Review: Kuala Lumpur,Aku Okay

    
Kuala Lumpur ,Aku Okay, adalah sebuah buku bertemakan cinta yang terilham dari filem. Tapi filem tak siap lagi. Akan datang InsyaAllah. Buku ini ditulis oleh lima orang sekawan iaitu Razaisyam Rashid (pembikin filem), Mohd Jayzuan (Penyanyi/gitaris band Free Love dan juga penulis), Aidil Rusli (ahli band Couple), Fazleena Hishamuddin (pelakon,pengiat teater,penyajak) dan Sufian Abas sendiri (Sang Freud Press itu hak mutlak beliau).

Terdapat 25 buah cerita keseluruhannya dan kebanyakan cerita yang ditulis dalam KL, Aku Okay ni sebenarnya ekspresi pendapat dan pandangan tentang cinta dari kacamata penulis tu sendiri yang kadang-kadang pendapat tu tak pernah terlintas dalam kepala otak kita. Senang cerita kalau kau baca buku ni dan fahamkan dengan betul, secara spontannya kau akan tersebut, 'ha'ah la' atau 'betul juga'.

Cuma Aidil Rusli seorang yang cuba lari sikit dari tema cinta dengan menulis tentang benda-benda yang berkaitan dengan muzik seperti cara-cara menulis lagu dengan baik, tips menubuhkan band, dan beliau juga memilih untuk menulis dalam bahasa inggeris. Oh lupa, Aidil cuba bereksperimen dengan  meng'Google Translate'kan beberapa cerita beliau yang berbahasa inggeris menjadi bahasa Melayu. Agak menarik sampaikan aku google translate balik untuk fahamkan apa yang dia cuba tulis.

Akhir sekali, keseluruhan kisah dalam cerita ni sebenarnya bagus dan menarik. Kalau tak menarik, mestilah aku tak beli kan?(cover page dia cantik). Satu lagi, seratus peratus keuntungan hasil jualan buku ini akan digunakan untuk pembikinan filem KL, Aku Okay kelak. Jadi adalah afdhal bagi para penikmat seni untuk berbondong-bondong menghulur tangan dengan membeli buku ni yang cuma berharga RM 25.

Berikut ni sedikit pil perangsang dari Kuala Lumpur, Aku Okay.




-syakirindaud