa lebih kepada perlambangan mcm apple dalam citer snow white. Tabu epal beracun?

zulfadzly. said...

baru beli semalam hasil tajaan baucer 200 tu. haha..

seriously, sepanjang baca tu mmg gelak sesaje..nak describe pjg2 nanti anti-klimax pd yg belum baca pulak..overall mmg best Tabu ni!!

malam ni nak khatamkan Kelabu pulak.

adiosssaaa..