Archive for April 2012

Minggu Pantun : Leman Koboi Bekas Juara Pantun Peringkat Daerah

0


Leman Koboi Bekas Juara Pantun Peringkat Daerah
oleh : Pak Lang

Sudah tiga tahun Leman Koboi berkapel dengan Siti Nurfaradila Sakina Hanum. Bak kata orang, cinta pun sudah setinggi gunung-ganang, seluas lautan, sedalam _________ (anda tentukan). Hendak dijadikan cerita jika tak jadi tak ada cerita, pada suatu petang yang redup diiringi siulan dan kicauan serindik pelbagai warna berserta angin yang bertiup sepoi-sepoi bahasa maka terkantoi si Siti Nurfaradila Sakina Hanum yang sedang bergelak-tawa, beretempuk-tampar dengan Abdul si penjual karpet di sebuah taman permainan belakang surau.


Pada mulanya Leman Koboi sedikit hairan, apa kejadahnya Abdul si penjual karpet meniaga di taman permainan belakang surau? Setelah satu jam setengah memerhati barulah Leman Koboi perasan yang Abdul si penjual karpet sedang bermesra dengan kekasih hatinya si Nurfaradila Sakina Hanum. Sebenarnya Leman Koboi ada masalah rabun yang serius. Maka melentinglah si Leman Koboi menyaksikan kejadian penuh tragis itu. Marahnya bukan kepalang, lantas dihamburkan segala kata-kata yang paling kesat sampai satu tahap, rumpu-rumput boleh mati mendengarnya. Nurfaradila Sakina Hanum dan Abdul si penjual karpet yang sedang ayik bergeli-gelian itu terkejut bukan main. Nurfaradila Sakina Hanum kalut betulkan coli dari luar baju kurungnya manakala Abdul si penjual karpet pura-pura membelek karper-karpetnya di atas motor sambil menekan-nekan kalukulator bertenaga solar.


Leman Koboi minta penjelasan tapi Nurfaradila Sakina Hanum kata tak ada apa-apa yang patut dijelaskan kerana dia dan Abdul si penjual karpet tak ada apa-apa hubungan istimewa, cuma sekadar pembeli dan penjual karper sahaja. Leman Koboi sangat kecewa dengan penipuan itu.


Cinta hati di seberang sana
Merentas sungai mendayung perahu
Terbakar kampung nampak asapnya
Terbakar hati siapa yang tahu


…..bersambung



Minggu Pantun : Karipap inti 'CINTA' dari isteri.

0


Karipap inti 'CINTA' dari isteri. 
oleh : Sharifah Fauziana Wan Kebrawi



Mesin kelapa 'termakan' tangan,
jari habis meraung sendiri,
ini kisah hidup dua pasangan,
cinta abadi terikat dihati.

Kira-kira sampai genap,

salah kira jangan sampai berkelahi,
si Isteri pandai buat karipap,
resepi istimewa kegemaran si Suami.

Makanan sedap dekat kedai pengotor,

no wonder-lah 'kesedapannya' menjilat jari,
setiap hari dibekalkan di kantor,
suami kata "kawan i suka karipap you ini".

Main guli belakang tangki,

kawan tak puas hati terus menumbuk gigi,
ada satu perangai suami tidak diketahui,
gila betina walaupun dah beristeri.

Pengemis dipandang penuh hina,

kita tak tahu apa yang mereka alami,
karipap bekalan pinta si betina,
permintaan dipenuhi; bekal diberi.

Budak-budak banyak kutu,

biasalah duduk asrama memang begitu,
di rumah pula isteri tak tahu,
perangai si suami macam hantu.

Solat Jumaat pakai kopiah,

kembang kuncup hidung bila dipuji,
suatu hari tembelang pecah,
isteri terbaca Whatsapp si suami.

Proton Preve keluaran terbaru kereta nasional,

belilah nanti pada bulan September,
si isteri pandai bersifat profesional,
di depan suami bermuka slumber.

Lisa surihani dikatanya seiras Intan Liyana,

serupalah sikit tang pipi,
si isteri berjumpa si betina durjana,
saja nak ajak minum secangkir kopi.

Guruh dalam dialek Sarawak adalah guntur,

terkejut sampai jatuh dalam lumpur,
kopi diletak serbuk penidur,
bila diminum sah-sahlah akan tidur.

Kerbau bersukaria dalam lumpur,

sukanya dia selagi ada lopak,
betina diikat setelah dia tidur,
isteri tersenyum mengasah kapak.

Bertumbuk guna topi keledar,

kononnya dah cukup hebat,
meraung betina bila tersedar,
sayang semuanya sudah terlambat.

