Archive for January 2012

Bukan Ulasan tetapi Mempromosikan Sesuatu Yang Lain

6

Saya bukan lah siapa-siapa untuk Jargon Books, cuma lah pembaca, yang apabila si pembaca ini suka kan apa yang dia baca, dia ingin bagi orang lain baca sekali untuk meraikan 'excitement' yang dia perolehi ketika membacanya, sama lah macam saya, mahu mengkongsikan sesuatu yang barang kali, berbaloi untuk kalian habiskan RM 23 untuk buku yang mempunyai 133 muka surat, 10 cerita dari 10 penulis, yang bukan calang-calang bagi saya yang gemar mengikuti perkembangan beberapa penulis yang terdapat dalam buku ini.
Borang Pesanan
Tajuk: Kelahiran Lain
Nama penulis tanpa mengikut susunan cerita yang tidak bertajuk: 
Aedi Asri, Ainunl Muaiyanah, Daniyal Kadir, Hud Hanafee, Nadrah Mustafa, Rasyidah Othman, Shafiq Halim, Tramizi Hussin, Wan Nor Azriq dan Zulwaqar Akram.

Dalam sepuluh cerita ini ada lapan yang terkesan tidak kira lah ia membuat saya fikir dalam-dalam mahu pun tersengih sorang-sorang dalam kedai makan ketika membaca ini, di mana ia sarat dengan kehidupan, bagi saya, yang dihiris-hiris oleh emosi dan direncahkan dengan filsafat, ada yang pekat, ada yang nipis. 

1. Cerita pertama nya kalau saya simpulkan tentang perasaan, hati, jiwa dalam kemelut perasaan. Bukan lah kispen cinta yang biasa, kerana ia dikayakan dengan filsafat si penulis, dalam merungkai kehidupannya dengan 'orang' itu.

2. Cerita keduanya bagi saya sangat menarik, dan penulisnya berjaya memasukkan saya dalam ceritanya, tentang seorang lelaki yang berpuisi dengan gadisnya dalam kereta, dan ya, puisinya sangat berahi, dan buatkan saya yang tidak mudah menelan puisi, khayal dalam ceritanya.
"Aku cakap, malam ini bulan menyendiri, ada di sini. Di dalam kain baju kurung ini. Di celahan kelangkang mu, perempuan. Aku cakap lagi, bulan, biar aku menyentuhmu. Tangan aku perlahan-lahan masuk ke dalam kainnya." m/s 13, Kelahiran 2.
Penulis ini kemudiannya membawa saya mengembara dalam cerita nonlinear ini masa dalam usia watak utama berusia 13 tahun di mana cikgunya suka sajak dan dia suka cikgunya, kepingin akan cikgunya. Tanpa sedar, saya diperkenalkan dengan sajak, tanpa sedar saya jadi suka dengan puisi. Dan cerpen ini bagi saya antara yang terbaik pernah saya baca (it's my cup of tea).

3. Cerita ketiga ini yang buat saya tertarik terus untuk membelinya, kerana ia adalah sebuah cerita pendek yang diceritakan dalam pelbagai gaya yang berlainan iaitu konvensional, avant-garde, wawancara arus perdana etc maka belilah sendiri.

4. Cerita keempat ini masih lagi membicarakan filsafat kehidupan, erm, bukan perisa yang saya gemar, tapi barangkali lebih digemari orang lain. Tentang kehidupan dan perhubungan insani, yang saya telan tanpa fikir panjang.

5. Cerita ini berpusing pada satu plot watak utama yang tengah menjawab soalan, saya ditarik masuk dalam mesin masa cerita ini, berulang kali. Perlu kah saya bocorkan soalannya? 

6. Ia adalah kegemaran saya. Teknik penceritaannya adalah kegemaran saya, dan ia menusuk, dengan rencah satiranya yang memukul, menuding saya di dalam kulit manusia yang telah dibelah-belah. Transgresif. What could I say more? Ustaz di dalam tivi itu masih lagi menuding-nuding jarinya pada saya, sekarang.
"Ustaz itu berpesan dalam nada yang seperti menyindir kepada aku, janganlah berpura-pura sedang gembira sedangkan kamu tak layak untuk bergembira kerana api neraka menanti kamu. Janganlah pula kamu berpura-pura seperti sedang hidup sedangkan kamu sebenarnya sudah mati semalam dan tiada siapa pun yang sedar kamu sudah mati kerana kamu banyak dosa dan api neraka sahaja yang boleh menerima jasad kamu. Rasakan. Rasakan. Rasakan." m/s 81, Kelahiran 6.

7. Ini tentang Halim dan Perempuan alamaya yang dia tidak pernah nampak wajahnya melainkan tubuhnya, dia dalam perjalanan mahu berjumpa perempuan itu, dalam perjalanan dia mengimbau memoirnya.

8. Perempuan hujan, perempuan bulan, cinta, laki-laki. Laki-laki ini mahu membunuh dirinya dan mencuba beberapa cara tapi diri dia sendiri menghalangnya. Saya belum berjaya meletakkan diri saya di dalam ceritanya, mungkin kerana saya belum cukup kecewa dengan kisah cinta saya setakat ini (barangkali).

