interviu
Aku ialah Britney Spears, katanya sebagai pemuka bicara. Saya ternganga.
Setelah berbelas kali turun naik pejabat dengan bertalileher dan berkasut kulit yang dikiwi cantik, akhirnya saya telah mendapat kerja sebagai seorang jurnalis (walaupun berkelulusan dalam bidang perkomputeran - yang saya masih blur hingga sekarang) di akhbar Sinar Gama.
Untuk esaimen pertama saya perlu menemuramah Gajah Madah (pseudonim) iaitu penulis dan pengilustrasi buku kanak-kanak bestseller 'Gajah Saya Basah dan Kisah-Kisah Tauladan' yang dihentam teruk oleh pengkritik kerana meraikan dadah dan fornikasi bebas dalam satu karya yang ditujukan kepada anak-anak kecil. Dengan serta merta 'Gajah Saya Basah dan Kisah-Kisah Tauladan' diharamkan penjualannya.
Dia ialah seorang yang aneh. Dia tinggal di tempat yang aneh. Sepanjang temuramah singkat kami tubir bibirnya 2 kali bertukar gulungan ganja.
Aku ialah Britney Spears, sambungnya lagi lalu terus ketawa. Saya hanya tersenyum sinis.
Kejap, telapak tangannya dihadapkan ke arah saya. Dia kemudian mengalih pandangannya kepada kamu yang sedang membaca ini, memecahkan dinding keempat, "Sebelum kamu semua pervet ini membayangkan ini ialah satu karya khayalan erotis seorang crossdresser biar aku bacakan dulu satu petikan daripada artikel tentang Britney Spears yang ditulis oleh Chuck Klosterman dalam majalah Esquire keluaran November 2003 :
Translasi kasarnya - Seorang budak perempuan berumur 13 tahun mengganggap Britney Spears sebagai hero, abangnya mengganggapnya sebagai seorang bintang porno, teman wanita si abang menganggapnya sebagai contoh terdekat kenapa perempuan membenci diri mereka, ayah teman wanita ini mengharap anak perempuannya yang berumur 12 tahun akan mengajak Britney ke rumah untuk slumber party - jadi asalkan Britney tidak menyebut 'Ini ialah diri saya', sesiapa sahaja boleh menginjek apa itu Britney dalam otak mereka. Secara pra-sedarnya, semua orang boleh menjenamakan Britney mengikut pendapat mereka sendiri."
She's, atau untuk lebih tepat publisis nya, a freakin' genius! I'm a fuckin' genius! Sambungnya lagi, kali ini fokusnya kembali kepada saya.
Aku ialah Britney Spears dalam bidang literatur, tutur katanya redup. Jari telunjuknya menuding ke pintu, mengarahkan saya keluar.
Saya pulang ke pejabat dengan hanya berbekalkan tiga baris ayat, dan kemeja yang berbau ganja. Profeshen saya sebagai seorang jurnalis di akhbar Sinar Gama pun berakhir begitu saja.
**
(in movies or stage play) Breaking the fourth wall - speaking directly to the audience, including them in the situation.
6 Responses to interviu
aku syak masa gajah madah menulis buku kanak2 tu dia tgh high..hahaha
hahahahha agaknyalah
penulis 'interviu' pun tgh high masa menulis ni aku rasa... (senyap)
oh tidak
aku tidak hisap dadah
high budu lah...hishhh
makan budu pun boleh high?
tok pawe mung ni hahah
Post a Comment