Tuhan dah cakap jangan berzina,

manusia ingkar tidak menurut,
si isteri mencincang daging si betina,
organ tak berguna dibuang kelaut.

Orang berlaki kau pun nak berlaki,

dapat laki macam bajingan,
daging dimasak dibuat inti,
buat santapan suami kesayangan.

Petang-petang main guli,

main guli tak ingat dah senja,
karipap inti 'CINTA' dari isteri,
tanda cinta sepanjang usia.


Minggu Pantun : Gelama kawan dengan siapa, Senohong kawan dengan siapa.

1

Gelama kawan dengan siapa, Senohong kawan dengan siapa. 

Oleh : Bujal X

Siakap senohong gelama ikan duri 
bercakap bohong lama-lama mencuri. 

 Kalau kamu tanya saya, di atas adalah antara pantun 2 rangkap yang paling cukup sifat.
 Siakap kawan dengan cakap,
 senohong kawan dengan bohong,
 gelama kawan dengan lama-lama,
 ikan duri kawan dengan mencuri. keindahan terserlah.

Tidak seperti persahabatan antara pen biru dengan i love you.










kamu yang sedang menaip pantun untuk dihantar ke zinesatumalam. terus buat penelitian semula. keh keh keh.


Minggu Pantun : Pernikahan Ini

0

PERNIKAHAN INI 
Oleh: Suffyanrazzaq 

 Intip. Lari-lari kecil tuju ke dapur. Cedok air dua gayung dari tempayan lalu curahkan. Cerek tua seusia dilabuhkan atas dapur. Nyalakan api. Bila sudah bersiul bingit, pulas pemetik biar terpadam. Sudukan gula, kopi dan ikhlas hati ke dalam teko putih bercorak awan larat kuning-biru. Tuangkan jerangan, pantas harum aroma memenuhi atmosfera seisi teratak pusaka, seiring alir baunya menusuk-nusuk dinding hidung. Kacaukan, biar mesra. Rasa. “Nyaman,”. Letak teko atas alas warna sama yang dari tadi setia. Tersusun kemas cangkir dan piring di sebelah. Lepat ubi jadi pemanis, tanda budi ibunda tiada mati. Ummi lantas mengangkat talam menuju serambi sambil ekor mataku mengekori. Aku berdebar di hati. 

 Anak merbah di hujung kawat
 mersik bercanggai lagu senada 
tepak disembah menjunjung adat 
cincin merisik sebagai tanda 

 Selang dua purnama. Rombongan dari selatan tiba lagi bersama dulangan persembahan. Semuanya berhias serba indah. Dalam suku jam, ummi menguak tabir merah pintu kamar daraku. Kanannya menggenggam kananku, kirinya mengusap perlahan belakangku. Aku diam membatu, debar masih memalu kalbu. Mengangguk tidak, menggeleng pun tidak. Sekadar tunduk tebalkan sipu. Ummi membalas dengan senyum dan berlalu. Serambi teratak pusaka berderai tawa, setiap mereka bersyukur dan bergembira. Sama-sama aminkan doa. Aku kini tunangan orang, sentiasa manis luar dan dalam. 

 Jambangan mawar gubah bertingkat 
lata hamparan tualang jati 
pinangan dihantar janji diikat 
berserta hantaran dulang berkaki 

 Bulan ketiga kalendar Qamari menjadi pilihan kedua belah pihak. Segala persiapan sudah siap, hanya menantikan tiba harinya sahaja. Setiap yang penting telah ummi perturunkan, buat bekalan bersama keluarga baru. Semakin hampir waktu dihitung, semakin sayu di hati mahu meninggalkan ummi, abi dan Zikri. Jiwaku debarnya menjadi-jadi. Kuatkan hati, biar kental bagainya cekal bahaduri. 

 Inilah harinya. Sanak saudara, jiran tetangga sama bergandingan menegakkan khemah dan menyediakan lauk-pauk tradisi. Ulam-ulaman dan sambal colek juga menanti di meja hidangan buat para tetamu. Sepupu-sepupu kiri sibuk menyiapkan hantaran dan bunga pahar. Sepupu-sepupu kanan membersihkan laman, meluruskan bunga manggar keliling taman. Teman sekolahan meracik-racik helaian pandan, kuntuman mawar dan kenanga. 

 Kompang dipalu. Berteriaklah semuanya. Beras kunyit ditabur, menyambut tiba. Ibu rumah pusaka menjadi saksi rakaman manis detik indah walimah. Lafaz yang meluncur kemas di bibir, disambut syukur khalayak yang hadir. Selawat nabi terus basah di hati, meski debar masih menari-nari. Cincin pun disarungkan, lantas kucium tangannya. Dahi luasku dikucup antara kena dengan tidak. Adam Rusyaidi mengusap kepalaku. Mata kami bertentangan. Bibir kami berkuntum senyuman. 