9. Saya sukar khayal di dalamnya, saya cuba melemaskan diri tapi gagal.

10. I took two days to read this fiction, as I am not good in English fiction, day 1; I failed to drown in this fiction but day 2; I managed to understand it, and I felt the sadness conquered me much. This is life that we've been struggling to be happy to, yet, we are the walking dead in a fresh meat's suite.

Moleklah saya ulangi sekali lagi yang saya komenkan dengan citarasa saya sendiri, berlainan dengan rasa-rasa orang lain, yang saya mahu kongsikan, seperti semangkuk mi kolok yang sedap, mahu saya hidangkan pada orang lain untuk merasainya sekali.

Ulasan yang bukan sebetulnya ulasan ini ditulis selepas sebulan membacanya, dan sisa yang tinggal itu lah terkesan, apa yang istimewa tentang buku ini adalah ia tiada tajuk, dan nama penulis dihalimunankan, hanya fiksyen dalam membebaskan imej/nama penulis dari tulisannya sekaligus mengelirukan saya dan pembaca itu sendiri dengan pendapatnya tentang siapa yang menulis yang mana. (*merujuk kepada komen qifahsdamha dalam kotak komen)

Ya, saya terkena dan pastinya komen saya yang berselitkan sedutan itu yang memabukkan saya dalam fiksyennya.

Sekian, dari klan Zine Satu Malam.


In by Anonymous, Monday, 30 January 2012


Review: Tabu

5

sumber

Ini pertama kali saya memiliki novel keluaran Fixi. Tulisan Shaz Johar berjaya membuat tangan dan mata melekat di buku ini sehingga memaksa untuk membaca sampai habis hanya dengan sekali baca. Cadangan saya pada para pelajar universiti yang lokek duit dan sangat berjimat-cermat dan berkira-kira nak beli novel; jika anda punyai baucer 1M untuk membeli buku itu, dan kira-kira nilai baucer itu masih berbaki, tidak keterlaluanlah kalau saya cadangkan anda supaya dapatkan buku ini di pasaran. Huehue.

Secara ringkasnya, Tabu menceritakan kisah seorang gadis bernama Bibi, dan kehidupannya yang berkait rapat dengan teman lelakinya, iaitu Mosi dan teman karibnya, Kim. Jalan ceritanya diolah dengan menarik tentang pemilik telefon bimbit yang misteri iaitu Nadim, yang akhirnya dibongkar di pengakhiran cerita. Kematian Kim mengundang curiga kepada Bibi sehingga memaksanya untuk menyiasat walaupun kes kematian Kim diklassifikasikan sebagai kes bunuh diri. Nak tahu mengapa Kim bunuh diri? Sila beli.


Sedikit komen ketika membaca:

  • Dalam cerita Tabu, anda akan dapati bahawa kisah Bibi dan kehidupannya banyak bergantung dengan telefon. Telefon adalah alat paling penting dalam cerita ini.
  • Gaya hidup yang islamik bukanlah apa yang anda boleh harapkan pada Tabu. Sebaliknya, kehidupan yang ditonjolkan lebih bebas dan bersahaja. Ya. Mereka hidup sosial dan urban gitu.
  • Jalan ceritanya diatur satu persatu dan kelihatan agak lambat, tapi watak Bibi sebagai gadis bersaiz plus itu sangat terperinci, dan menceritakan perilaku Bibi dengan saiznya yang boleh kita bayangkan dengan sempurna.
  • Bila baca kisah Bibi, saya mula mengubah persepsi yang agak skeptikal dalam kepala otak ni. Bukan perempuan saiz kurus sahaja yang boleh menjadi gorgeous. Perempuan bersaiz plus pun boleh asalkan punya keyakinan dan keberanian.
  • Kalau ada mengharap ada unsur-unsur seks tu memang maaflah. Cerita Tabu lebih berkisar tentang persahabatan, kepercayaan dan kejujuran. Juga sedikit perihal gangguan seksual. Watak-watak dalam cerita agak sedikit dan penulis agak pandai menggunakan watak yang ada untuk menyedapkan plot. Sampai anda akan rasa yang sebenarnya dunia ni bukanlah besar mana pun.
  • Mosi? Entah kenapa dari awal saya dah dapat mengagak dia akan berubah menjadi antagonis.
  • Dalam hati, ada juga rasa kasihan pada Bibi. Yalah, asyik berjumpa dengan lelaki yang ‘salah’ dalam hidupnya. Mungkin Bibi perlu bertaubat kembali ke pangkal jalan. Hehe. Lagipun Bibi pun dah berusia, kenalah cepat-cepat cari jodoh.

“A taboo is a strong social prohibition (or ban) relating to any area of human activity or social custom that is sacred and or forbidden based on moral judgment, religious beliefs and or scientific consensus.” -Wikipedia

Lepas baca, baru saya dapat kesan apakah ‘Tabu’ or taboo yang ingin disampaikan. Bolehlah dikatakan secara pendek yang tabu itu sendiri (yang paling jelas) adalah perempuan bersaiz plus dan berumur, hubungan luar nikah dan membunuh diri.

