Masih ingat di ingatan saya ketika saya menamatkan Siang (Cerita Cinta bohongan). Latar waktu ketika itu adalah waktu siang usai makan pagi. Sebenarnya saya tertarik dengan Siang kerana muka hadapan buku tersebut. Ianya sangat kena dengan warna putih dan ada sedikit lukisan naif pada bahagian belakangnya. Dan saya dapat mengagak yang ianya adalah hard cover. Ianya bagus kerana saya belum pernah mempunyai buku yang berhard cover (Selain buku buku ilmiah yang membosankan-Yeah.)
Saya terlihat Siang ini pada Instagram. Lalu adalah satu hal yang mustahak untuk saya memperolehi wang Rm50 bagi saya mendapatkan Siang. Oh jadi dari siapa lagi kalau bukan dari wang Ayah. Ayah adalah lelaki kegemaran saya sejak saya banyak menghabiskan wang ringgit beliau walau dalam paksa-rela.
Hari ketiga selepas pembayaran, Siang telah berada dalam rumah saya. Macam saya beritahu, cuma muka hadapannya yang membuatkan saya ingin membeli Siang. Memang bukan kerana isi kandunganya atau kerana penulisnya; Mimimorticia. Oh saya pernah memiliki dua buah buku beliau yang sebelum ini. Jadi dengan Siang ini, terus terang saya tidak boleh berasa biasa biasa saja kerana ianya amat luar biasa.
Jadi hari pertama saya dengan Siang di rumah cuma banyak dihabiskan dengan merenung kepada muka hadapan dan belakang buku tersebut. Ianya membuatkan saya merasa bangkit dan bangun. Bangkit kemana dan bangun kenapa saya agak kurang pasti. Ianya memang secara tidak sengaja membuatkan saya berasa sayang dan jatuh cinta lagi dengan cover tersebut.
Cuma dengan perkataan yang cukup simple di hadapan; Iaitu maksud Bohongan menurut kamus disertai dengan perkataan yang cukup minimal. Sangat terbukti sebetulnya ia tidak seperti terdesak untuk menjadi cover buku yang cantik atau menarik.
Lalu cover Siang telah memikat saya dengan sendirinya tanpa dipinta-pinta. Mengenai kulit belakangnya pula terdapat satu lukisan semacam tulang belakang manusia yang di bahagian atasnya merupakan seekor rama rama! Walaupun terletak agak ke tepi dari ruangannya, lukisan tersebut kelihatan naif dan jujur dengan tangan yang membentuknya sendiri. Saya terus terusan melihat Siang sepanjang hari.
Maksud saya aktiviti merenung cover buju tersebut giat berjalan.
Entah kenapa dengan saya hari itu. Setelah berpuas hati menilik cover Siang, barulah saya melihat isi kandungan di dalamnya. Sebetulnya Mimi agak bijak menyusun ayat dan perkataan bila mana beliau ada menyelitkan (sebenarnya agak lucu bila ada sekeping kertas yang mengandungi kata kata dilekatkan dengan saletip putih di atas sekeping kertas yang agak tebal berbanding kertas kertas lain tapi agak unik!) perkataan yang bila mana anda baca anda akan berkata haaah itulah! Dan anda akan menyambung membaca sambil otak anda memusingkan apa apa perbuatan atau peristiwa yang kena dan selari dengan pengalaman hidup anda mengenai kata kata yang dilekatkan pada setiap bahagian dalam buku tersebut. Ada lebih kurang 4 rasanya. Malas pula saya nak periksa betul betul.
Jadi membaca tulisan Mimi anda seperti berada di luar Malaysia kerana penulis banyak menggunakan perkataan Indonesia. Bahasa Indon lebih sastera bukan? Entah kenapa. Tapi bagusnya terdapat glosari di halaman belakang mengenai perkataan yang anda tidak tahu dan saya baru tahu yang sebenarnya loket bermaksud kaunter dan neko neko bermaksud main main. Jakun atau apakah saya ini. Atau mungkin sudah lama saya tidak menonton sinetron bodoh di kaca tv sejak berada di rumah. Kalau di tempat saya belajar ada seorang teman saya suka menonton drama puaka Indon sekaligus saya juga dipaksa menontonya. Tahu tahu lah kalau dipaksa kita jadi semacam apa bukan?
Jadi dimana kita tadi. Di bahagian tulisan penulis; Saya merasa sedikit sedih dan sayu jika ada coretanya sama dengan kisah saya. Entah kenapa tepat dengan masa, semasa saya baca; saya sedang menonton secara tidak serius film Her di HBO dan beberapa film lain yang bercampur gaul. Ianya semacam satu perasaan yang (apakah dia) yang gagal saya munculkan pada patah perkataan. Totalnya cuma perasaan sedih yang saya temui. Jadi tidak rugi rasanya menyelusuri perkataan perkataan jujur yang dekat semacam dengan kita. Tidak rugi untuk berasa sedih ya ampun.
Dalam kehidupan, kita tidak boleh lari dalam tidak gemar semasa menyukai sesuatu. Dan kalau anda tidak merasa begitu; Dunia realiti adalah tidak sesuai untuk anda jadi anda boleh pindah selamanya dalam dunia fantasi ciptaan anda. Dan memang terdapat satu bahagian yang saya tidak gemari dalam Siang. Iaitu subjek B; Kronologi perbualan dengan diri sendiri yang mana saya merasakan muka surat 63 hingga 83 merupakan kepingan kepingan wang yang telah saya bazirkan dalam Siang. Ianya seperti anda membeli sepapan coklat bar tapi anda tidak mampu menghabiskanya seorang diri lalu membahagikanya dengan seseorang yang lain walaupun niat asal, tiada idea sebegitu.
Walaubagaimanapun, ianya merupakan idea dan perbualan penulis sendiri yang kalau dibaca anda tidak akan mati kebosanan-pun dan jika anda baca dan merasakan sangat klise sekalipun bukannya anda berdosa lagipun. Bava sajalah. Manusia tidak lari dari membuat perkara yang semua orang suka bukan?
Mengenai muka surat kegemaran saya adalah pada halaman 14 yang bertajuk; Untuk Orang Yang Sekarang Tidak Sudi Lagi Berkongsi Udara dengan Saya. Halaman ini telah saya kongsi dengan teman saya Hafis dan dia juga menyukainya. Mengenai suka Hafis akan halaman tersebut, sejujurnya tidak dapat dipastikan samaada suka mungkin hanya mengambil hati saya atau memang betul betul suka.
Jadi konklusinya, suka saya menyatakan sekali lagi bahawa saya menyukai Siang yang amat kerana ianya handmade dan bukan dari kilang. Siang sebenarnya terpikat oleh saya mungkin nilai buatan ikhlas dari hati untuk dikongsi lalu kita sebagai pembaca terpalit dengan kesan merasa gembira jika mendapatkanya.
Jadi secara total saya bagi empat bintang dari lima bintang untuk Siang dan bintang kelima yang kurang sebenarnya untuk kamu, Mimi yang manis.