 Terbang cecawi melangit tinggi 
lambai tiupan pawana merah 
akad bersaksi, berwali abi 
mahligai impian terbina sudah 

 Mekar kemboja menguntum seri 
rumpunnya rendang di tengah persada 
atas pelamin raja sehari 
bagai pinang dibelah dua 

 Gembira, tiada dapat terkata. Salam tahniah, ucapan dan doa berbalas-balas di capangku. Zikri, saudara kecilku mencium pipiku. Semoga kau terus gagah di samudera luas, adik. Abi dan ummi mengucup dahiku tanda restu. Air mata tiada dapat tertahan. Pernikahan ini moga seisi langit dan bumi merahmatinya, mendoakannya. Terima kasih abi, terima kasih ummi. Kauthar mohon diri. 

Aku kini halal.



:: Minggu Pantun :- Buai Laju-Laju 2.0 ::

0

Buai laju-laju,
Sampai pohon sena,
Salam dibuka menyapa bayu,
Moga semuanya baik-baik saja.

Buai laju-laju,
Sampai pohon sena,
Berbakti pada keluargamu,
Moga balasan disana.

Buai laju-laju,
Sampai pohon sena,
Sayangi bonda dan ayahandamu,
Itu harta yang tiada gantinya.

Buai laju-laju,
Sampai pohon sena,
Jadilah anak yang satu,
Membawa mereka ke syurga.

Buai laju-laju,
Sampai pohon sena,
Jangan sekali meninggi suaramu,
Jatuh derhaka pada mereka.

Buai laju-laju,
Sampai pohon sena,
ada satu perlu kamu tahu,
Syurga itu dibawah kaki bonda.

Buai laju-laju,
Sampai pohon sena,
Lihat bonda ayahanda kamu,
Mereka semakin dimamah usia.

Buai laju-laju,
Sampai pohon sena,
Saya berpesan pada kamu,
Berbaktilah selagi mereka masih ada.


Minggu Pantun : Pantun Non-Fiksyen

0

Pantun Non-Fiksyen

oleh : Esah Ezral

Pernah satu malam yang gila kami seperti biasa dengan rutin sneak out – keluar rumah senyap-senyap tanpa pengetahuan ibu bapa ya kami masih bawah jagaan ibu bapa – dan lepak bersama, lepak pun bukanlah ke mana sangat pun, sekadar kedai mamak yang sekangkang kera dari rumah. Waktu malam memang sentiasa dikaitkan dengan gila, kau pernah dengar kan nama notorious si Laila Majnun? Laila itu ertinya Malam, dan Majnun itu pula ertinya Gila. Malam = Gila. Makin malam, makin menjadi. Inikan lagi sudah lewat malam beransur awal pagi. 

Waktu itu sebenarnya semua sudah mengantuk letih kepenatan, pandangan sudah berpinar, mata sudah terkebil cuma disengkang dengan batang mancis halimunan. Sudah berhijrah dari kedai mamak pertama ke kedai mamak kedua. Masih tegar lagi mahu lepak, jiwa muda konon. Jadi untuk memecahkan kesangapan, entah kenapa dan bagaimana, atau terinspirasi dari apa sebab masa ni belum ada program Super Spontan tu, mungkin jauh di sudut hati dan minda ada terselit memori cerita Laila Isabella yang banyak pakai pantun – ingat tak “sori naik lori”? Eh nama Laila lagi terselit dalam cerita ni. Secara tak sengaja pada mulanya, salah seorang dari kami sedang menyampaikan sesuatu, dan secara tidak sengaja ayat yang disampaikan itu mempunyai rima akhir. Rima akhir itu bagi korang yang tak tahu, adalah bunyi dan nada akhir dalam sesuatu perkataan. Contohnya untuk perkataan 'contohnya' rima akhirnya boleh jadi bunyi 'aa' atau 'nyaa'. Kalau pantun, biasanya ada empat baris, dan rima akhir bagi baris pertama dan baris ketiga harus sama, baris kedua dan keempat juga begitu. FAHAM DAH? 

