Review: Poin Empat Puloh Empat (Part 1)

A'uzubillaahi minas-syaitoonirrojiim.
Bismillaahirrohmaanirohiim.

aku kurang benar suka tulis intro. dan siapalah aku untuk review dua raksasa blog seperti mereka berdua? untuk intro yang lebih bikin kamu inzal sila baca Nasyrun Punya Versi. sekali lagi, ini merupakan pemerhatian amatur. here I go.

akhem.

1. Babi Negara (Khrlhsym)
cuba memberi gambaran masalah yang sama sejak zaman berzaman. babi, satu makhluk yang sentiasa dititikan namanya di bibir-bibir manusia yang hatinya tidak puas sejak dulu, kini dan selamanya.

2. Hegomonia (Lucifer) 
aku lupa ini kali ke berapa aku baca, masih aku kagum dengan karya yang satu ini. menggulingkan seorang pemerintah kuku besi dengan cara unik, dari dalam. sebuah dendam. dan apa yang aku kata unik ialah sang rebel itu tidak naik sebagai ketua yang baru, malah dia berlalu pergi, jauh dari sanjungan.

3. Mesej Untuk Tuhan (Khrlhsym)
sebuah doa. tidak kiralah bagaimana kita berdoa, walaupun tidak menadah tangan pejam mata mulut terkumat-kamit mengadap kiblat.

4. Baju Kusam (Khrlhsym) 
baju kusam warna oren yang telah dia pakai sebanyak seribu empat ratus enam puluh satu kali itu mewakili memori yang masih tergari pada bekas cinta. dalam mindanya dia berdialog sama bekas cinta yang menyuruhnya let go. he did.
aku suka ini.

5. Zeus Ikan Sardin (Lucifer)
kilang manusia? memberi pembaca resipinya. selamat mencuba.

6. Aplikasi Bima Sakti (Khrlhsym)
Jumal is playing God. hasil tangannya yang pertama AI homosapiens 1.0 dicipta mengikut tiga kasta. katanya gagal, dan cipta pula homosapiens 2.0 yang lebih samarata. dan Jumal bukan Tuhan. 
dan Jumal bukan Tuhan.

7. Nama Guwa (Lucifer)
'gua'dan 'guwa', aku perlu kata, are interchangeable(?) dalam karya Lucifer yang ini. Fidel si transduser jalanan memberi Samigol sedikit rasa Hari Kebangkitan. buat aku fikir, tubuh ini, walau menjadi kelongsong ruh, masih ia milik Tuhan, dan satu hari menjadi musuh selepas dibangkitkan nanti.

8. Halimunan (Khrlhsym)
sekali lagi imajinasi membenarkan realiti. lalu pada akhirnya dia sedar dia cuma halimunan di mata bidadari. ah, another masterpiece painted on a napkin.

9. Perang Hurufiyah (Lucifer)
ini realiti. terima kasih media.

10. Penunggu (Khrlhsym)
ah benci. payah benar aku faham. terutama bila ada perselisihan antara benci dan sayang. kedua-dua elemen itu seperti yin dan yang. nampaknya Arjuna sudah tidak guna panah. dia sudah semakin maju. dia pakai pedang.

akanku sambung. jika nyawa masih belum ditarik kembali.  (: