Minggu Pantun : Karipap inti 'CINTA' dari isteri.


Karipap inti 'CINTA' dari isteri. 
oleh : Sharifah Fauziana Wan Kebrawi



Mesin kelapa 'termakan' tangan,
jari habis meraung sendiri,
ini kisah hidup dua pasangan,
cinta abadi terikat dihati.

Kira-kira sampai genap,

salah kira jangan sampai berkelahi,
si Isteri pandai buat karipap,
resepi istimewa kegemaran si Suami.

Makanan sedap dekat kedai pengotor,

no wonder-lah 'kesedapannya' menjilat jari,
setiap hari dibekalkan di kantor,
suami kata "kawan i suka karipap you ini".

Main guli belakang tangki,

kawan tak puas hati terus menumbuk gigi,
ada satu perangai suami tidak diketahui,
gila betina walaupun dah beristeri.

Pengemis dipandang penuh hina,

kita tak tahu apa yang mereka alami,
karipap bekalan pinta si betina,
permintaan dipenuhi; bekal diberi.

Budak-budak banyak kutu,

biasalah duduk asrama memang begitu,
di rumah pula isteri tak tahu,
perangai si suami macam hantu.

Solat Jumaat pakai kopiah,

kembang kuncup hidung bila dipuji,
suatu hari tembelang pecah,
isteri terbaca Whatsapp si suami.

Proton Preve keluaran terbaru kereta nasional,

belilah nanti pada bulan September,
si isteri pandai bersifat profesional,
di depan suami bermuka slumber.

Lisa surihani dikatanya seiras Intan Liyana,

serupalah sikit tang pipi,
si isteri berjumpa si betina durjana,
saja nak ajak minum secangkir kopi.

Guruh dalam dialek Sarawak adalah guntur,

terkejut sampai jatuh dalam lumpur,
kopi diletak serbuk penidur,
bila diminum sah-sahlah akan tidur.

Kerbau bersukaria dalam lumpur,

sukanya dia selagi ada lopak,
betina diikat setelah dia tidur,
isteri tersenyum mengasah kapak.

Bertumbuk guna topi keledar,

kononnya dah cukup hebat,
meraung betina bila tersedar,
sayang semuanya sudah terlambat.

Tuhan dah cakap jangan berzina,

manusia ingkar tidak menurut,
si isteri mencincang daging si betina,
organ tak berguna dibuang kelaut.

Orang berlaki kau pun nak berlaki,

dapat laki macam bajingan,
daging dimasak dibuat inti,
buat santapan suami kesayangan.

Petang-petang main guli,

main guli tak ingat dah senja,
karipap inti 'CINTA' dari isteri,
tanda cinta sepanjang usia.