Sekian review dari Krakenia.

In by aida, Tuesday, 24 January 2012


Ucap Malam.

5

Jiwaku ini hanya bernafas untuk engkau.
Nafasku pula, hanya berdenyut untuk engkau.
Sama, menapakkan resah menduga minda.
Rindu, membekal mimpi menjengah rasa.

Duhai cinta,
Ini kalimah mimpi untuk cinta.
Bayangan malam gelisah memeluk.
Cinta sayang memupuk tepuk.
Kudrat infiniti sehingga rasa ukhrawi.


ZineSatuMalam : Sejarah Alternatif

6

Pelajar pelajar yang bakal mengambil PMR dan SPM mungkin bakal terkeliru dengan fakta fakta sejarah alternatif yang terdapat di dalam zine ini. Jadi saya nasihatkan kalian supaya baca zine bersama sama buku teks sejarah sebagai rujukan. Jangan tidur ketika membaca. 


Tak boleh muat turun? Hantarkan email pada kami dengan ayat "Abang hensem, sejarah alternatif satu copy!" di zinesatumalam@gmail.com


:: Tarian rindu ::

2

Gadis itu penat mengalun lagu,
Lagu rindu yang tak bersendu,
Ditarikan tarian cengeng,
Tubuh digelek, hati merintih.

Dia,
Baru sahaja melangkah pergi,
Tinggalkan gadis itu sendiri,
Di sini, sepi, yang tak berpenghuni,
Dengan lubang, lohong,
Luka yang terbuka,
Dimamah pedih,
Dirasuk tak berair mata.

Gadis itu bangkit,
kesakitan masih berbekas,
Retak hati tak perlu diubati,
Nanti pulih sendiri,

Dia menongkah angin malam,
Dia mencari tempat paling hitam,
Mendakap tubuh , mengunci rasa,
Dingin, disapa angin.

Dia tetap sendiri,
Mendakap tubuh,
Diam berdiri,
Tari ditarikan,
Lagu diiramakan.

Tapi semua itu hanya sekadar,
Tak bermakna apa,
Kerana dia masih rindu,
Rindukan sesuatu yang dulu.

Dia masih, tarikan semuanya,
Cuma tak seindah dulu.




pesan penulis : teguhkan hati, pasakkan kata, bangkit gadis/jejaka ranap! dunia masih indah.


Pengemis Kota, 2012.

7






minggu lepas. sewaktu keluar dari parkir kereta. belakang gulati's silk store. kereta aku panjat road curb sebelah kiri. gara-gara terkejut. pakcik ni tiba-tiba muncul kat tepi cermin. dengan pakai tag kat leher. saya pesakit hiv. perlukan sumbangan untuk rawatan perubatan. mak aii. walaupun aku tahu bahawa hiv tidak merebak melalui perkongsian udara. akan tetapi kemunculan yang secara pop-up ini boleh buat sentap jantung juga. kebetulan bos tumpang aku balik ke ofis. malu pula rasa. seperti tak pandai memandu layaknya. 


minggu ni. aku ke sana lagi. awal pagi masuk parkir. dari jauh dah nampak beliau ini. dah tak pakai tag. tapi bawa kotak kosong pula. agak kecil. tertulis di situ. saya perlukan bantuan kewangan. mempunyai penyakit kronik. aku terdetik. lepas mesyuarat aku nak sedekah kat dia. sebab minggu lepas aku terus pecut astalavista. panic attack.

dua jam kemudian. selesai mesyuarat. aku keluar. mahu bayar parkir. mata melilau. eh. tak ada pula beliau di mana-mana. lalu aku bertanya kepada encik juruwang.


' helo. mana itu orang? tadi pagi ada sini pegang itu kotak? '


' ooo. itu orang ka? ini jam selalu dia sudah off la cik. LUNCH HOUR! '


peh. tiba-tiba terasa lapar. bos pula bawa kereta sendiri hari ni. serik agaknya. 



.





Imagine a world without free knowledge - Wikipedia

10

Sejak ilmu tidak lagi percuma, aku sudah rajin melangkah kaki ke perpustakaan dan membelek buku-buku di dalamnya bagi memperkayakan lagi ilmu di dada, biar di perpustakaan itu aku terpaksa membelek satu persatu mengikut genre yang aku perlukan dalam pekerjaan aku. Mungkin, leceh bagi sesetengah manusia untuk berkhalwat di perpustakaan menelaah tiap-tiap aksara yang tertulis halus di atas buku, tapi bagi aku, dengan melangkah kaki perpustakaan telah menyebabkan stamina aku makin tinggi, serta makin berotot di betis, kerana tidak lagi perlu menghadap komputer berskrin 21 inci lama-lama. Lagi pula, dengan berada di perpustakaan, aku boleh berkenalan secara alam nyata dengan manusia lain yang turut bermotifkan sama seperti aku. Itu adalah kehidupan aku, di bandar yang punya perpustakaan besar penuh dengan buku-buku yang diperlukan.

