:: Ramadhan ::

Ramadhan hampir tiba, aku juga merasai nikmatnya, tapi disebalik itu, ada kenangan yang tak mungkin aku lupa.

7 Julai 1991
Teratak bonda.

Subuh itu buat aku terkenang kembali saat kecilnya aku, bila Ramadhan tiba Bonda yang paling sibuk meyediakan kelengkapan untuk kami sekeluarga, keluarga kami tidak besar, kami jugak hidup cuma serba sederhana, tapi kami kaya dengan kasih sayang. *senyum*
Bonda sibuk memasak di dapur, dahulu mana ada periuk letrik, kalau ada pon bonda lebih senang memasak guna dapur kayu, aku sendiri tak tahu kenapa, selalunya lauk sahur kami tidak semewah mana, cuma telur masak kicap, ikan goreng dan sayur bayam tumis air, nasi panas, tapi itu cukup buat kami kekenyangan, air tangan ibu mana yang tidak mengenyagkan ( menyeringai) .

Abah akan mengejut seluruh isi rumah untuk bersahur, terkadang aku ini lumrahnya yang paling bongsu, jadi degil malas semua ada, abah angkat aku kedapur, bonda rajin menyuap aku,.Selesai sahur, abah ajar aku niat berpuasa, syukur aku mudah menghafal, jadi senang untuk aku.  Abah janji padaku, jika aku usaikan sebulan berpuasa aku dapat upah..sehari berpuasa seringgit abah bagi, kalau separuh hari abah bagi lima puluh sen,apalah yang aku tahu, aku cuma kanak-kanak.

Seharian berlapar, buat aku penat, marah, mengada-ngada. bila pulang dari sekolah aku mengadu pada bonda, bahawa kawan-kawan aku semuanya boleh makan di sekolah, tapi kenapa aku kena berpuasa. Bonda pujuk aku, katanya nanti senang bila dah dewasa tak merungut, dan dalam islam kena belajar berpuasa. Abah pujuk serta mengingatkan aku tentang upahnya. Aku duduk diam, penat, tak mahu bermain. masam mencuka.

Selepas asar, bonda pasti mula sibuk di dapur, bersama dengan kakak ku, menyediakan serta memasak untuk berbuka nanti.Selang sejam, pasti aku tanyakan bonda berapa lama lagi boleh makan. Aduhh aroma masakan ibu menusuk, masuk ke perut. aku lapar bonda! Aku duduk termanggu di tangga, menunggu jatuhnya matahari. Abah pulang dari kebun , seraya mengajak aku ke bazar ramadhan, aku turuti. Bermacam juadah aku lihat di bazar, semua aku hendak., dan abah beli, tapi serba sedikit. Kalau tak habis kata abah membazir.

Bila sampai masa untuk berbuka, aku antara yang awal duduk di hadapan juadah, bila kedengar azan, abah baca doa, kemudian minum air serta sebiji buah kurma. Aku turuti jua, kemudian abah arahkan kami ambil wudhu. aku sudah masam mencuka, abah kata solat dahulu. Lemah longlai aku bersama abah. Bila usai solat, aku tidak tunggu lama, makan terus. Alhadullilah kekenyangan aku. Abah kata, ada lagi 29 hari untuk aku habiskan. Pengalaman hari pertama  buat aku meneruskan hari-hari di bulan ramadhan, bila sudah lama, aku terbiasa.

Aku tak akan lupa, bila puasa tiba ke penghujungnya, kami akan menyambut perayaan, lagi sibuk. Menghias rumah, membuat kuih serta berbagai acara. 1 Syawal, indah rasanya, berbeza syawal dahulu dan kini.aku rindu waktu dulu.

Nikmatnya berpuasa, bonda dan abah ajar aku pada usia muda, membuat aku tak sabar menunggu kedatangan ramadhan, merasai manisnya berpuasa.

2011

Ramadhan kali ini, terasa sungguh lain, lain benar. Tiada lagi kelibat bonda sibuk di dapur, tiada lagi abah yang ke bazar ramadhan, tiada lagi gelak tawa waktu berbuka.
Aku kembali ke teratak bonda ini, rindu akan bonda. Mungkin petang-petang aku akan ziarahi bonda dan abah, sedekahkan al-fatihah juga yassin untuk bekalan disana.

Rindu ramadhan menggamit rindu aku kepada  Bonda juga Abah.
al-fatihah




niyadriane


One Response to :: Ramadhan ::

Aween Md Zahir said...

hyep :) salam Ramadhan ntk awk..same goes to me..salu teringat zaman puasa kecik2 dlu..mcm2 ragam..sgt indah kenangan dlu kan ?? btw,,Al-Fatihah nt arwah ibu & ayah awk..biarpun semua itu da berlalu,,tp forever green in the memory :)semoga Ramadhan ini diperoleh keberkatan..