Aku rasa korang semua dah lama hidup dengan pantun dan harap korang semua focus la masa matapelajaran KOMSAS & bahasa melayu dulu kat sekolah, takde masa aku nak bukak kelas kat sini. Jadi, bermula daripada ketidaksengajaan menimbulkan pantun tu, kami semua mula menonjolkan bakat berpantun masing-masing. Yakni setiap apa yang disampaikan, disampaikan dalam bentuk pantun. Kebanyakannya dua kerat, dan dua kalimah saja, mudah. Dan kelakar. Kelakar nak mampus. Waktu itu, jam hampir lima pagi, hanya kami di kedai mamak itu bersama mapley-mapley, suasana dihangatkan dibingitkan dengan hiruk pikuk gelak tawa kami melayan pantun masing-masing yang macam haprak tapi kehampehan itu yang buat benda jadi lawak. Dan keadaan terhegeh-hegeh sesiapa untuk mempantunkan sesuatu ayat itu, untuk mencari rima akhir / bunyi yang sama bagi setiap ayat, itu yang paling kelakar. Haa maknanya pantun ni jadi suatu bahan gelak bahan lawak? Warisan bahasa melayu kita tu. Sastera agung yang dah jadi sastera picisan? Entah, mungkin sebab dah jarang digunakan sekarang. 

Pantun diklasifikasikan sebagai sajak tradisional kalau dalam matapelajaran KOMSAS dulu. Takpelah kalau jadi bahan gelak pun, yang penting bagi aku sekurang-kurangnya orang masih tahu apa dan bagaimana sebenarnya pantun tu. Selesai kelas sastera – aku sambung cerita. 'Malam berpantun' tu memang masuk kotak memori aku sebagai satu malam yang sangat seronok dan harus dikenang. Malam kejadian tu turut dijadikan inspirasi untuk aku propose One Word Summary untuk kelas Idea&Storytelling aku. One-word-summary yang akan diterbitkan sebagai short film. 

Summarynya begini: 'Sekumpulan kawan sedang melepak kebosanan di kedai mamak dan tiba-tiba bermain suatu permainan di mana mereka semua hanya boleh berkomunikasi menggunakan pantun.' Dan surprisingly, idea tu sangat laku! Ramai yang nak 'membeli' idea tu untuk diterbitkan sebagai short film. Maknanya, mereka nampak humor dan keunikan pantun di situ. Well itu saja yang mahu aku kongsikan. Nak bercerita dengan teknik keperihalan tentang pengalaman aku berpantun tu .. aku tak reti. Aku fail menulis fiksyen. Mungkin orang lain boleh terinspirasi dan tuliskan? Cuba-cubalah kau amalkan, atau sekadar bayangkan, macam mana kalau dalam sehari tu, atau dalam sesi lepak, kau dan kawan-kawan hanya boleh berkomunikasi menggunakan pantun? Siapa bersuara tanpa berpantun akan didenda. Mungkin keadaan akan menjadi senyap sepi, atau riuh rendah dengan gelak tawa dan cubaan berpantun yang sangat epic fail. 

Seronok kan? Pantun for life!

by zoul yazix, Wednesday, 18 April 2012


Minggu Pantun : Tinggi-tinggi kelapa bali

0

Tinggi-Tinggi Kelapa Bali
oleh: Yana Mat Shah


Shima duduk tepi sungai. Dia rasa nak menangis, hendak jerit kuat-kuat. tapi suara Shima dah hilang sekejap. Semalam dia da menjerit bentak-bentak jantan sial yang buat nasib dia macam duduk atas bara api.

Shima keluarkan mp3 dari beg. Dia nak layan lagu heavy metal. kasi pasang kuat-kuat dekat telinga. Dengar musik keras. Goyang-goyang kepala. Yeahh yeahh..

Mp3 di on kan. Musik bermula. 

Tinggi-tinggi kelapa bali
Kental berdiri
Akar di bumi
Walau bermusim di terik mentari
Tidak sekali lupakan diri


Eh,bila masa pulak aku letak lagu Melayu ni? Setau aku koleksi lagu dalam mp3 ni semua heavy metal. Gua bekas budak black metal plak. Alih-alih kuar lagu kelapa bali! Shima tekan punat yang ada, nak skip lagu baji amuk tuh.


Bila menari dongak ke langit
Langkah mu sumbang salahkan bumi
Silap sendiri tak dipeduli
Terbiar sudah membuta tuli
Baru tengadah menyesal diri


Wah Wah, bukan sembarang kau ye. Mengata aku. Aku tekan NEXT pun kau muncul lagi? Sudah lah, malas nak layan lagu ni.


Ikutkan rasa kelak binasa
Kerasnya hati membawa mati
Pentingkan dosa sumpah bertakhta
Megah ilusi mejadi mimpi
Panasnya diri bagai dibakar api


Wooi, gua dah betul punya bengang ni. Sikit-sikit wa kasi can sama lu, lu kenakan gua lagi apahal? Gua kasi last can bro, kalau lu wat hal lagi gua campak je barang ni kat sungai.