Di sesuatu tempat yang lain, di mana buku-buku di dalam perpustakaannya berselimutkan habuk berikutan tidak dikemaskini versi terbaru, hanyalah catatan lama yang barangkali sudah tidak relevan, menyebabkan agak tercekik ruangan limpahan ilmu di situ. Maka, tempat itu ketinggalan tamadun ilmunya, sedikit, berbanding tempat yang sentiasa dikemaskini maklumat baru. Apatah lagi mereka-mereka yang duduk di pedalaman, tapi dapat dihubung dengan internet, sekali pun, tidak dapat menikmati ilmu yang dulunya percuma dan akhirnya terpaksa bergantung dengan sumber yang sedikit? Ah, persetankan, tiada lagi yang percuma di dunia.

Persetankan anus yang melayang-layang di langit dengan sebuah podium mahkamah.(kejelekan kini sudah tiada)
Persetankan gebang hukum hudud yang didebat-debat tak terselesai.
Persetankan demonstrasi-demonstrasi di depan mana-mana sekalipun.

Kerana biarlah disuap-suap dengan ilmu beli-belian, serta wadah berita parti mana-mana sekalipun.
Dan, biarlah, tali tangsi dipasang di setiap bahu dan lutut untuk digerakkan jadi boneka jadian.
Atau...

Mulalah untuk Iqra' yang sebetulnya.


Beberapa tahun kebelakang,
Ilmu tetap lagi percuma, cuma perlukan timbal usaha.

Sekarang,
Kerana bontot yang harus kita gerakkan, maka bising lah.


"Mungkin kita perlukan kegawatan ekonomi, kita patut berterima kasih kepada Soros, mungkin negara ini perlu dihumbankan ke dalam gaung, segala-galanya jadi porak peranda, kerana derita akan menyatukan kita. Sama-sama lah kita merangkak dalam tahi dengan tangan berpaut, berkongsi setiap rintik cahaya dan udara dan lumut. Kerana kita akan bersaudara di dalam malapetaka; tetapi apabila negara ini senang, kita semua jadi berkasta dan tidak mahu jadi sama, yang kaya tidak mampu berkongsi dengan orang miskin, memijak dan menindas dan mengunyah nasi dari titik peluh pariah. Musnahkanlah negara ini untuk menyelamatkannya."
Cerpen Buana Serpih Angkasa, m/s 55, Saharil Hasrin Sanin.

by Anonymous,


Uncle Roti Hentian Duta, 2012.

5



Uncle ini hanya punya gerai/tempat berniaga di satu lorong sempit. berkongsi cahaya lampu dari gerai bersebelahan. Sangat kagum aku melihatnya bekerja dalam keadaan yg sebegitu. hanya muat untuk seorang berdiri. Dihadapannya tempat tebar roti dan dibelakangnya sinki. kecil. Tambah kagum apabila dia bertanya,

"Macamana roti? sedap?"

Aku jawab, "sedap, uncle!"

Jawabnya,

"Alhamdulillah. rezeki dari Allah"

:)


- oleh Azreen Yusof


Suri

0

terduduk aku di pohon kayu.
bersama khayalan yang masih ragu.
ketika angin berhembus sayu.
padang hijau membisik rindu.
sunyi hati bercampur cemburu.
melihat makhluk lain punya teman mengadu.
aku masih lagi begitu.
mengekspresi rasa tanpa lagu.
punya jalan andai aku mahu.
tapi aku simpulkan menjadi tidak mahu.
aku mematahkan setiap yang lalu.
mujur pada yang tidak singgah menyapaku.

silam lalu aku buang.
rakus lalu aku kurang.
masa untuk kembali ke simpang.
setelah bertahun menyimpang
aku redah hutan belukang.
menongkah arus diiring belalang.
mencari cinta yang hilang.
mencari jujur yang terbang.
membuang jiwa yang berang.
terbakar hitam bersalut perang.
tergadai nyawa janjiku aku pulang.

kini aku di sini.
mengorak langkah kembali.
teman sejati berbatu dari sisi.
tergenggam pedang berukir seni.
aku punya jalan sendiri.
terdetik hati rasa sepi.
bertaut tangan ibarat mimpi.
terlucut pedang berkecai sepi.
pejam celik ku sangka mati.
senyum terukir hati masih meneliti.
apa ini memang dihantarkan untuk menemani?
mungkin satu lagi dugaan duniawi?
atau bisikan fitrah sang lelaki?

pergilah wahai suri.
ini masa aku berdikari.
pulanglah suri.
ini masa aku sendiri.
terbanglah suri.
benarkan kaki ini berlari.
jangan degil suri.
kau juga punya jalan sendiri.

jangan lihat susahku.
jangan lihat tangisku.
jangan dengar esak ku.

kenapa masih kau tersenyum ketawa?
apa kau sudah pekak atau buta?
atau aku yang buta hati dan jiwa?
ini bukan masa untuk bersama.
ini masa aku sahaja.
letih aku menidakkan cinta.
sedang kau masih tidak berganjak dari mata.
letih aku menafikan rasa.
kau masih di situ dan ketawa.
umpama aku ini sedang berjenaka.
letih aku menerangkan semua.
umpama anak kecil tak mengerti kata.

tapi suri masih di sisi.
mungkin aku yang tuli.
terima kasih suri..


syarqawishuib
6/2/2011
1115 AM


Luna Di Dunia Maya

8

Tadi Luna jalan-jalan di Dunia Maya. Tiba-tiba Luna nampak satu pintu. Bersinar-sinar. Luna lari-lari kecil. Buka pintu dan masuk. Luna nampak satu hamparan berwarna-warni. Oh! Luna di atas pelangi. Luna seluk poket, cari-cari teropong kecil yang selalu dibawa ke sana ke mari. Jumpa! Luna lihat ke bawah. Melilau mencari Istana Kayangan.

