Review (lebih kurang) secara pukal : Poin Empat Puloh Empat

Ada peluru kaliber poin empat puloh empat merodok tengkorak saya kemudian mengisar otak saya hingga sebati. Saya tuangkan sebatian itu ke dalam mangkuk jambo arcopal dan saya bentukkannya elok-elok menjadi buah stroberi berbelang pelangi yang saya cicahi dengan coklat, sedap juga rasanya. Pabila coklat, stroberi dan belerang (tidak semua kerana ada yang terpaksa saya muntahkan kembali hanya untuk diperangi pada hari yang lain) sudah tercerna dalam perut (lebih kurang setengah jam selepas itu) saya pun belah perut saya. Campuran ketiga-tiga substan pejal itu saya keluarkan dan dicair dan dididihkan pada suhu 99.9 darjah celcius kemudian saya tuangkannya kembali ke dalam tengkorak saya. Saya biarkannya mengeras di dalam itu secara natural. Hari-hari seterusnya saya lalui, masih dengan kemusykilan dan penambahan tanda tanya font verdana bersaiz 250, tapi ada sesuatu di dalam saya yang sudah tidak seperti dulu.

3 setengah bintang (akan menjadi 4 pabila saya dah fahamkan semua (mengikut pemahaman saya, tidak semestinya mengikut pemahaman pengarang) ceritera yang ada)

In by ahmad, Thursday, 3 November 2011