Review : Dendam

Novel tulisan Afifudin Omar ini merupakan karya bekas Timbalan Menteri Kewangan Malaysia suatu ketika dahulu yang turut menulis untuk novel Paradoks. Bagi yang menyukai penamat yang 'happily ever after' dari Fixi, inilah bukunya tetapi buku ini bukan lah kegemaran aku memandangkan olahan penceritaannya seperti novel-novel biasa yang terdapat di pasaran arus utama Malaysia. Tetapi, buku ini padat dengan olahan rencah filosofi, isu etika kepolisan Malaysia dalam perbezaan 'human beings dan subhuman' dengan mengutarakan tema kekuasaan dan politik suapan yang utuh. 

Pada babak 45 dan 46 mempunyai catatan nama watak yang sama tetapi berlainan iaitu Dato' Ismail Ishak (Bab 45) dan Dato' Ishak Ismail (Bab 46), dan jalan cerita miniplot yang serasa tidak begitu lancar dan berkerikil, mungkin sekali gaya penulis yang suka menggunakan stail imbas kembali.

Tapi keseluruhannya, jika ingin mengetahui bidang kepolisan Malaysia dan gelombang politik Malaysia, buku ini sebuah parodi yang sesuai menggambarkan Malaysia dan ombak perubahan pemerintahan dengan pentadbir politik yang berlainan.

Watak Khalil Gibran yang digambarkan di dalam Dendam adalah watak agoni yang kembali insaf dan akhirnya semua berakhir dengan baik. 

Sedikit petikan untuk kalian yang belum membelinya tetapi teruja-uja; 
" Khalil juga teringat akan strategi mencegah rasuah yang paling muktahir dengan melekatkan lencana bertulis "Jangan rasuah saya" di dada tiap-tiap anggota polis. Dia tersenyum sinis apabila teringat akan pada suatu petang, arwah anaknya Megat Haikal yang baru mendapat lesen memandu menceritakan peristiwa seorang anggota polis meminta RM100 daripadanya sebagai upah tidak menyamannya kerana tidak melekatkan stiker 'P' di cermin depan keretanya. Megat Haikal membantah dengan menunjukkan lencana yang terlekat di dada anggota polis itu. Anggota itu terus menjawab, "Cuba baca apa dia tulis. 'Jangan rasuah saya', bukannya 'Saya tak minta rasuah.'."

Sekian, reviu ringkas dari Luc Abdullah, Zine Satu Malam, pentas anak muda-mudi mengekspresikan tulisan picisan.

In by Anonymous, Sunday, 9 October 2011