Makhluk Biru Turkois
sesampainya di hadapan kedai yasmeen nasi kandar, dua orang mamak tempoh hari datang sambut aku dengan senyuman paling manis dalam hidup mereka, mungkin. salah seorang mamak siap tolong tanggalkan helmet aku. berdebar juga aku dengan perangai mamak dua orang ni. aku pesan, jangan cuba reka cerita-cerita tahyul lagi. mereka cuma mengangguk. belum sempat cari tempat duduk, mamak tu dah tolong tarik kerusi dan hidang teh o ais. tak sampai 30 seken, nasi dah ada depan muka dengan lauk serupa gunung. ah, sudah! belum oder lagi, aku cakap. mamak tu kata, bawa bertenang dan makan. memandangkan aku memang sudah lapar benar, aku terus makan tanpa banyak soal.
sambil-sambil makan, aku tinjau suasana kedai mamak tu. memang ramai orang waktu tengahari macam ni. yang sedapnya, makwe pun ramai. semuanya jenis dahi lincin belaka, alahai. aku syak, makwe-makwe ni semua budak universiti berhampiran. ala, universiti yang namanya sama dengan nama bas tu. maklumlah bawah satu naungan. tengah sedap layan nasi kandar dan layan usya makwe, tiba-tiba seorang pak cik bermisai tebal di meja bersebelahan marah-marah serta meninggikan suara. dia cakap, meniaga apa macam ini kalau lambat cuci meja dan ambil pesanan. proses menyuap nasi ke mulut aku jadi sedikit terganggu. kenapa langsi sangat pak cik misai tebal ni? dah tua-tua ni kena banyak bersabar. aku renung pak cik tersebut dalam-dalam. dua orang mamak tadi kalut-kalut datang dan minta aku bersabar. ah, kenapa aku pula yang kena bersabar? sepatutnya, pak cik bermisai tu.
lepas habis makan, macam biasa aku akan bakar sebatang rokok. sedut nikotin selepas makan ibarat suatu nikmat dunia yang tidak terhingga. makwe-makwe berdahi licin tadi ramai yang dah bangun bayar dan keluar dari kedai. aku juga berkira-kira mahu bangun, bayar dan bergerak keluar. sampai di kaunter, aku disambut oleh sebuah senyuman dari tauke yasmeen. kenapa dengan mamak-mamak yasmeen hari ni? aku terus hulur sepuluh ringgit, memandangkan lauk dalam pinggan aku tadi agak menggunung. tauke yasmeen tu cepat-cepat menolak. dia cakap tak payah bayar, dia belanja. hoi, dunia mahu kiamat kah? jarang benar kedai mamak mahu belanja orang makan. lepas tu dia cakap lagi, anytime nak makan datang ja, dan setiap dua puluh tujuh hari bulan, dia akan bayar wang perlindungan. apahal? aku malas nak tanya lebih-lebih. sebelum aku beredar, tauke yasmeen tu sempat melontarkan pujian. katanya, makhluk biru turkois dengan badan yang besar berketul tu comel dan nampak seksi. malas aku nak layan karenah mamak-mamak ni semua. asyik bercakap benda-benda tahyul saja.
walaubagaimanapun, aku dicengkam rasa hairan. sangat hairan. pelik benar perangai mamak-mamak tersebut hari ni. dan apa kaitannya aku dengan makhluk biru turkois berbadan besar tersebut? makhluk apakah itu? hulk? jangan nak mengarut. persoalan demi persoalan terus menerjah kotak fikiran sehinggalah ianya ditamatkan oleh sebuah panggilan telefon dari seorang teman, mengadu perihal di-rip off oleh sebuah syarikat percetakan buku indie. sebelum beredar, aku sempat pusing-pusing sekitar pekan arau, melihat kelibat makwe-makwe berdahi licin.
3 Responses to Makhluk Biru Turkois
baiknye hati encek mamak tu..pakcik misai tu kacau daun je...
follower ke 341
seronoklah dia,,takpayah bayar walaupun lauk menggunung,,untunglah~,, *padahal nasib je tuu* :)
hikhik
Post a Comment