Review : Amerika
Hammerika!
Amerika keluaran Moka Mocha Ink, iaitu hasil penulisan Ridhwan Saidi adalah sebuah novel surreal yang jarang-jarang yang seumpamanya di Malaysia. Ia sebuah novel adunan isu semasa yang bergelandangan dalam kehidupan manusia iaitu kita, yang bersangkut paut dengan sistem, pemikiran, keterbukaan dan emansipasi emosi dalam garapan filosifi yang mantap di mana ia tidak membosankan malah mengujakan pemikiran dalam setiap plot-plot kecil yang membawa kepada satu babak ke babak lain yang utuh. Pendek kata, sunggguh menginzalkan akal fikiran dan jiwa.
Aku ringkaskan review dengan isi-isi yang mampu buat kalian beli buku rare ini. (dengar-dengar hanya dicetak 500 buah sahaja)
Sedikit petikan dari novel: " Bercakap pasal naratif ni. Salah satu faktor yang membuatkan diorang-tak kesahlah siapa-membenci kau-tahu-apa ialah sebab dalam kau-tahu-apa, sejarah hanyalah sebuah naratif. Bukan ke ini sesuatu yang bagus? Come on, ia membuatkan kita kembali kepada common sense, kembali kepada kemanusiaan. Ada pepatah ni kata, 'sejarah ditulis oleh mereka yang menang. ' Betul lah tu. Sejarah hanyalah satu naratif daripada banyak naratif. "
Kalau ada yang tanya, novel apa yang berpijak pada nyata dalam kehidupan yang semakin menyesak seperti tin sardin pada kita yang sentiasa bergelandangan di jalanan dan bukan mewahan, novel ini lah yang terbaik dalam kelasnya. Bukan kisah-kisah cinta yang memenuhi pasaran mainstream mahu pun indie.
Aku ringkaskan review dengan isi-isi yang mampu buat kalian beli buku rare ini. (dengar-dengar hanya dicetak 500 buah sahaja)
- Kaver buku cukup mengungkapkan isi dalam novel Ridhwan Saidi yang kedua ini. Strawberi, brokoli, teko mocha dan lipas akan ditemui dalam buku ini dan disalingkaitkan dalam plot-plot kecil dalam interpretasi sendiri.
- Watak Murshid Merican yang merupakan seorang arkitek di sebuah firma menelusuri hidupnya dalam rencah isu-isu semasa yang dijadikan scene/suasana kejadian. Dari perkaitan Bersih sehinggalah bulan puasa, dan lain-lain kejadian yang kalian sendiri harus membacanya sendiri dijalinkan dengan utuh sehingga tampak seakan-akan benar. Aku gemarkan scene dari bab ke empat belas sehinggalah tamat.
- Dalam kisah-kisah seksual dan sari percintaannya, memang terasa sehingga ke lubuk hati. Seakan-akan Murshid Merican ini mewakili penulis ini sendiri.
- Dalam setiap plot yang mampu membuat kita berfikir sepanjang masa sehingga ketika berak pun terasa sukar nak letak balik dan sambung kemudian, umpama mahu membelek setiap halaman sehingga habis meratah aksara.
- Kosa katanya bukan lah dari DBP namun cukup untuk kita fahami dengan suntikan bahasa senibina serta gaya penceritaannya yang bukan semata-mata menceritakan dirinya tetapi masyarakat dan isu semasa yang memberat pundak rakyat dalam bentuk halimunan.
- Dalam perbualan di antara watak, isu mereka bersekitar tentang cinta, senibina, seni dan sastera, demokrasi dan dunia pasca moden yang kian laju merempuh masa.
- Aku bayangkan bab-bab dalam novel ini semacam pecahan masa yang dimasuki dari hadapan, di mana di ruang tengahnya merupakan slaid tontonan masa lepas dan kemudian wayang tamat, dan ia kembali pada titik tertentu sebelum kemuncak cerita. Baca lah, mungkin akan gemar dengan permainan aksara ini.
Sedikit petikan dari novel: " Bercakap pasal naratif ni. Salah satu faktor yang membuatkan diorang-tak kesahlah siapa-membenci kau-tahu-apa ialah sebab dalam kau-tahu-apa, sejarah hanyalah sebuah naratif. Bukan ke ini sesuatu yang bagus? Come on, ia membuatkan kita kembali kepada common sense, kembali kepada kemanusiaan. Ada pepatah ni kata, 'sejarah ditulis oleh mereka yang menang. ' Betul lah tu. Sejarah hanyalah satu naratif daripada banyak naratif. "
Kalau ada yang tanya, novel apa yang berpijak pada nyata dalam kehidupan yang semakin menyesak seperti tin sardin pada kita yang sentiasa bergelandangan di jalanan dan bukan mewahan, novel ini lah yang terbaik dalam kelasnya. Bukan kisah-kisah cinta yang memenuhi pasaran mainstream mahu pun indie.
2 Responses to Review : Amerika
aku nampak ada mamat dari KTM baca buku ni. CIss aku nak aku nakk ~>~
aku puas hati. rasa nak lagi.
Post a Comment