Misantrophy
Aku sekadar memerhati keliling ruangan persegi dengan pandangan kosong. Dingin. Mungkin
itu yang lebih tepat. Kemudian masuk seorang lelaki berbaju putih. Berdiri sejenak dimuka pintu
lalu merapatiku. Duduk. Kami sekarang bertatapan. Dingin. Dingin. Dingin. Sorot matanya,
sedingin suasana. Lalu aku cuma membalas dengan pandang mata kosong. Lelaki berbaju putih,
selak fail dihadapannya. Sekadar berbasa-basi.
“Nama kau Zul Haziq Abd Malik?” Lelaki berbaju putih memula bicara. Aku sekadar angguk
perlahan, bereaksi pada persoalan lelaki berbaju putih.
“Aku Khairul Hisyam. Aku ada beberapa soalan untuk kau. Anggap je kita tengah ngeteh kat
mamak sambil berborak kosong.” Sambung lelaki berbaju putih sambil menyuakan cawan yang
bukan berisi teh tapi skyjuice. Aku senyum sinis.
Lelaki berbaju putih seluk poket. Sekotak sigup merah dikeluarkan. Tarik sebatang dan hulur
kepadaku. Aku cuma menggeleng.
“Heh, kau tak merokok?” Sinis nadanya sambil sengih herot. Dibakar sigupnya, dihisap dalam-
dalam lalu hembus.
“So, kau sedar taik yang kau dah buat?” Lelaki berbaju putih mula beriak serius. Dan aku, cuma
mengangguk buat kesekian kalinya. Terkesan kerutan diraut lelaki berbaju putih. Mungkin
terkesan oleh reaksi dingin aku. Ah, peduli apa.
“Kenapa?” Lelaki berbaju putih menyoal lagi. Kali ini ringkas sahaja soalannya. Tapi agak rumit
bagi aku menjawabnya. Suasana sepi seketika.
“Saya dah fedup.” Aku balas pendek sambil tatap mata lelaki berbaju putih.
“Fedup dengan apa? Family kau?” Suaranya ditekan, garang.
“Fedup dengan semua, dengan manusia. Dengan kau juga.” Aku balas tenang. Sengaja baris kata
akhir aku tambah, menanti reaksi dari lelaki berbaju putih.
“Heh, kenapa?” Sudah aku duga reaksi nya, Sengih herot, sinis.
“Takpayah tanya kenapa. Aku pun taktau. Aku fedup. Macam tu je.” Aku senyum dan kembali
bersandar dikerusi.
Lelaki berbaju putih terdiam. Menganalisa kembali jawapan-jawapan aku tadi. Atau mungkin
saja, dia sedang mengatur ayat buat mencairkan bekunya suasana.
“Kau fedup lalu kau bunuh mereka semuanya. Apa kau dahaga darah?” Lelaki berbaju putih
kembali bersuara.
“Aku cuma tidak suka diganggu. Berkali aku tegaskan tapi mereka yang tak faham. Jadi aku
diamkan semuanya, lalu aku kini merasa aman.” Balasku.
“Heh, jadi kau nak aku tulis dilaporan yang kau ni gila. Supaya kau dikuarantin sendiri?” Nada
itu lagi, dingin benar lelaki berbaju putih.
“Itu adalah syurga bagi aku. Lihat muka kau saja aku terasa mahu muntah, apatah lagi
mendengar kau berbicara. Aku benci manusia.” Suara ku tinggi, sedikit beremosi.
“Ok that’s it. Permintaan kau, aku tunaikan. Terima kasih sudi ngeteh bersama.” Lelaki berbaju
putih bangun lalu meninggalkan aku sendiri.
*****
Baru semalam aku dikuarantin dibilik ini. Tapi aku sudah naik gila. Dimana-mana aku lihat
bayang manusia. Aku muak. Aku mahu muntah. Aku sudah tertahan lagi. Ku hentak kepala
kedinding berkali-kali. Perlahan perlahan dan makin melaju dan laju dan laju. Pandangan ku
mula kelam, gelap dan hitam.
*****
Lelaki berbaju putih sengih herot saat menyemak laporan seorang pemuda. Tidak sangka ideanya
meletak si pemuda dalam bilik dipenuhi cermin, berhasil secepat itu.
NAMA
PUNCA KEMATIAN
TARIKH
WAKTU
: Zul Haziq Abd Malik
: Bunuh diri
: 27SEPT 2011
: 02.27a.m
“Bodoh, kau lupa yang kau juga manusia.” Lelaki berbaju putih tutup fail dan berlalu pergi.
oleh: Lavender Harum Wangi
One Response to Misantrophy
apa Zul Haziq Abd Malik itu menganggap dirinya dewa atau apa?
Post a Comment