Tinggi-tinggi kelapa bali
Walaupun tinggi kental berdiri
Tidak pernah lupa diri
Tidak pernah megah diri
Mencengkam akar di bumi

Rimbun-rimbun daun dedalu
Tinggi di atas sombongkan diri
Pandang langit lupa bumi
Menumpang menunggu mati


Peeecccaaahhhh!!!
Shima baling mp3 itu ke batu. Masuk ke dalam sungai.

Tahap sabar gua dah gaban beb! Gua tengah syok nak layan heavy metal, lu bantai kasi gua sindiran metal. Memang tak ahh, mampus kau la. Kau ingat aku pakai sangat mp3 bodoh tu! Sial!

Beberapa hari lepas tu Shima mencari-cari mp3 nya. Die lupa die dah baling kat sungai. Dia lupa dia da hmaki hamun alat elektronik tu yang memasang lagu ala-ala pantun nasihat kat dia masa dia tengah stress itu hari.

Shima duduk teleku kenang nasib yang tambah buruk. Semua sebab ikut hati.

Bila menari dongak ke langit
Langkah mu sumbang salahkan bumi
Silap sendiri tak dipeduli
Terbiar sudah membuta tuli
Baru tengadah menyesal diri..

by zoul yazix,


Minggu Pantun : Mesin Pahlawan Teka Teki

2


   
Mesin Pahlawan Teka Teki

Fatini Zulkarnain



    Shaya shebenarnya baru lepash beli lolipop pelangi kat Sheven Eleven (mak shaya shibuk berebut ikan shegar kat pashar. Kalau shaya kena culik macam mana? Shaya kan baru lima tahun, comel pulak tu). Shedang shaya berjalan kembali ke pashar (mak, shaya dah beshar), shaya nampak ada ramai orang kat kaki lima (shaya tak tahu kenapa dorang panggil 'kaki lima' padahal tempat tu bukan ada kaki pun) tengah tengok shorang mamat ni marah-marah (jangan cepat marah, nanti cepat tua) kat depan shatu patung pakai baju pelik (Patung tu pakai Baju Melayu shiap ada shamping dari kain murah pashtu ada topi atau kain yang dililit kat kepala dia. Shaya tak pernah nampak sheshiapa pakai macam tu. Shebab tu shaya cakap pelik). Shaya cubalah tanya akak yang pakai baju petak-petak merah jambu sheluar jeansh lushuh.


   "Apa cerita ni, kak?" Lolipop mashih kat tangan.

   "Entah mamat ni. Dia cakap mesin tu makan duit dia," kata kakak baju petak-petak merah jambu.

   "Laa... Tu meshin ke kak?" shaya cuba dekat. Yelah, shebelah patung tu ada tempat mashuk duit shiling. Shiap ada tulish 'Orang berbudi kita berbahasa, Orang memberi kita merasa' (shaya memang pandai baca, kalau tak macam mana shaya nak tulish cerita ni... Logik kan?) kat atas tempat mashuk duit shiling. Bila shaya makin dekat, butir-butir kemarahan mamat tu shemakin jelash.

   "Pulangkan duit aku bahalol! Aku dah cakap, jawapan dia kilat! Kilat!" shuara mamat tu shangat kuat kat shebelah shaya shampai shaya kena tutup telinga dengan makan lolipop pada masha yang shama. Lepash tu shaya tarik kaki sheluar mamat tu mintak dia ke tepi. Shaya mashukkan lima puluh shen (Gajah putih, shaya minta maaf shebab tak boleh bagi awak makan hari ni. Eshok shaya bagi awak makan sheringgit ya...). Bunyi duit shiling shaya sheperti memberi nyawa kepada patung tu untuk bercakap.

      Kelip-kelip ku sangka api,
         Kalau api mana puntungnya;
      Hilang ghaib ku sangka mati,
         Kalau mati mana kuburnya.

   Terkeluarlah shuara irash-irash penyanyi shengau yang shaya shelalu dengar dalam drama pukul shepuluh shetengah malam. Shaya dapat rashakan shemua orang menunggu jawapan shaya dengan penuh debaran (macam shaya ni bintang realitit tunggu keputushan esh-em-esh la pulak).

   Shaya pun jawablah:

      Gendang gendut tali kecapi,
         Kan mamat tadi dah sebut kilat banyak kali.

   Shemacam kata-kata shaya adalah shatu shuish keramat untuk dia, patung dengan kain lilit pelik tu melompat (shiap buat back flip) dan mendarat depan shaya shebelum melutut.

   "Wahai adindaku Puteri Sakti Kesuma, setelah lama kanda menanti kini dengan kekuatan cinta kita bertemu lagi. Kanda hampir putus asa menanti dinda yang tak kunjung tiba," patung dengan kain lilit pelik menyentuh pipi gebu shaya.

