Review: Zine Satu Malam: Sofkor
Review lebih kurang.
Miss Cery & Fendy oleh Yaya Fiq mengenai kisah ehemm dalam bilik air. Ringkas, padat dan sampai jalan ceritanya ke otak aku.
Seri Berahi oleh Xalleh Razak pula adalah Puisi sofkor. Sekali lalu aku baca, adakah dia hanya bermimpi bersenggama dengan seri?maaf jika salah.
Arca Bernyawa oleh Hanif Boey menarik dan kreatif. Jurusan Seni Halus ye? Hahaha.
Bidadari Dunia, Bidadari Syurga oleh M. Faiz Syahmi merupakan kisah seorang bapa yang ‘tewas’ dengan kecantikan anak gadisnya. Syukur, dia masih tahu dosa jika menodai anak sendiri. Cuma, kasihan kepada isterinya yang dijadikan ‘kambing hitam’ bila nafsunya di gugat oleh anak gadis sendiri, bidadari dunianya.
Bahaya oleh Izza. Haha.kali kedua baca baru aku faham. Imaginasi anak-anak yang sedang membesar. Anak-anak sekarang terlalu dalam imaginasinya. Bahaya.
Karya Martini Muaz. Tak salah aku, kisah ini bertajuk ‘Konsultansi’. Menarik. Cerita tentang seorang gadis yang di nodai dan kemudian ketagihan seks. Kerana tidak mampu melampiaskan nafsunya, gantinya adalah dengan makan….dan makan…dan makan sehingga dia mengalami masalah berat badan. Ishh…mintak simpang aku jumpa doctor yang sebegini…hehehe
Dia atau dia oleh Perempuan merupakan kisah percintaan antara gadis dengan lelaki yang berstatus suami. Akhir cerita aku rasakan si lelaki bingung untuk memilih antara isteri dan Amy. Mungkin isterinya juga gojes.
Temu Tamu oleh Krakenia Andromeda Nesa. Hahaha. Ada kejutan kerana mulanya aku sangka ustaz itu akan ‘tewas’ pada Raziah. Aku malas taip panjang-panjang sebab ada yang lebih hebat dari aku akan mereview nanti.
Sang Dewi oleh HEROICzero berkenaan kisah seorang lelaki yang baru melangkah alam kedewasaan. Keliru akan perasaannya pada Sang Dewi, kekasihnya ya? Mungkin wajah lelaki muda ini sangat jambu, menyebabkan raut kematangan seakan tiada. Hahaha
Emma oleh Ramona Bunga. Ok, yang ini aku payah nak komen. Hahaha…kisah seorang gadis bernama Emma yang menawarkan khidmat secara percuma pada 2 jejaka. Hidup tanpa rasa cinta, dan hanya punya rasa seronok bila di beri perhatian dan dilayan nafsunya.
Malam Penamat Cinta oleh Kaka Perawan. Kisah mengenai Mia, yang kehilangan kasih sayang seorang kekasih. Menyebabkan dia tegar mencabut nyawa sendiri. hidup tanpa pegangan di kota . Sayang.
Malam Keraian Cinta oleh Larasephia. Puisi kedua sofkor. Menceritakan mengenai sepasang pengantin baru yang meraikan malam pertama mereka. Ya, kali ini kisah yang halal. Hehehe
Selamat Pagi oleh Abu Abbas. Oh, satu lagi puisi. Mengenai sepasang kekasih atau sepasang suami isteri yang masih terbayangkan saat indah yang di lalui pada malamnya. Berat hati untuk berpisah buat sementara waktu. Pergi kerja aje kot. Aduhai…hahaha
Kalashnikov 47 oleh Luc Abdullah. Agak gugup mengulas karya brader sorang ni..hahaha. kisah yang berlatarkan keadaan perang saudara, di mana Sultan Ashar telah berjaya menewaskan adindanya, Pengiran Asfar. Aisya, anak saudaranya terpaksa menjadi mangsa kerakusan nafsu Sultan Ashar. Menariknya, percintaan rahsia antara Aisya dan Firdaus, orang kanan Sultan Ashar. Penghujungnya, di tinggalkan dengan teka-teki bagaimana Aisya berjaya membunuh bapa saudaranya.
Erotika Train oleh Khrlhsym. Juga gugup mahu mengulas. Salah satu kisah yang buat aku tersenyum. Sesuatu yang biasa dilalui oleh para pengguna tren terutama ketika tren sesak. Dengan bantuan imaginasi, tergaraplah kisah erotica di dalam train. Nasfu dilampiaskan dengan bantuan tren. Hahaha. Pandai ye?
Tetekrolik oleh Zoul Yazix. Tajuknya juga aku dah gelihati. Kisah seorang gadis bernama Delila yang ketandusan kasih sayang lelaki. ‘dihadiahi’ prof. Xenile sebuah cyborg yang hanya perlu di cas tenaganya dengan menyonyot ehem-ehem Delila. Penghujungnya aku gelak besar. Kesimpulannya, Silikon membahayakan manusia dan juga cyborg. Jangan cuba-cuba.
Gudang Garam. Penutup zine kali ini. Err…mengenai kekecewaan si penulis.
10 Responses to Review: Zine Satu Malam: Sofkor
._. jangan gugup, saya kerdil macam kamu-kamu, merangkak dalam lautan aksara mencari diri yang hilang.
hamek kau. dah keluar dah review dia.
Syukur ada yang rajin review. Jangan malas seperti Ketua Kampung!
haha.
oh satu. aku kecewa kerana tiada cerita LGBT. semua kisah straight.
eh, tidak. aku tidak sokong si Sexual Ambiguity itu. :p
wuuww. teruja i baaca review ni. thanks Lieyanna Esmeralda
Seks dengan cyborg juga adalah sesuatu yang patut diperjuangkan dalam Seksualiti Merdeka.
hmm. nanti gua pass dekat Marina.
kahkahkah
power la hang zoul!
*menegang dan menurun adalah tindak balas normal bagi pembaca zsm sofkor lelaki.
nyaris terlancap pada malam pembacaan sofkor
kehkeh
Memang si isteri dalam Dia dan Dia tu gojes pun.
Haha.
Thanks.
hahahaha....
Post a Comment