Minggu Pantun : Mesin Pahlawan Teka Teki
Mesin Pahlawan Teka Teki
Fatini Zulkarnain
Shaya shebenarnya baru lepash beli lolipop pelangi kat Sheven Eleven (mak shaya shibuk berebut ikan shegar kat pashar. Kalau shaya kena culik macam mana? Shaya kan baru lima tahun, comel pulak tu). Shedang shaya berjalan kembali ke pashar (mak, shaya dah beshar), shaya nampak ada ramai orang kat kaki lima (shaya tak tahu kenapa dorang panggil 'kaki lima' padahal tempat tu bukan ada kaki pun) tengah tengok shorang mamat ni marah-marah (jangan cepat marah, nanti cepat tua) kat depan shatu patung pakai baju pelik (Patung tu pakai Baju Melayu shiap ada shamping dari kain murah pashtu ada topi atau kain yang dililit kat kepala dia. Shaya tak pernah nampak sheshiapa pakai macam tu. Shebab tu shaya cakap pelik). Shaya cubalah tanya akak yang pakai baju petak-petak merah jambu sheluar jeansh lushuh.
"Apa cerita ni, kak?" Lolipop
mashih kat tangan.
"Entah mamat ni. Dia cakap mesin tu
makan duit dia," kata kakak baju petak-petak merah jambu.
"Laa... Tu meshin ke kak?" shaya
cuba dekat. Yelah, shebelah patung tu ada tempat mashuk duit shiling. Shiap ada
tulish 'Orang berbudi kita berbahasa, Orang memberi kita merasa' (shaya memang
pandai baca, kalau tak macam mana shaya nak tulish cerita ni... Logik kan?) kat
atas tempat mashuk duit shiling. Bila shaya makin dekat, butir-butir kemarahan
mamat tu shemakin jelash.
"Pulangkan duit aku bahalol! Aku dah
cakap, jawapan dia kilat! Kilat!" shuara mamat tu shangat kuat kat
shebelah shaya shampai shaya kena tutup telinga dengan makan lolipop pada masha
yang shama. Lepash tu shaya tarik kaki sheluar mamat tu mintak dia ke tepi.
Shaya mashukkan lima puluh shen (Gajah putih, shaya minta maaf shebab tak boleh
bagi awak makan hari ni. Eshok shaya bagi awak makan sheringgit ya...). Bunyi
duit shiling shaya sheperti memberi nyawa kepada patung tu untuk bercakap.
Kelip-kelip ku sangka api,
Kalau api mana puntungnya;
Hilang ghaib ku sangka mati,
Kalau mati mana kuburnya.
Terkeluarlah shuara irash-irash penyanyi
shengau yang shaya shelalu dengar dalam drama pukul shepuluh shetengah malam.
Shaya dapat rashakan shemua orang menunggu jawapan shaya dengan penuh debaran
(macam shaya ni bintang realitit tunggu keputushan esh-em-esh la pulak).
Shaya pun jawablah:
Gendang gendut tali kecapi,
Kan mamat tadi dah sebut kilat banyak
kali.
Shemacam kata-kata shaya adalah shatu shuish
keramat untuk dia, patung dengan kain lilit pelik tu melompat (shiap buat back
flip) dan mendarat depan shaya shebelum melutut.
"Wahai adindaku Puteri Sakti Kesuma,
setelah lama kanda menanti kini dengan kekuatan cinta kita bertemu lagi. Kanda
hampir putus asa menanti dinda yang tak kunjung tiba," patung dengan kain
lilit pelik menyentuh pipi gebu shaya.
"Kekanda, kini sumpahan kanda sudah
terlerai. Angkara sihir pendeta diraja kita merana. Tapi sayang, dinda tidak
boleh mengahwini kanda. Carilah cinta yang lebih sepadan dengan kanda."
"Tidak sama sekali! Hati, jiwa dan
jasad kanda hanya untuk dinda."
"Andai sungguh bagai dikata, carilah
ilmu mengenai dunia dinda. Dan usahakanlah ilmu itu sehingga mampu menyara
hidup kanda. Andai ada terlebih, usahakanlah ilmu itu selama seratus purnama
lagi dan kembalilah pada dinda."
"Jika itu kemahuan dinda, kanda dengan
rela menurut sahaja", kata lelaki kain lilit pelik shebelum melompat dari
shatu bangunan ke shatu bangunan dan hilang di balik terik matahari yang
shemakin memanash.
Orang ramai bagi banyak reshpon (ada yang
'sweet-nyer...', ada yang 'ni prank nak kenakan kitorang ke apa?' dan ada jugak
yang 'itu patung ke hantu? Cabut!!!' tapi mamat yang marah tadi cuma cakap 'dia
nak kena balas dengan pantun jugak rupanya...') dan dorang tinggalkan shaya
shenshorang kat kaki lima depan meshin mashuk duit yang dah koshong.
Tatepi shatu je shaya pelik. Apa yang shaya
dah cakap lepash dia shentuh pipi shaya shampai dia lompat macam tu? (Buat
kepala shenget ke kanan shambil jilat lolipop yang dah makin kecik).
2 Responses to Minggu Pantun : Mesin Pahlawan Teka Teki
Golek-golek bola setan,
Bukan snooker tapi boling tenpin,
Sampai telinga aku senyumkan;
Kispen ini sangatlah WIN!!!
mahu terkencing ditahan jua,
sakit kepala menjawab test,
ini kispen sangatlah lawa,
cilaka lah best!
Post a Comment