selamat bulan oktober, semoga anda sihat-sihat selalu

Gundah tangis Abam Bukowski mengiringi lagu pop putus sudah kaseh sayang dendangan artisan bebas rasa-rasa hipster yang sedang merodok telinga, alir air jernih yang membentuk kali sungai pada pelipat lemak sedikit di atas pusat.

Kali Sungai telah mengakis satu ngarai yang tersenyum, kadang-kadang terasa sedikit gatal di situ. Tak apalah sekurang-kurangnya masih ada sisi gembira. Abam Bukowski cuma mahu senyum.

Dalam masa, kali sungai akan bertukar lautan payau tak berdasar dan Abam Bukowski akan ditelan kraken.

Abam Bukowski tidak tahu itu.

Buat masa sekarang Abam Bukowski lebih selesa membiarkan 'mulut' itu bercakap bagi pihaknya, mendiktat segala perlakuan.

Makan.

Senyum.

Dan makan lagi.

*

Kak Long kejut Subuh. Abam Bukowski menyusun aksara-aksara sopan ingin memberitahu dia sudah solat tapi hanya white noise yang mengiringi.

Abam Bukowski meraba-raba muka. Mulutnya sudah tiada!

Kak Long membebel perihal mamalia terbesar di darat sampai ke tengahari.

by ahmad, Sunday, 2 October 2011


5 Responses to selamat bulan oktober, semoga anda sihat-sihat selalu

aljambz said...

lostttt.

ahmad said...

kali ialah sungai

mulut betul abam sudah diganti oleh lemak berlapis [baca:'mulut'] di perutnya

Päk Läng said...

adakah lemak berlapis tu
seakan2 kuih lapis...?

dan adakah lemak berlapis (baca:mulut) di perut tu boleh
digunakan untuk bercakap...?

ahmad said...

ya dan ya

Päk Läng said...

ok...hebat!