   "Kekanda, kini sumpahan kanda sudah terlerai. Angkara sihir pendeta diraja kita merana. Tapi sayang, dinda tidak boleh mengahwini kanda. Carilah cinta yang lebih sepadan dengan kanda."

   "Tidak sama sekali! Hati, jiwa dan jasad kanda hanya untuk dinda."

   "Andai sungguh bagai dikata, carilah ilmu mengenai dunia dinda. Dan usahakanlah ilmu itu sehingga mampu menyara hidup kanda. Andai ada terlebih, usahakanlah ilmu itu selama seratus purnama lagi dan kembalilah pada dinda."

   "Jika itu kemahuan dinda, kanda dengan rela menurut sahaja", kata lelaki kain lilit pelik shebelum melompat dari shatu bangunan ke shatu bangunan dan hilang di balik terik matahari yang shemakin memanash.

   Orang ramai bagi banyak reshpon (ada yang 'sweet-nyer...', ada yang 'ni prank nak kenakan kitorang ke apa?' dan ada jugak yang 'itu patung ke hantu? Cabut!!!' tapi mamat yang marah tadi cuma cakap 'dia nak kena balas dengan pantun jugak rupanya...') dan dorang tinggalkan shaya shenshorang kat kaki lima depan meshin mashuk duit yang dah koshong.

   Tatepi shatu je shaya pelik. Apa yang shaya dah cakap lepash dia shentuh pipi shaya shampai dia lompat macam tu? (Buat kepala shenget ke kanan shambil jilat lolipop yang dah makin kecik).


:: Buai Laju- Laju::

1

Buai laju-laju,
Sampai pokok sena,
Apa dalam hatiku,
Ada ukiran nama dia.

Buai laju-laju,
Sampai pokok sena,
Angin sampaikan padamu,
Salam rindu dan cinta.

Buai laju-laju,
Sampai pokok sena,
Adakah ada ubat untukku,
Pada sakit panah asmara.

Buai laju-laju,
Sampai pokok sena,
Bila agaknya kita akan bertemu,
Bertentang mata hanya berdua.

Buai laju-laju,
Sampai pokok sena,
Angin khabarkan pada mu,
Bahawa aku cinta dia.

Buai laju-laju,
Sampai pokok sena,
Aku cinta padamu,
Biar takdir tentu segala.



* percubaan pantun.


Jupri Kundi Tiada Hati.

0

"Diamlah bangang!". Jupri Kundi membentak, lantas membaling bantal yang sedari tadinya Jupri Kundi kepit di celah kelangkang, kearah meja di hujung kaki sebelah kiri. Kelam kabut Gary mengelak. Bercanda dengan Gary, merupakan suatu ritual Jupri Kundi setiap pagi. Tak seperti pagi biasa, tersusun segala aktiviti ; buka mata-mengeliat-tidurkan apa yang berdiri-push up-duduk-berdiri, pagi itu Jupri Kundi terus bangun daripada pembaringan. Punya semangat Jupri Kundi nak first date dengan Nicky.


Lain benar Jupri Kundi rasa pagi itu. Ringan. Berjalan serupa tak injak ke tanah. Temu janji sarapan pagi di taman tepi tasik beralaskan rumput hijau berbumbungkan atmosfera, Jupri Kundi hadirkan dengan kaki yang gagah dan senyuman yang ceria. Seperti  komentar terakhir bersama Nicky di ruangan status Facebook kelmarin, Nicky akan berbaju polka-dot kuning putih, berbunga mawar putih kecil di atas dada.

Jupri Kundi sampai di taman tepi tasik. Ah sudah! Kemain ramai yang pakai baju serupa Nicky pagi tu. Tentang bunga mawar, takkan Jupri Kundi nak merenung dada tiap perempuan yang pakai baju seperti Nicky? Gila. Melilau Jupri Kundi. Tepat sudut 90darjah kearah Timur daripada tempat Jupri Kundi berdiri mengadap tasik, Jupri Kundi terpandang satu anak panah besar yang entah datang daripada mana, tergantung menghala kebawah. Kemain mengerlip. Jupri Kundi pandang kearah anak panah tersebut tujukan. Ada sa-orang gadis berambut ikal, bermata hazel, berbaju polka-dot kuning putih, sedang berdiri sambil memegang bakul piknik. Dan ya, beserta mawar putih kecil di atas dada. "Ah pasti ini Nicky!" punya gembira Jupri Kundi sampaikan kata kata itu terloncat keluar daripada mulut, seterusnya berlari lari ke telinga Nicky.

