aku yang tak percaya cinta
gadis itu,
cantik,
rupawan,
dengan selendang ikatan menawan,
cuba menarik perhatian satria zaman,
dengan kemanisan senyuman.
andai bisa ku miliki,
tapi,
malang,
seribu kali sayang,
bila hati mahu rapat,
akal kata jangan dekat.
tapi hati juga kuturuti,
hiraukan akal kali ini,
lalu ku ambil pena dan sehelai kertas,
untuk kurangka puisi dari hati,
agar hatinya dapat ku curi.
jauh,jauh,jauh,
dilubuk hati si imaginasi,
terlakar satu lukisan ngeri,
cinta impian tak diterima sama sekali.
kerna dek imaginasi tadi,
kisah cinta cuba ku jauhi,
jadi manusia yang tak percaya cinta lagi,
bebaskan diri,
merdekakan diri,
dari di jajah si cinta hati.
2 Responses to aku yang tak percaya cinta
mungkin cinta sejati belum hadir
apa wujud cinta itu??kalau betul wujud.buktikan ayuh.kehkehkeh
Post a Comment