Luna nampak Abang Hermes sedang ber-bbm sambil sengih-sengih. Tengah mengayat Kak Hestia lettew~ Heh. Teropong lagi. Oh, Abang Dionysus sedang menari-nari terhuyung-hayang di dalam bilik sambil memegang sebotol wain ditangan. Bogel. Euuuuwww~

Di luar pula, Demeter sedang sibuk menanam sesuatu. Sesekali Demeter menyeka air mata yang mengalir dipipi. Pasti Demeter sedang menanam bangkai babi peliharaannya yang mati ditikam Ares yang cemburu setelah melihat Hephaestus bercomolot dengan Aphrodite semalam.

Teropong dihala ke ruang tamu. Apollo sedang asyik menggesek biola sambil bermain piano menggunakan kaki! Di depannya, Pakcik Zeus dan Makcik Hera sudah hanyut dalam permainan asmara. Bagai dipukau, meliuk-lentuk tubuh mereka seiring irama yang dimainkan Apollo. Sorong-tarik. Pakcik Zeus mencium Makcik Hera rakus. Luna boleh dengar desahan nikmat Makcik Hera. Ah ah ah~ Luna terinzal.

Sekonyong-konyong, Pakcik Poseidon menjelma disebelah Luna. Terus memeluk dan mereka bercumbu. Pakaian ditanggal satu-persatu. Dilempar jatuh ke laman Istana Kayangan. Asakan dan tujahan Pakcik Poseidon, menggegarkan bukan hanya tubuh Luna tetapi pelangi juga turut bergoyang. Luna semakin lemas. Permainan hampir kekemuncak. Prakkk!! Prakk!! Phiuuuuuuuuuuuu~~~ Gedebuk~!! Pelangi pecah. Luna terjatuh ke laman Istana Kayangan. Bogel.

Abang Hermes yang tadinya sibuk ber-bbm, segera mengambil gambar Luna. Pelbagai sudut. Luna bengang. Tuntutan nafsunya belum langsai. Sialan Pakcik Poseidon, entah kemana dia menghilang. Buru-buru Luna menuju ke arah Abang Hermes. Terus dipeluk erat. Abang Hermes yang sudah stim, dengan senang hati bertindakbalas. Aksi Pakcik Zeus dan Makcik Hera bermain-main diminda. Abang Hermes hanyut. Luna lemas.

Abang Hermes terjerit-jerit. Mungkin dia sudah klimaks. Luna juga hampir sampai. Dushh!! Dushh!!Dushhh!! Kepala Luna dihempuk batu bertubi-tubi. Aahhhhhhh~!!! Meraung antara sedap dan sakit. Dalam kekalutan, Luna sempat menoleh pada si pemukul. Kak Hestia?!! Oh~ Gelap.. gelap.... gelap..... 



:: Pujuk Hati ::

5

Aku diam, aku bungkam,
Pendam jadi dendam,
Kalian, mari lihat,
Hati aku kian mati,
Dipijak henyak dia yang tak berhati.

Aku tak kesah,mana ada aku peduli,
Kau biar aku terhenti disini,
Rindukan kau yang melangkah pergi,
Pergi lah pergi,
Jangan datang lagi.

Tak apalah, aku tak kisah,
Orang tak sudi, aku lagi tak peduli,
Jangan esok kau datang menagih kembali,
Aku tak pernah menulis janji,

Aku penat rindukan bayang kau,
Ahh sudahlah,
Aku tak mahu terus dipermainkan,
Ini game kau, aku tak mahu ikut,
Biar aku kalah, tapi masih membawa maruah,

Aku dongak ke langit,
Awan tadi masih sama,
Aku berjalan merentas masa,
Satu masa aku akan lupa,
Pada perkenalan kita,
Tapi bukan pada kenangan bersama,

Hai pelangi lapan warna,
Tertipu jua aku pada helah dia,
Tak apa lah, masih ada masa,
Lupakan segala, dan berlalu pergi.


pesan penulis : hari-hari kini bahagia. mohon depangkan dada seluasnya, aku mahu kongsi bersama,.=)


i am the walrus

4

Seekor walrus dewasa itu agak similer dengan Nosferatu, namun berkali ganda lebih ohsem. Dia selalu memulakan topik huru hara sebegitu dengan aku tiap kali lepak minum kopi o semasa hujan melankolik.

