Zine Satu Malam : Kini di pasar gelap berhampiran!


" Maisarah buat saya tersenyum, Televishen buat saya berkerut dan tersenyum, Seyogia Seorang Aku buat saya terbeliak, berkerut dan tersenyum"  - Yana Samsudin

Zine Satu Malam : Pulp Fiction

Sebuah ZSM versi solid yang mengandungi kompilasi tulisan tulisan milik penulis penulis yang rajin berlegar legar di wall facebook Zine Satu Malam. Tulisan tulisan yang berperisa mentega kacang, jagung, sirap laici dan banyak lagi perisa yang mampu membuatkan anda terhibur.

Seyogia Seorang Pentipu oleh Lucifer Abdullah


Sebuah zine solo ZSM tulisan Luc Abdullah yang padat dengan cerita cerita bergenre noir, gore, brutalistik, transgesif dan lain lain lagi. Terkenal dengan nama yang disalah ertikan maksudnya sebagai syaitan, Luc juga menulis dengan bertemankan aura syaitan yang membuatkan pembaca terasa gerun membacanya. Dalam sesetengah cerita, pembaca mungkin mengalami sesak nafas akibat penceritaan yang menarik pembaca merasai penderitaan mangsa yang diseksa.

(antara yang paling laku di Frinjan!)

Televishen oleh Nasyrun

Koleksi cerita pendek Nasyrun ini bakal menggulingkan pendirian anda tentang maksud bermain dengan imaginasi. Frasa 'bermain dengan imaginasi' tidak lagi sesuai digunapakai untuk menggambarkan pembacaan zine solo ZSM ini, tetapi sebaliknya lebih molek untuk menggunakan frasa "bersetubuh dengan imaginasi". Membaca cerita cerita pulp klasik tulisan Nasyrun ini akan menginzalkan minda anda seterusnya membuatkan anda terasa puas.

(antara yang paling banyak diangkat, diletak dan diangkat terus masuk poket di Frinjan!)

Maisarah oleh Zoul Yazix

(antara yang paling banyak dibeli gadis gadis comel di Frinjan!)

Zine yang mengandungi cerita pendek yang berkisarkan kehidupan seorang budak perempuan comel bernama Maisarah, pelajar tahun dua Marveles, Sekolah Rendah Kebangsaan Marco Pollo yang menggemari kucing dan penguin. Zine solo tulisan Zoul Yazix ini adalah satu bacaan ringan yang mampu membuatkan anda tersengih seorang diri seperti kerang yang direbus oleh seorang makwe cantik berkulit putih gebu. Tak percaya?

CARA PEMBELIAN

1.Masukkan RM25 ( Untuk keempat empat zine atau satu zine RM 5 + duit pos RM5) 
(Harga ini termasuk untuk pos ekspres) ke akaun berikut :
nama: Muhammad Zulhilmi
no akaun : 09 010 020 538 394 (bank islam)
*Pastikan anda masukkan jumlah yang tepat kerana baki tak akan dikembalikan.

2. Tunjukkan bukti pembayaran melalui email (zinesatumalam@gmail.com) atau di wall page facebook Zine Satu Malam

3. Sila nyatakan alamat dan nombor telefon

4. Penghantaran akan dibuat sekali seminggu pada hari Khamis. 

Apa apa masalah atau pertanyaan boleh diajukan terus di facebook atau ruangan komen.


14 Responses to Zine Satu Malam : Kini di pasar gelap berhampiran!

Azhar Ibrahim said...

#retis dah semua penulis2 ni.....

Hanif said...

mmmmm..
1 zine = rm5
4 zine = rm20
tmbh rm5 pos
total = rm25

soalan..klu nk oder 4 zine..msti msukkan rm30 ar kn??sbb rm5 bank xtrime..ke ade cre len??xbese ngn bli online ni..

^ai-mie : 아이-미^ said...

seriously, no maybank? bank Islam agak sshla~

tepijalan said...

alternatif bank lain ada?

eiffel said...

ah kemain....ada yana samsudin bagai...

Akemi Siegel said...

wah, saya nak beli empat2 zine tapi saya tak retilah pos2 ni :(

al-jambz said...

pergghhh. luar nampak suram, tapi aku yakin di dalamnya tersimpan seribu aksara yang mampu menaikkan rasa inzal dalam diri.

moga laris.

☻UsaGi NaNa☻ said...

sekali yana yg beli daa! hebat!

CassiaSiamea said...

mana nk dpt sekitar shah alam??

lavender harum wangi said...

Hanif : kalau bank in guna machine, yup tak terima RM5, tapi kalau manual kat bank/ transfer on9/ transfer kat machine, boleh je RM25 tu :)

Hanif said...

@lavender..thanks for the info..sbb mmg xpnh bli on9..bese cod je..

Aimi Rosli said...

WAH

xanzevieraUNLY said...

xda jual kat bookstore sekitar sabah ka ?? *soalan cupemas . hhaha

zombie said...

tak ada, sudah sold out. hehe