pasca-zombi

Ini adalah kisah Mas Kudin, seorang patriarch, dan minionnya yang mencecah puluhan juta. Puaknya yang hidup bersatu padu, tiada ketamadunan, kejujuran total, rakus, lembab, selalunya nokturnal, kurang tatasusila semasa makan, haijin sifar, cetek tetapi tidak juga superficial, dan sentiasa lapar.

Bertahun sudah berlalu sejak populasi zombi mengatasi manusia dan kadar konsamshen telah di luar kawalan. Bekalan manusia kian suntuk.

Para bijak pandai dan pemikir di kalangan mereka meramalkan krisis makanan bakal melanda dalam masa terdekat ini. Tidak boleh tidak para zombi harus menambah variasi atau menukar terus diet mereka. Industri penternakan harus dimajukan dan kepada yang pentingkan kesihatan, mengembangkan industri pertanian. Tapi siapa sangatlah nak ikut, zombi kan asalnya manusia jadi nak lari ke mana sangatlah kan habitnya.

Dan akhirnya manusia pun pupus.

Para zombi mula menggelabah. Rusuhan tercetus di merata tempat. Kebuluran semakin menjenguk. Kemakmuran yang dikecapi telah terhakis. Masing-masing khuatir kanibalisme akan dipilih sebagai jalan terakhir.

Kediaman Mas Kudin, baru-baru ini dilantik menjadi presiden seumur hidup diserang, bonekanya yang diperbuat daripada jerami dibakar tanda protes. Beliau dituduh menyorokkan bekalan manusia yang sangat banyak dalam danjen di bawah istananya. Untuk menenangkan khalayak yang semakin resah, Mas Kudin muncul di kaca tv membuat penafian sambil makan sayur bersama ahli keluarganya.

Namun rakyat bukan semudah itu untuk ditenangkan. Bilangan penunjuk perasaan semakin bertambah malah seringkali bertukar ganas. Akhirnya, tentera terpaksa dikerah untuk mengawal khalayak.

Beberapa bulan berlalu dan selama itu jugalah para zombi langsung tidak menyentuh makanan.

Yang megiknya jangankan ada yang mati kebulur atau berkurangan berat badan, yang kena gastrik pun tiada. Nampaknya paranoia mereka selama ini tidak berasas pun. Tapi kenapa boleh jadi macam tu?

Seorang ahli falsafah tersohor yang menggunakan pseudonim Neecheh menulis dalam buku best-sellernya bahawa menjamu daging manusia hanyalah satu matlamat hidup setiap zombi sedari manusia lagi (mungkin separa sedarnya, manusia telah kecewa dengan diri mereka dan ini adalah jalan eskapis terakhir), tiada kena mengena dengan kelangsungan hidup atau keperluan zat. Logiklah, mana ada 'kematian' setelah mencapai matlamat hidup, lagi hidup adalah. Lagipun mereka semua kan pernah 'mati', takkanlah nak mati lagi.

Dengan ini segalanya berakhir, begitu saja.

Bagi Mas Kudin pula, memegang jawatan tertinggi dalam kerajaan amat menjerihkan. Setelah meletakkan semua jawatan dalam parti dan kerajaan, dia pergi bekpeking, mencari ilham untuk novel cinta agungnya. Manusia dalam danjen di bawah istananya semua dibiarkan mati kebulur.

by ahmad, Monday, 24 October 2011


9 Responses to pasca-zombi

Anonymous said...

Fuh, nice!

Abang Zam said...

nice

Kontrol Histeria said...

nais!

± said...

pawe pawe

Qiez AR said...

kenapa aku rasa aku unsur2 politik dalam ini cerita?

ahmad said...

luc, zam, kh, dada - terima kaseh

lara - ni adalah cerita kemanusiaan secara general, segala sangkut paut dgn politik adalah tidak disengajakan

Päk Läng said...

aberun power...sepower batman klasik!

ahmad said...

pak lang - jgn duk abam sangat, ramai gadis sdg memerhati ni haha

Päk Läng said...

abam lah nampak lebih macho...haha