Review : Republik Kutu
Review Power! boleh dibaca di sini.
Antalogi terbitan Storm Kitchen ini sungguh menginzalkan bagi kategori karya pascamoden yang umph! Nak beli kat mana? Di Uya Distro SS15 Subang Jaya ada dijual tak pun tanya di dalam halaman ini untuk pembelian online. Terdapat sajak juga dalam karya ini tetapi aku lebih menyukai cerpen-cerpen surreal yang terdapat dalam antalogi ini.
Terdapat 32 kisah dengan 9 pencerita yang terkandung di dalam ini. Saya ringkaskan kepada poin-poin supaya tak terjelepok kalian membaca review yang terlalu panjang;
- Seperti di kaver buku Republik Kutu yang meng-aum-kan, begitu jugalah isinya yang mampu menginzalkan kepalanya. Ia semacam scene seorang gadis sunti yang sedang melucutkan baju lutcahaya nya perlahan-lahan.
- Penulis-penulis di dalam antalogi ini ialah Amaluddin Zhafir, Azzief Khaliq, Fairul Nizam Ablah, Hafiz Hamzah, Paranoia Semalam, Ridhwan Saidi, Roslan Jomel dan Stam Mustapha.
- Dalam banyak-banyak cerpen, saya amat gemarkan Industri Kutu yang menampilkan watak seorang skizophrenia tetapi diceritakan dalam bentuk unsangkarable.
- Memoir pula menceritakan watak seksiologis yang menggemarkan keajaiban tubuh perempuan.
- Berlengging Aku Tertonggeng Mencari Mi Maggi Di Ceruk Almari turut mengujakan menyebabkan saya tergelak kerana ditipu mentah untuk interpretasi yang salah.
- Cerpen power! iaitu Kata Barbie, Dia Bukan Boneka memaparkan kisah pemberita yang kepatungan di televisyen. Surreal yang mantap.
- Suspiriorium menceritakan kisah seorang lelaki pervert yang mempunyai fetish pada seorang amoi comel yang mencuri seluar dalam keluaran terkini. Peh!
- (3) adalah cerpen dari Paranoia Semalam yang menggarapkan watak seorang agnostik yang gah menulis dan menyatakan pendiriannya yang bertentangan dengan norma masyarakat sekeliling.
- Banyak lagi cerpen lain yang mungkin mampu menginzalkan minda kalian, atau sekurang-kurangnya memikat.
- RM20 lebih daripada berbaloi untuk sebuah buku terbitan Storm Kitchen, kerana bagi saya, ia syarikat yang mengeluarkan karya kontemporari yang sangat berkualiti.
- Kosa kata yang memikat dengan twisted ending adalah tarikan utama antalogi ini.
- Kebanyakan cerpen adalah surreal dengan menerapkan ideologi sambil ada yang noir, gelap dan masyuk.
Sekian review ringkas dari Luc Abdullah, Zine Satu Malam.
4 Responses to Review : Republik Kutu
Kispen paling saya suka adelah Suspiriorum! Sangat sama dengan fetisy saya!
merangkak-amaluddin zhafir tu best
Salam Mcm Mane nak beli.... Dulu ade org suruh tngk kat FB, cari x jumpa... Sape blh tolong kasikan link...
Terima Kasih
Beli di sini. https://www.facebook.com/uyadistro
Post a Comment