Malaikatul Maut

Pilihan hanya dua dimilikinya untuk direstui, samada pilih mati sahaja atau pilih sengsara selama hidup. Itu kata doktor sebentar sepetang sebelumnya.

Dua-dua sama pekat, dua-dua sama hitam tarafnya.

Dan dia yang terlentang diatas katil, nazak menjalar setiap inci tubuh tua, nafas tersekat-sekat. Angin luar mendayu menerpa pipi. Lembut. Tenang. Kipas dibuka pada kelajuan dua.

Difikir sepuas rasa, 
apa makna hidup jika sakit itu melekat?
apa guna mati kira nikmat hidup tidak dapat?

Semenjak dia terdengarkan kunci jawab, dia akur sebenarnya dia sudah koyak dengan ujian. Apa mahu dibuat jika sembuh itu malap untuk penyakitnya? 

"Maaf, saya tidak mahu bohong tapi mungkin masanya sudah ditakdirkan Qada dan Qadar." kata tuan doktor dengan mata simpati.

Dia diam.
Khali sejenak.

Makanya minda mula memanggil, menyeru cara keluar lain. Euthanasia, seumpama.

Mati itu cara keluar mudah.

Exit.

Kau sudah tiada harapan untuk berjalan keluar lagi, harapan terkulai.

Dia mendengus, berat sekali nafas. Dia sudah putus, bahawa malam ini terakhir bulan mahu ditatap. Dia mahu keluar.

Tetapi kata Mualim dahulukala, bunuh diri itu dosa besar. Sekali dicuba, neraka tempat tinggal selama masa berputar-putar. Tiada pengampunan, kerna ayat-ayat suci dan sunnah nabi pernah bercerita.

Akalnya menidakkan. Sepertimana adalah hak untuk bersuara, Allah merezekikan juga hak untuk berdiam. Hak untuk menyantap makanan dan hak untuk menolaknya. Hak untuk mencelah antara kedua-duanya.

Hatta dalam soal hidup-mati, sudah tentu pengecualiannya tidak terlintaskan.

Hak aku mahu hidup, hak aku mahu mati. Itu jalan aku.

Dia mahu mati.

********************

Bilik dipenuhi mereka yang berbaju-kain putih. Doktor dan tukang jururawat. Tuan Doktor memandangnya, mata meminta izin tuan punya nyawa. Bilik terang benderang, dan luar tingkap disebelah kiri, purnama menyapa. Kejam.

Dia angguk, menyerahkan segala jiwa dan raga pada jarum racun bisa.

Disuntik.

Mata ditutup.
tangan genggam.
Ajal sudah menari-nari didepan mata.

Hitam.

Ah, apa itu?

'Sesuatu' muncul dicelah orang disekeliling. Pandangan mula kabur. 'Sesuatu' itu ternayata berjasad seperti dia juga, ada tangan dua ada kaki dua. Tapi jauh sekali sifatnya seperti manusia.

Dia atas kepala dua tanduk gagah megah, badannya sisik hitam seperti kulit anakonda. Baunya masya-Allah, busuk sekali! Seratus puluh juta bangkai tidak terkalahkan. Kukunya pula bersinar dibawah kilauan purnama, tajam dan kejam. Dibelakang susuk badan ada dua kepak gergasi dicantumkan.
Dan yang paling aneh, hanya dia saja mampu melihatnya. Doktor-doktor itu diam berdiri. Masa sudah henti? Apakah ini Tuhan?

Ketakutan mula mengogok diri,
apakah binatang
yang lawat datang
pada hari terakhir nafasnya?

Binatang itu, matanya kejam seperti penghuni neraka terdalam. Dibuka sayap kiri, memenuhi ruang bilik. Menutupi cahaya lampu yang terpancar diatas katil.

Dicelah kepak, ada suara bergema. 

Jeritan azab! 

Dan muka-muka orang yang terus diseksa sekejam-kejamnya menerpa keluar. Ada yang kepalanya hangus dibakar, ada yang mukanya renyuk dicalar besi-besi keras. Di tempat seperti itu, kasih sayang tidak pernah menyinggah.

Akhirnya makhluk itu bersuara;

"Nama aku Azazil, dan kau akan kuheret ke Neraka Jahannam!"

Suara itu,
atau isi kandung,
memecahkan rohnya dari dalam.

Api hitam muncul sekali dari pancar matanya, panas lebih panas dari apa-apa yang pernah dirasai dari dunia. 

Dia cuba menggerakkan badan, tapi tiada upaya. Setiap sendi uratnya tidak patuh pada arahan. Dia cuba bersuara, meminta belas kasihan doktor yang hanya dari tadi tercegat diam seribu kata, tak kesampaian.

Sebentar lagi, akan dibawa dirinya ke Neraka.

Alangkah betapa sayunya, bukankah lebih baik kiranya dia patuh denga kata-kata Mualim?

Nyawa itu bukan hak kamu,
nyawa itu hak Allah ya Rabbul Alamin,
yang hanya dipinjamkan,
untuk kamu beribadat kepada-Nya.


In by Anonymous, Saturday 16 July 2011


9 Responses to Malaikatul Maut

jhnrdzi said...

Hihi thanks luc :)

zinesatumalam said...

power power

Amiey White said...

hi johan tetibe

syakirindaud said...

terbaik dari ladang. tapi nama malaikat maut bukan izrail ke? azazil ni the fallen angel a.k.a setan kalau tak silap kawan la.

jhnrdzi said...

DAmn yeah aku salah pulak. haha yeah kau benar kawan, azazil lah yg jatuhd ari syurga. Izrail si malaikatul maut.

Dayyum!

jhnrdzi said...

@amiey

hai awek hot ^^

Amiey White said...

gua tak hot -.-" pape , dah ada awek #tetibe wakakakaka

zoul yazix said...

abang johan tak nak join jadi penulis tetap ke?

jhnrdzi said...

@amiey white

hai saya masih single, mau saya teman bersiar-siar di taman? #tetibe

@zombie

Janganlah abang bro aku masih muda muda lagi. hihi. Err, tapi aku masih amatur :S