Walrus itu bertaring macam Nosferatu tetapi taringnya berkali ganda lebih besar. Itu alasan dia. Dia juga sangat pasti jikalau Nosferatu dan seekor walrus dewasa dihumban ke dalam gelanggang gusti, dalam 3 minit Si Walrus sudah 5 kali clothesline Nosferatu dengan taringnya (yelah mana boleh pergi rodok perut Nosferatu, itu sudah dikira melanggar peraturan, malahan sia-sia sahaja Nosferatu boleh menang percuma) dan 2 kali bagi penyudah signaturnya, iaitu Jon's Megatonne-Crush pada Nosferatu. Aku tak setuju. Aku kata itu tidak semestinya. Nosferatu ternyata jauh lebih pantas berbanding Si Walrus, lagipun Nosferatu kan boleh terbang. Sebelum Si Walrus sempat membuka kekudanya, Nosferatu dah 4 kali jerman supleks Si Walrus lembab dan belum sempat Si Walrus sedar apa yang sudah berlaku dia sudah di Nosfe'xplicit-Bomber'atu 30 kaki dari udara oleh Nosferatu. Taring yang lebih besar dan badan yang lebih berat tidak pernah jadi penentu dalam pertarungan.

Selepas 15 minit, kami terpaksa bersetuju mereka akan bertarung sekurang-kurangnya sejam, dan pertarungan itu akan dinobatkan sebagai epik Wrestlemania sepanjang zaman.

Kemudian aku menyelit. Apabila referi jatuh pengsan, Nosferatu akan benamkan taringnya ke dalam leher Si Walrus dan tahu-tahu sahaja Si Walrus sudah menyertai gerombolan minion setianya. Aku gelak. Kopi o yang masih panas dihirupnya pantas.

Sambungnya. Tapi itu kalau dalam gelanggang gusti. Jika pertarungan dibawa ke dalam laut, pada mulanya memanglah mereka tampak setanding - Nosferatu yang super-atletik menentang Si Walrus dalam taman permainannya sedari bayi. Keadaan pasti akan berubah apabila pertarungan itu berlanjutan. Si Walrus dengan anatomi badan yang lebih sesuai di gelanggang itu akan berdikit mendapat advantej dan akhirnya menang.

Oh, kau silap. Bangkang aku. Nosferatu tak perlu bernafas dalam air, hekk dia tak perlu bernafas pun, kerana dia sudah lama mati....

Ceritanya memang takkan habis.

Sebelum itu, hai aku Jon, seekor walrus dewasa seberat 1 tan dan dia ialah kawan baik aku Nosferatu, vampir pertama. Memang ini saja kerja kami tiap kali lepak minum kopi o semasa hujan melankolik. Saling puji-memuji, dengan harapan salah seorang akan mengeluarkan pujian yang lebih mengangkat dari yang sebelumnya. Apa boleh buat, kami memang makhluk narcisis.

Aku sedut sigaret terakhir, terbatuk macam nak tertanggal paru-paru, dan membuang puntung ke lantai sebelum kembali ke laut.

by ahmad, Wednesday, 11 January 2012


menurut cathay keris dan shaw brothers,

2

berdekad yang lampau dunia ni wujud dalam duopoli warna cuma, yakni hitam dan putih.

Siapakah agaknya gerangan yang menghembuskan keceriaan kepada hamparan obskuriti ini dengan warna selebihnya?

Jikalau ketemu, Mastura mahu berterima kasih, malah mungkin mengucup pipinya.

by ahmad,


The Ultimate One Night Stand Of Thought Show.

5

Welcome, our treasured ZSM's readers.

Fasten your seatbelt, please, and brace yourself. For this thing you're about to read is nothing like the previous post, this is a no fun, no nonsense reading material.

If you are a fighter, then this post will create a simulation of armageddon in your head and if by the end of this post, you feel like you're going to vomit, that's a good sign. But if you've gone through this post 3 times and you feel nothing, still, fear not, for you may have fail to decipher the vivid message splattered across these words, but please note, you're not really a loser. Unfortunately, you are, (sorry I have to say this), weak. Ah well, You know what to do

                                                                               ***

When was the last time you feel happy? Does it take an object of subject to make you happy? 

"Happiness is my goal of life." 

Sounds familiar? Read on. 

As a human, you handled the word " h a p p y " with parsimony, binding your emotions and feelings through discretion and painful determination, only for the sake of enabling yourself to actually breathe in ease.

You know, you may lie to the world but never yourself. One particular night, when the light dies, that very thought rumbled in your head and chest. And then the cirque du soleil in you begins. You couldnt help but attending. 

Being happy? Whatever for, good lord? You ask The Al Mighty, with tears of wrath and frustration coursing down your cheeks. And then you wonder, this filthy pathway you've been wandering on and about, is it real or surreal? What IS happiness? You feel like you are having difficulties to differentiate glasses from diamonds, you're damned, you're doomed, you're so screwed. 

There you go, welcome to the most entertaining show on the planet; LIFE.

And then you wait, in despair and vain too, wishing aloud, may sometimes soon, someone will come rescue you from sinking deeper into this black hole. Two seconds later you slap yourself hard. Silly me, there wont be a someone or somebody because there's no one and no body here with you. You're in this thing alone. 

Deal with it, bear with it. 
Deny it? - no chance, sorry love. 
LIVE it? - good luck.

