Jupri Kundi Tiada Hati.
"Diamlah bangang!". Jupri Kundi membentak, lantas membaling bantal yang sedari tadinya Jupri Kundi kepit di celah kelangkang, kearah meja di hujung kaki sebelah kiri. Kelam kabut Gary mengelak. Bercanda dengan Gary, merupakan suatu ritual Jupri Kundi setiap pagi. Tak seperti pagi biasa, tersusun segala aktiviti ; buka mata-mengeliat-tidurkan apa yang berdiri-push up-duduk-berdiri, pagi itu Jupri Kundi terus bangun daripada pembaringan. Punya semangat Jupri Kundi nak first date dengan Nicky.
Lain benar Jupri Kundi rasa pagi itu. Ringan. Berjalan serupa tak injak ke tanah. Temu janji sarapan pagi di taman tepi tasik beralaskan rumput hijau berbumbungkan atmosfera, Jupri Kundi hadirkan dengan kaki yang gagah dan senyuman yang ceria. Seperti komentar terakhir bersama Nicky di ruangan status Facebook kelmarin, Nicky akan berbaju polka-dot kuning putih, berbunga mawar putih kecil di atas dada.
Jupri Kundi sampai di taman tepi tasik. Ah sudah! Kemain ramai yang pakai baju serupa Nicky pagi tu. Tentang bunga mawar, takkan Jupri Kundi nak merenung dada tiap perempuan yang pakai baju seperti Nicky? Gila. Melilau Jupri Kundi. Tepat sudut 90darjah kearah Timur daripada tempat Jupri Kundi berdiri mengadap tasik, Jupri Kundi terpandang satu anak panah besar yang entah datang daripada mana, tergantung menghala kebawah. Kemain mengerlip. Jupri Kundi pandang kearah anak panah tersebut tujukan. Ada sa-orang gadis berambut ikal, bermata hazel, berbaju polka-dot kuning putih, sedang berdiri sambil memegang bakul piknik. Dan ya, beserta mawar putih kecil di atas dada. "Ah pasti ini Nicky!" punya gembira Jupri Kundi sampaikan kata kata itu terloncat keluar daripada mulut, seterusnya berlari lari ke telinga Nicky.
Nicky menoleh Jupri Kundi. Jupri Kundi menoleh Nicky. Tiba-tiba Nicky seperti disampuki setan. Segala yang dibawa, Nicky lempar ke tengah tasik. Nicky menjeritkan, "Kalau kau dah tak ada hati, kau jangan nak curi hati aku. Bodoh!". Terus Nicky lari membabi-buta ketengah jalan. Menabrak kereta yang sedang berhenti. Roh yang terbang keluar daripada badan, menabrak lagi kereta yang sama. Kecewa berganda gamaknya. Sementara Jupri Kundi berdiri tercengang. Satu demi satu kepingan gambar terlayar depan mata Jupri Kundi. Semalamnya, dengan hanya berboxer bunga-bunga, Jupri Kundi sedang membaca pantun yang dikutip di birai balkoni biliknya.
Post a Comment