Sembelih

Pagi itu adalah pagi yang asing bagi Sahidzan. Pagi di Kota Thailand. Sahidzan turun ke kota ini untuk tenangkan fikiran. Sudah muak dengan perangai melampau Melesis. Perut Sahidzan sedang berdansa. Dia turun ke bawah untuk mencari sesuap dua makanan.

Sepanjang perjalanan mencari restoran yang menyediakan makanan halal, Sahidzan di goda oleh pelacur jalanan. Nasib imannya yang memang tidak kukuh itu tidak mudah punah. Terngiang di kepalanya kata-kata Azman ketika mereka berjumpa dua hari lepas. Sahidzan memberitahu yang dia akan ke Thailand buat sehari dua. Cari ketenangan. Azman cuma membalas, "Safe journey homies! Selamat datang ke Sorga." Sekarang Sahidzan baru faham apa yang dikatakan Azman dengan sorga.

Matahari semakin mengigit. Restoran yang menyediakan makanan halal belum di ketemui. Sahidzan jadi tidak keruan. Di seberang jalan, ada sebuah restoran yang kelihatan menarik. Restoran Murni. Restoran itu seolah-olah memanggilnya. Sahidzan duduk. Tiada sijil halal. Lantak, hasratnya di hati cuma ingin minum dan makan roti sahaja.

Ingin dijadikan cerita, ada sa-ekor manusia duduk di kerusi berhadapan Sahdizan. Dia jadi malas.

  "Where are you from?"
  "Malaysia."
  "Ahh, Boleh cakap melayu lah ni. Ingatkan asal dari Thailand tadi."
  "Yup, Kenapa? Muka saya ada iras-iras orang sini? Haha."
  'Takdelah, Muka orang Malaysia dengan Thailand ni ada sama sikit."
  "Oh."
  "Ya, Saya Ahmad." Yang namanya ahmad ni menghulurkan tangan untuk bersalaman.
  "Sahdizan. Eh, order la."

Chicken Rice, Please?

Sementara menunggu makanan yang dipesan itu sampai, banyak yang Sahidzan dan Ahmad bualkan. Tentang wanita Thailand, pulau-pulau di Indonesia dan ramai lagi.

Setelah makanan sampai, Ahmad memberitahu Sahidzan yang kemungkinan besar ayam yang sekejap lagi hendak dia baham ni tidak disembelih mengikut ajaran islam. Sahidzan tersengih.


"Kau tengok ni."


Ahmad menyembelih ayam goreng itu dengan bacaan bismillah dan memulakan suapan. Sahidzan terkejut! Tanpa timbul perasaan ragu, Sahidzan memesan makanan yang sama dan melakukan perkara yang sama seperti Ahmad lakukan terhadap ayam tersebut.

Bismillah......