When you are happy, every scene is picture perfect and every person you met is a comedian.

When the dosage of that ultimate drug called happiness begin to fade, every scene is a bad,failed masterpiece and every person you met is a terrorist.

no big deal, still?

by Qiez AR, Monday, 9 January 2012


:: Topeng Senyuman ::

2

Dia,
Gadis yang sentiasa ceria
Gadis yang indah mempersona,
Gadis yang penuh senyuman tertawa,
Itu semua luaran dia sahaja.

Dia sebenarnya,
Gadis yang memakai topeng senyuman,
Menyembunyi segala perasaan,
Di sebalik topeng segala penipuan.

Dia
Gadis bertopeng senyuman,
Menyembunyi kedukaan,
Juga sorokkan kelukaan,

Dia,
Gadis bertopeng senyuman,
Sampai waktu, terbongkar segala penipuan,
Bila mana, topeng sudah tidak mampu menyembunyikan,

Dia,
Gadis bertopeng senyuman,
Yang bergelut resah dengan perasaan,
Semoga dia diberikan ganjaran.


Gembira

5

Di kota kotak yang bertempatkan ruang hitam putih di atas seketul batu ketiga dari matahari, aku bekerja terlalu keras untuk mendapatkan dosej-dosej gembira yang mampu membuatkan aku terawang-awang dalam atmos kelabu, tersenyum tanpa memikirkan persepsi manusia lain. Lama-lama, aku mulai malas untuk bekerja keras kerana ianya tidak setimpal dengan setiap kelelahan yang aku tempuhi.

Di kota kotak beratmos kelabu ini, aku bertawaf mencari mereka-mereka yang mampu menyuntikkan aku dosej khayal yang bisa membuatkan aku lupa akan racun kesedihan yang menjalar ke setiap urat yang berselirat di dalam tubuh, tapi aku lupa, setiap suntikan itu menghapuskan setiap sel kewarasan aku dan menjadikan aku seorang penagih tegar apabila suntikan itu hilang kesannya. Setelah gagal aku perolehi dosej-dosej itu, aku rompak dari mana-mana manusia yang mempunyai bekalan dosej gembira yang banyak.

Di kota kotak yang siangnya dibanjiri peluh para penduduk mengukuhkan ekonomi masing-masing, dan malamnya dipenuhi coretan hitam yang menjalang, aku terdampar di tepi lorong gelap dengan temulang tubuh yang remuk. Remuk kerana aku jatuh dari awangan yang tinggi tingkat khayalnya. Aku perhati atmos kelabu yang tidak pernah warnanya berubah, berharap yang akan ada sesuatu yang bakal menerangi lorong gelap ini, walau sebenarnya aku takut, bingung akan apa yang wujud jika lorong ini kembali terang.

Di kota kotak yang bakal ranap ini, aku baru tersedar, yang dosej gembira itu sebenarnya sejenis virus yang menghakis diri aku yang dulunya gagah melangkaui dunia berubah menjadi seekor makhluk keding berwajah cekung, terbaring di atas jalanan, keseorangan. Aku perhati jauh-jauh, di balik bangunan-bangunan sana, ramai lagi yang sedang khayal di atas awangan. Aku tersenyum, kerana terlalu ketagih akan dosej gembira itu yang melenyapkan aku perlahan-lahan. Langkah pertama untuk bangun, adalah dengan gembira secara natural. Kalau lah aku sedar akan langkah pertama itu, tidaklah aku patah remuk di tepi lorong gelap ini.


In by Anonymous, Saturday, 7 January 2012


Night

1



Lay down beside me
Feel my body crying for you
Let’s get lost in each other
Touching, exploring, tasting
We will exceed passion, go beyond bliss
For this is our night

No words spoken between us
No promises to be kept
No lies being told tonight
No looking back – no regrets

I look deep in your eyes.
I see there what I feel inside.
We share something between us,
Neither one of us can hide.

I feel your lips touch mine,
I loose all my control,
All it took was a look and a kiss,
To know you were part of my soul.

You feel with what your fingertips
would brush, with cocked brow
ravishing over painted lips.

I see your hands on my skin,
I want and need you to do more,
The passionate look you give me,
Tells me heaven is in store.

I feel your need against my thigh,
I know you will fulfill every wish,.
We were made to fit together,
And all it took was a look and a kiss.

I only have to think of you
to remember me in your arms;
Your legs quivering, your mouth moaning
I have fallen captive to your charms.

I long to feel your body on mine
to know the taste of satisfied love;
To lie quietly in your breasts
we fit together like a hand to a glove.

You feel with what your gazing eyes
would see, with stolen glances
among the starlit skies.

I look deep in your eyes,
And I see heaven there inside,
You make me feel so beautiful,
What I feel for you I cannot hide.

It was you, at every turn,
with your soft heated breath,
enflames desire in which I yearn.

It was you, beneath the night
skies, who molded flesh against
flesh, becoming my guiding light.

Bring me to her heaven
a feeling of within,
naked to his loving eyes
caressing me with sin
I long to feel her softest kiss
upon my dampened skin

Bring me to her heaven
and let our bodies meet
the trickle of the rain outside
would shower us with heat,
I wish to be her fantasy
and make our love complete.


