nonsense yang serupa iklan 'goyang kaki hari-hari duit masuk'

U tahu, Portishead buat i horny, kata bekas teman wanita kepada aku. Aku rasa itu yang dia cakap.

Kami berdua berbaring (aku di sebelah sini, fon telinga di sebelah kiri gegendang, bekas teman wanita di kanan aku, fon telinga di sebelah kanan gegendangnya) di atas bumbung flet 10 tingkat, trek ke 7 album eponimus Portishead. Dengan begini bunyinya sepatut tidak lengkap dan meminarkan kepala tapi kerana kami pernah melengkapi satu sama lain maka ia kedengaran perfek sekali.

Dalam koleksi diskografi Portishead, aku paling suka album debut mereka.

Aku terloncat bangun, rasanya punggung digigit kerengga yang memegang sepanduk 'Ignoran' (ada aku beritahu dia sudah kahwin?) sampai terlupa akan fon telinga yang dikongsi. Wayar fon tersangkut pada anting-anting chandelier bekas teman wanita dan mencabut telinganya.

Plup! begitulah bunyi tercabut yang aku dengar. Beth Gibbons skala 1:20 terpacul keluar daripada punca itu. Beth Gibbons serba misterius yang dengan koolnya akan menyalakan rokok dan meloncat ke awan dengan satu loncatan cuma.

Awan bertukar warna merah segarang-garang merah. Aku kata tengok, awan terbakar tapi bekas teman wanita, sambil menongkat dagu, oh hujan i suka.

Sumpah aku nampak awan terbakar, buat apa aku mahu temberang.

by ahmad, Tuesday 18 October 2011


8 Responses to nonsense yang serupa iklan 'goyang kaki hari-hari duit masuk'

Qiez AR said...

Portishead buat aku nak terberak.

ahmad said...

hahah
portishead buat aku kensel berak

Qiez AR said...

Itu bahaya. masalah sembelit yang serius bisa mendatangkan mudarat pada usus.

apa aku mengarut ni. haih

tapi sungguh, bagi aku lagu2 portishead sangatlah depressive. aku dengar satu lagu je dr band ni. Humming kot tajuk dia kalau tak silap. tu pun sebab aku suka lyric dia yg pendek tapi realistic.

ahmad said...

ya. sembelit boleh bawa ke buasir

ya juga. musik portishead sgt depresif tapi aku masih suka sbb ia dreamy. aku sgt suka musik yang dreamy, ia boleh buat aku berada di awangan tanpa substance yang memudaratkan

± said...

melayan portishaed ketika cuaca mendung sepanjang hari sangat feel

ahmad said...

haha aku sangat2 bersetuju

Päk Läng said...

dan sebatang peter stuyvesant
melengkapkan rasa yg penuh nilai sentimental itu.

atau mungkin juga separuh sahaja kerna separuh lg disedut oleh si gibbons a.k.a jebon.

ahmad said...

haha
oh gibbons