razali

Razali bukan robot.

Razali macam kita juga.

Setiap hari seusai pulang dari pejabat, Razali akan mengalirkan segenap beban strangulasinya ke dasar lohong kumbahan. [masukkan bunyi flush di sini]

Kemudian Razali ke bilik.

Di situ, Razali menarik zip di belakang telinga. Zip yang berterusan ke leher, turun ke ketiak dan berpusing ke groin lalu dengan serta-merta tertanggallah kulitnya.

Kulit Razali diseterika rapi, disusuli sedikit semburan parfum. Kemudian dengan cermat dimasukkan ke dalam plastik vakum dan disangkut dalam almari. Besok mahu dipakai lagi.

Sesudah itu barulah Razali lelapkan mata.

Razali bukan robot.

Razali macam kita juga.

by ahmad, Tuesday 2 August 2011


11 Responses to razali

mirachantek said...

aha. kalau razali tidak seterika pasti orang akan salah sangka umur sebenar razali.

Anonymous said...

naiss, topeng badan.

makwe joni said...

pura pura

Amal said...

damn cool.

ahmad said...

[aku tak tau nak reply apa maka aku gelak comel saja]

hehe

Azhar Ibrahim said...

Corporate slave yang tak berapa nak korporat sebab kayakan keparat2 di level atas.

ahmad said...

ya

zinesatumalam said...

tak tahu nak komen apa, jadi aku akan pakai topeng kool dan komen

"erm.."

- zy

ahmad said...

err

jhnrdzi said...

peh coolio!

Hello Hello said...

razali bukan beskal reli..