:: Tautan Jiwa ::

1

Kala dia dicumbu angin malam,
Aku duduk diam membungkam,
Gundah, rasa yang aku pendam,
Tinggal duduk aku diam,

Angin bayu bertiup disana,
Ufuk selatan nampak jingga,
Hati resah deru gelisah,
Tak siapa tahu gelodak hati gundah,

Rindu itu datang,
Permainkan taman hati,
Rasa hakiki, yang tak mampu dilindungi,
Entah bila masa akan terhenti.

Hai hati yang tertinggal,
Jangan beku sejuk begitu,

Kekasih raga buah hati adinda,
Bila kita bertentang mata?
Lama ku pendam isyarat jiwa,
Buat kamu, pemilik rindu tautan raga.

Berdoa aku pada bintang selatan,
Sampai kan rasa dalam diam,
Hilang gelisah, tautan rindu,
Cinta aku pada kau tetap satu.



niya adriane


Kawan bukan calang calang.

1

Katakan lah kau ada kawan. Kawan kau tu sibuk gila macam wakil manusia yang sedang berunding dengan makhluk asing daripada planet lain, tentang cara cara untuk menyelamatkan batu ketiga dari matahari sebelum ianya musnah akibat kepupusan oksigen dalam udara. Ini bukan kawan calang calang, ini kawan yang jenis kalau kau ada masalah dalam sifir tiga pun kau rasa nak bawa pergi bincang dengan dia. Kadang kadang bukan lah sebab nak selesaikan sangat pun, tapi cuma nak berkongsi rasa biar ringan kepala.

Dia sibuk, dan kau rasa macam nak terasa. Lepas tu kau rasa tak guna nak terasa tapi kau tetap rasa nak buat buat terasa. Lepas itu pun kau masih lagi rasa tak puas hati dengan apa yang dirasa sebelum mengambil kata putus untuk tidak terasa dan berpura pura macam tak ada apa apa untuk dirasa.

Tadi, kau ambil keputusan untuk pergi beli sejenis makanan kegemaran kawan bukan calang calang di pasar malam, kau duduk dalam bilik dan kenang zaman kawan bukan calang calang kau tidak perlu berunding dengan makhluk asing daripada planet lain, tidak perlu bersusah payah menyelesaikan masalah kepupusan oksigen dalam negara dan tak peduli langsung tentang batu ketiga dari matahari.

 Dia cuma peduli senyum kau dan kau cuma peduli senyum dia.

by zoul yazix, Wednesday, 4 January 2012


Belon

2


Pagi itu aku bukakan langkah kaki seperti biasa. Laluan sehari-harian aku dari kampus menuju ke bangunan kuliah ambil masa circa 10 minit selalunya. Hatiku senang entah kenapa. Mungkin sebab semalam si  dia memanggil aku dari kejauhan dan senyum riang.

Tanpa melihat cermin sebelum mulakan langkah tadi, aku capai sahaja selendang yang tersangkut di birai katil. Pergi kelas hari ni pun pakai selendang sahaja. Malas betul nak seterika! Nampaknya, seperti langit tahu apa rasa dalam hati aku, biru dan kepulan awan comel menghiasi segenap ruang pada langit. Beauty!

Kepala didongakkan ke langit. Sebenarnya aku terlewat ke kelas setengah jam. Kelas itupun kelas satu jam sahaja, tapi aku persetankan. Kalau kau nak pergi kelas, jiwa perlu ada, bagaimana kata pensyarah nak masuk kepala kalau jiwa kau sedang terbang tinggi di angkasa?

Tiba-tiba ternampak satu biji belon merah berconteng dengan marker dengan tulisan carutan yang agaknya  terlepas ke angkasa, siapa punya belonlah ini. Belon itu nampaknya terbang agak tinggi, lebih kurang ketinggian 20 meter dari paras tanah yang aku berdiri ini. Aku cuba capaikan tangan aku ke belon itu, dengan harapan agar aku dapat memegang tali nya yang kurang panjang dari pembaris sekolah aku dahulu.

Kau gila? Manalah belon tu nak mendekat, dah lah tinggi, aku bukan ada superpower pun.

TAPI tak lama belon itu makin mendekat. Aku menarik tanganku semula dan memasukkannya ke dalam kocek. Cemas kecil aku rasakan. Mataku melilau ke kiri dan kanan. Tiada orang di sekeliling aku pun rupanya. Aku biarkan beberapa saat berlalu, kemudian aku sumbatkan lubang hidungku dengan jari telunjuk tangan kanan.

Aku hulurkan lagi tanganku. Dihujung jari telunjukku, kelihatan gumpalan kecil berwarna kelabu hijau yang statik. Belon tadi sudah kelihatan malu-malu untuk mendekat.

Sialan.

Aku sambung korek hidung dan aku biarkan belon tadi terus mengekori aku.

Aku terfikir, belon tu macam ilmu kot, bila ada kotor sikit dalam hati dia macam susah nak masuk,


tapi dia dekat je, bak kata orang ilmu itu ada di mana-mana?



Post navigation