Nicky menoleh Jupri Kundi. Jupri Kundi menoleh Nicky. Tiba-tiba Nicky seperti disampuki setan. Segala yang dibawa, Nicky lempar ke tengah tasik. Nicky menjeritkan, "Kalau kau dah tak ada hati, kau jangan nak curi hati aku. Bodoh!". Terus Nicky lari membabi-buta ketengah jalan. Menabrak kereta yang sedang berhenti. Roh yang terbang keluar daripada badan, menabrak lagi kereta yang sama. Kecewa berganda gamaknya. Sementara Jupri Kundi berdiri tercengang. Satu demi satu kepingan gambar terlayar depan mata Jupri Kundi. Semalamnya, dengan hanya berboxer bunga-bunga, Jupri Kundi sedang membaca pantun yang dikutip di birai balkoni biliknya.

Rumah roboh tiang berdiri;
Lantai rata tersembul paku,
Marilah bidadari munculkan diri;
Teroboslah dada kunyah hatiku.

Jupri Kundi rasa takut. Terus Jupri Kundi terjun kedalam tasik.


Bila Man Kidal dan Cikgu Intan berskandal.

0



Man Kidal patah tangan. Pagi semalam dia telefon Cikgu Intan. Katanya, dia jatuh motor dekat simpang empat depan kedai Mak Kiah Janda. Alah, bukan sekali dua Man Kidal patah tangan. Seminggu dua tiga kali. Bila pergi sekolah tangan elok-elok saja, katanya Bomoh Tua ubatkan.

Tadi aku malas bangun pagi. Aku telefon Cikgu Intan, kata tangan patah jatuh motor. Lepas tu Cikgu Intan jerit-jerit maki.

Aku syak, Man Kidal dan Cikgu Intan ada skandal. Siaplah!

Buat tahi dengan aku, aku suap balik tahi. Phuih.


kisahku di kemaman

2

housmet aku yang pertama setelah mendapat kerja menjarah kederat dengan gaji minima ini ialah seorang asasin androjinus anonimus yang tidak berkemaluan. kelangkangnya hanyalah satu permukaan rata seperti kelangkang manekin. bagaimana aku boleh tahu? entah kenapa dia memang tidak pernah berseluar ketika di rumah. 2 minggu pertama aku macam 'isk' juga, risau kalau pemandangan itu boleh membawa ke tidur dan perut. tapi lama kelamaan mimpi ngeri dan muntah hijau tak juga muncul-muncul, maka aku malas dah nak kisah. bagaimana dia kencing? entah, tidak pernah pula aku ikut dia masuk jamban.

housmet aku itu, dia terlalu kacak untuk jadi perempuan tapi terlalu lawa untuk jadi lelaki. pergerakannya ialah satu flow yang berterusan tanpa ujud sekelumit pun istilah kekok - serius macam penari balet - walaupun ketika terkena air panas mahupun terjatuh kerana tersepak bucu tangga. gesturnya seolah-olah telah diantisipet dan dikoreograf sedari lahir. aku berani jamin kalau dia diupah menamatkan riwayat kau, kau tidak akan sedar apa pun. tahu-tahu saja kau sudah disoal perihal identiti tuhan kau.

aku betul-betul harap dalam egrimen seorang asasin ada menyebut housmet tidak boleh dibunuh sebab aku yakin kalau dia mahu atau sudah dibayar oleh bekas teman lelaki teman tapi mesra aku, dengan seutas megi pun nyawa aku boleh melayang. ke aku sudah pun mati?

by ahmad, Wednesday, 11 April 2012


Gadis Berlitup, Kelabu Tahi Anjing

3

Ketika itu aku berada di satu tempat, di mana majlis ini penuh dengan orang-orang yang sentiasa senyum seolah-olah mengetahui aku sepenuhnya dan dengan tiba-tiba aku didatangi oleh seorang gadis berlitup penuh. Mukanya penuh dengan calitan tahi. Dia memberikan senyuman dan duduk di sebelahku. Aku hanya duduk sambil memerhati orang yang melalui kawasan itu tanpa menghiraukan kehadiran dia. Dia memandangku sambil tersenyum.

"Aku seorang gadis yang baik, menjaga sembahyangku, menjaga auratku dan adabku ketika aku keluar ataupun bertemu dengan orang lain," katanya dengan penuh senyuman yang sopan santun.

"Ooh," balasku pendek.

Dia mula membuka mukadimah, dengan cerita peribadi manusia lain, ceritanya semua dari sumber yang berbeza-beza. Semuanya yang buruk-buruk belaka. Dia menjilat tahi-tahi yang melekit di bibir dengan penuh nikmat. Mulutnya berbau hanyir. Sebolehnya aku tidak mahu mendengar, aku hanya mahu menikmati suasana pagi, emosi yang terkeluar bukan dari manusia.

