Abang, bosan lah blog Zine Satu Malam ni. Bosan sampai rasa nak tarik tarik rambut.

Ok sekarang gua nak cari penulis penulis yang rela menjadi penulis tetap blog ZSM tanpa gaji, elaun mahu pun puji pujian yang melambung lambung. Blog ini mungkin akan diupdate tiap tiap hari supaya setiap hari lu orang datang, boleh baca benda baru. Dan tak rasa bosan dah datang tengok benda yang sama je.

Lagi satu kalau blog ni jadi sarang tulisan manusia manusia mutasi dengan idea yang power nanti ramai lah orang tertarik join kita di ZSM ni ye dak? Barulah ada ramai orang nak join bila buat zine. Tak ada lah jadi ZineSatwoMalam.

Ok benda apa yang boleh lu orang boleh tulis/sumbang/baca dekat sini?

Cerita pendek yang tak panjang. Kalau panjang lu orang malas baca ye dak? Cerita pendek ni boleh jadi cerita yang tak masuk akal macam cerita cerita dalam Pop Fiksi ZSM. 

Puisi yang tak jiwang terlampau leleh. Kalau jiwang leleh menetes nanti lu orang geliw lew pulew ye tewk? Gua ni tak reti sangat nak nilai puisi.

Lukisan yang power. Power ni tak semestinya kena lukis pakai tangan dengan kemahiran mengaler yang tinggi. Contoh macam lukisan gua, pakai paint je pun tapi tetap power. kah kah kah

Perkongsian buku/zine/majalah percuma yang boleh dimuat turun bila bila masa. Tak kira lah buku apa sekali pun selagi mana ianya sesuai untuk dikongsikan secara terbuka.

Review buku/zine/lukisan/tulisan/short movie yang telah dibaca/ditonton untuk dikongsikan bersama. Kalau power kita beli ye dak. Kalau tak power kita pinjam. hik hik hik.

Ok sekarang siapa volunteer nak jadi penulis tetap? Gua dah jumpa beberapa orang penulis so gua terus pergi pinang. Ada yang gua pinang sendiri ada yang gua minta tolong Miss Amiey dengan Miss Kraken tolong pergi meminang. Jangan tunggu anda dipinang! Sila tebalkan muka cakap 

"Saya dengan penuh konfiden dan tanpa rasa malu ingin menjadi penulis blog ZSM. Disini saya sertakan beberapa tulisan saya/ url blog sebagai rujukan kalian"

kenapa kami kena pilih? Kenalah pilih, risau kang ada yang tulisan tak sesuai untuk dalam blog ni. Contohnya yang jenis menulis gayew tulisan tah papew dan wat sayew rase sanad baran. Lagi satu Jenis Tulis Macam Ni Gua Tak Berkenan Betei Rasa Nak Terajang sebab tak mesra pembaca. Begitulah angkuhnya gua ini dalam membaca.

Penulis tetap dan penulis kadangkala ada.

Apa beza penulis tetap dengan penulis kadangkala ada? Penulis tetap dia dah terikat dengan tanggungjawabnya keatas blog ini manakala penulis kadangkala ada tak terikat. Dia tak akan rasa "gilababi cuak woi. Gua dah 8 tahun tak update blog ZSM padahal gua penulis tetap!" Begitulah dasyatnya penangan menjadi penulis tetap seolah olah mengikat perjanjian dengan syaitan yang direjam.

Jadi penulis tetap ni mereka ada akses kepada blog ZSM bila bila masa, manakala penulis kadangkala ada kalau mereka rasa nak berkongsi karya mereka kena contact admin ZSM samada di facebook mahupun email. Jadi mana mana satu pun tak kisah janji kalian setia bersama kami. So kalau ada karya yang nak dikongsi jangan segan hantar!

INGAT!

Fokus kita adalah pada fan page dan penerbitan zine pdf. Blog ini hanyalah sebagai tempat lepak lepak bila bosan rasa nak membaca atau nak spam shoutmix/komen. Di wall fan page, kalian boleh kongsi apa sahaja  karya sesuka hati dan bila bila masa. Jangan lupa join pada malam malam bertuah kita buat zine! 

Jadi hubungi kami dengan segera! Sama ada facebook gua, Amiey, Kraken ataupun emailkan sahaja kepada zinesatumalam@gmail.com.


17 Responses to Abang, bosan lah blog Zine Satu Malam ni. Bosan sampai rasa nak tarik tarik rambut.

lavender harum wangi said...

hik3..

lavender harum wangi said...

hok3..

lavender harum wangi said...

hek3..

lavender harum wangi said...

huk3..

lavender harum wangi said...

hak3..

bujal X said...

Pick me pick me hamaigod!

lavender harum wangi said...

okbai~

Khry Hnry said...

angkat kaki....

zinesatumalam said...

Gua tak tahu mana satu yang serius ni woi! kang semua gua buat buat tak nampak je. kah kah kah

bujal X said...

Buat muka serius

Khry Hnry said...

why so serious...hehe serius la ni versi sexy...

Lucifer said...

"Saya dengan penuh konfiden dan tanpa rasa malu ingin menjadi penulis blog ZSM. Disini saya sertakan beberapa tulisan saya/ url blog sebagai rujukan kalian"

tepijalan said...

cun la.(+,o)

Dark Half said...

cun cun

Linda Zizan said...

"Saya dengan penuh konfiden dan tanpa rasa malu ingin menjadi penulis blog ZSM. Disini saya sertakan beberapa tulisan saya/ url blog sebagai rujukan kalian"

:D

A retarded kitty said...

brader,kalau aku jadi writer sini BM aku boleh dapat A+ tak?

kekeke

Penjiwa Jalanan said...

aaaaaaaaaaaaaa
waaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa
yawwwwwwwwwwwwwwwwwwww
wiwwwitttttt