Manusia Lipas

"Aku nak mengaku dekat kau satu benda, aku ni sebenarnya seekor lipas" Kata Eszol dengan muka serius. Dahi aku mula berpeluh, memikirkan kata kata Eszol tadi. Celaka, macam mana lah aku boleh ajak lipas jadian ini tidur di rumah aku. Sepatutnya awal awal lagi aku boleh agak ada sesuatu yang tidak kena pada mamat ni. terutama sekali pada rambut menggerbangnya yang hampir hampir membuatkan aku jatuh motor malam tadi. Masih terasa lagi sakit dada yang aku alami akibat pengembangan jantung paling maksima dalam hidup waktu aku terlupa yang aku sedang membonceng Eszol dibelakang motor dan apabila aku ternampak bayang bayang seseorang dengan rambut menggerbang di bawah simbahan lampu jalan, Tuhan saja yang tahu bagaimana nekadnya hati aku membuat keputusan untuk terjun motor dan berlari pulang. Untung, aku kembali mengingati figura rambut Eszol yang menyerupai bayang bayang itu.

Aku menarik nafas panjang, masih cuba merungkai persoalan tentang misteri lelaki lipas dihadapan aku. Bagaimana kalau lipas ini akan mengancam nyawa aku yang masih teruna ini? Bagaimana dengan janji aku pada makwe tentang saat saat bahagia selepas menikah nanti. Ah babi, akan aku musuhi lipas sampai mati! Aku cuba memikirkan jalan keluar daripada situasi tegang yang sedang berlaku. Eszol masih memandang aku, dan aku pula sedang bergelut dengan Teori Lipas yang dibuat berdasarkan kepercayaan jika terjumpa satu lipas maka pasti akan ada banyak lagi yang bersembunyi. Adakah terdapat lebih ramai lagi manusia lipas di luar sana? Mungkin Peddo si Sarkasis itu juga manusia lipas memandangkan persamaan bentuk rambut yang dimiliki?  Serabut kepala, aku mengambil keputusan untuk menamatkan kecelaruan yang menghantui aku ini, dan dengan nada takut takut lalu aku bertanya pada Esol, "maksud kau?"

"aku tak boleh bau ubat gegat dalam bilik air tu, nanti aku bersin" jawab Eszol dengan wajah polos.


6 Responses to Manusia Lipas

lavender harum wangi said...

saya takutkan eszol sebab dia lipas. =.="

Anonymous said...

woi sapa tulis ni, kah kah kah!

Raihana Izzati said...

haha macam cerita metamorphosis lah pulak =.=

M. Faiz Syahmi said...

Macam aku cakap, jangan nak jadi Gregor Samsa sangat! Kah3..!

In transit said...

Aku cukup tak suka bila duduk kat jamban, nampak lipas lalu lalang.

jhnrdzi said...

konkulsi dia pendek je -,-