Review : Jerat

Tulisan Dayang Noor keluaran Fixi, JERAT mencetus rasa 'excitement' dalam membacanya sehingga habis. Jika kalian ada baget RM 20 tetapi keliru mahu membeli buku Fixi yang mana satu dalam banyak-banyak keluaran mereka, saya cadangkan PECAH atau pun JERAT. Ia beraurakan tech-noir di mana berlaku konspirasi dalaman dalam tender IT yang bernilai RM400 juta di mana polis mengesyaki masing-masing dalam syarikat membawa pisau tetapi tidak diketahui siapa penikam yang sebenarnya. 

Tragis mengakhiri novel ini di mana ia akan menghampakan pembaca yang sukakan 'happy ending' tetapi di pihak saya, saya gemarkan penamatnya yang gelap. Seperti rumusan yang boleh kalian baca di kulit belakang novel ini, ia mengenai kontrak yang berkaitan dengan kemalangan Shereen, kematian pekerja syarikatnya serta kematian ayah bekas teman lelakinya. Tidak terlepas babak seks yang ringan dalam mengungkap realiti kehidupan serba hedonis dan juga pembunuhan yang dilakukan demi menghalalkan matlamat sendiri. 

Secara ringkasnya:
  • Ia berkenaan sistem pangkalan data yang menjadi isu di mana terdapat kelemahan yang lopong di dalamnya tetapi tetap dirilis kepada Soft Lab, syarikat yang menawar tender RM400 juta itu.
  • Noir ringan untuk dihadam jalan ceritanya. Sesuai untuk peminat noir!
  • Dalam menyampaikan watak Shereen yang hilang ingatan, dia mulai ingat sedikit demi sedikit dengan perwatakan analisa yang tegar dalam keperibadiannya.
  • Tempo jalan cerita laju sehingga kalian mungkin tak perasan, " Eh, dah tamat? "
  • Cerita ini bersangkut paut mini plotnya dari satu watak ke watak yang lain yang kadang-kadang boleh membuat kalian tercakap, " Fuck! "
Sedikit cebisan dari novel ini; 
" " Berbalik kepada dua orang programmer tadi, kan. Ada seorang tu kalau tak silap yang nama Prakash tu, dia ajaka kawan dia ni ugut Rizwan. Kalau Daya Juta tak nak naikkan lagi gaji diorang, diorang nak dedahkan rahsia pasal arahan untuk salin-salid kod tu, " tambah Yazid Saifullah. "

Apa lagi saya mampu cakapkan, beli lah, keh keh keh, kerana ia tidak lah seberat novel Amerika, tetapi ringannya seumpama mengunyah popkorn ketika menonton filem thriller. Sekian, dari Luc Abdullah, Zine Satu Malam.

In by Lucifer, Tuesday, 11 October 2011


7 Responses to Review : Jerat

Kontrol Histeria said...

masih tak baca. tapi akan di baca. huehuehue

D.N.A.S said...

Terima kasih kerana sudi tulis review. ;)

Puteri Gunung Ledang said...

Episod pertama sangat mengujakan.Saya beli kerana bab pertama.
Plot straight forward. Tidak perlu berkerut.
Debaran ada. Akhir cerita yang mengecewakan sebab mati.
Lagi satu kalau anda seorang yang noob komputer ataupun anda menggunakan komputer hanya untuk FB, Word dan Excel. TAK PAYAH BACA. Anda akan rasa cerita ini tidak masuk akal. Seriyesli.
Minta maaf. Saya manusia yang menilai. Cuba abaikan dan terus berusaha untuk buat novel lagi best.

Lucifer said...

Yeah, kita nampak di sini di mana pembaca klise akan mengharapkan happy ending dan imaginasi suapan.

Perbezaan wave length.

How ever, saya gemarkan stail penulis yang menggarapkan sesuatu yang tidak ada di platform buku Malaysia dalam tech-noir.

Fatin Nabeela said...

boleh dapatkan online ?

Lucifer said...

boleh2, gi www.fixi.com.my

Sastraboy Suhadi said...

PGL : Ciri ciri saya sama sebijik dengan apa yang Tuan Puteri kisahkan tu, tapi saya faham novel ni. Tak baik kasi seram bakal pembaca woo.