"Kenapa muka kau penuh dengan tahi?" aku mulai bertanya, inilah persoalan pertama yang aku mahu tahu jawapannya.

"Ooh, ini bukan tahi, ini calitan peribadi yang aku sebarkan. Setiap calitan itu berbeza nama orangnya." Dengan penuh megah dia berkata-kata tanpa rasa sesal.

"Kau rasa dengan menjaga keseluruhan tingkah tetapi tidak menjaga mulutmu itu berbaloi?"

"Maksudmu ceritaku?"

"Ya..."

"Salahkah aku menceritakan tentang buruknya orang lain, dan baiknya aku mengambil tahi-tahi mereka untuk di ceritakan ke seluruh semesta?"

"Bukankah itu satu dosa?" tekanku, separuh bertanya.

"Layakkah kau berkata tentang dosa? Sedangkan aku lebih beramal lebih dari kau?" Balasnya lagi.

"Jadi kau tak perlu minta maaf?"

"Kau tahu dunia ini berbeza, jika aku nampak keadaan itu membahayakan aku, aku akan minta maaf untuk semua, dan mereka akan nampak bertapa jujurnya aku ketika itu lalu mereka hulurkan tangan untuk aku, dan caci mereka-mereka yang telah aku sebarkan ceritanya. Itulah kuasa kejujuran aku, menampakkan aku jahat supaya mereka nampak aku baik." panjang lebar dia berkata-kata dengan penuh megah.

"Kalau orang bercerita tentang kau, cerita peribadi kau dan memburuk-burukkan kau, apa kau rasa?"

"Nescaya masuk nerakalah orang itu, aku sudah cakap, yang dunia ini berbeza, di mana jika ceritaku disebar, aku mempunyai teman di mana teman ini akan digunakan sebagai benteng aku. Aku orang yang baik-baik, menjaga amalku, menjaga tingkahlakuku dan dosa itu sifar bagiku," katanya dengan penuh yakin.

Aku berdiri tanpa berkata apa-apa. Aku hanya mencalit tahiku ke mukanya dan dia berterima kasih dengan senyuman yang penuh makna.

Aathif Aali


Sembelih

4

Pagi itu adalah pagi yang asing bagi Sahidzan. Pagi di Kota Thailand. Sahidzan turun ke kota ini untuk tenangkan fikiran. Sudah muak dengan perangai melampau Melesis. Perut Sahidzan sedang berdansa. Dia turun ke bawah untuk mencari sesuap dua makanan.

Sepanjang perjalanan mencari restoran yang menyediakan makanan halal, Sahidzan di goda oleh pelacur jalanan. Nasib imannya yang memang tidak kukuh itu tidak mudah punah. Terngiang di kepalanya kata-kata Azman ketika mereka berjumpa dua hari lepas. Sahidzan memberitahu yang dia akan ke Thailand buat sehari dua. Cari ketenangan. Azman cuma membalas, "Safe journey homies! Selamat datang ke Sorga." Sekarang Sahidzan baru faham apa yang dikatakan Azman dengan sorga.

Matahari semakin mengigit. Restoran yang menyediakan makanan halal belum di ketemui. Sahidzan jadi tidak keruan. Di seberang jalan, ada sebuah restoran yang kelihatan menarik. Restoran Murni. Restoran itu seolah-olah memanggilnya. Sahidzan duduk. Tiada sijil halal. Lantak, hasratnya di hati cuma ingin minum dan makan roti sahaja.

Ingin dijadikan cerita, ada sa-ekor manusia duduk di kerusi berhadapan Sahdizan. Dia jadi malas.

  "Where are you from?"
  "Malaysia."
  "Ahh, Boleh cakap melayu lah ni. Ingatkan asal dari Thailand tadi."
  "Yup, Kenapa? Muka saya ada iras-iras orang sini? Haha."
  'Takdelah, Muka orang Malaysia dengan Thailand ni ada sama sikit."
  "Oh."
  "Ya, Saya Ahmad." Yang namanya ahmad ni menghulurkan tangan untuk bersalaman.
  "Sahdizan. Eh, order la."

Chicken Rice, Please?

Sementara menunggu makanan yang dipesan itu sampai, banyak yang Sahidzan dan Ahmad bualkan. Tentang wanita Thailand, pulau-pulau di Indonesia dan ramai lagi.

Setelah makanan sampai, Ahmad memberitahu Sahidzan yang kemungkinan besar ayam yang sekejap lagi hendak dia baham ni tidak disembelih mengikut ajaran islam. Sahidzan tersengih.


"Kau tengok ni."


Ahmad menyembelih ayam goreng itu dengan bacaan bismillah dan memulakan suapan. Sahidzan terkejut! Tanpa timbul perasaan ragu, Sahidzan memesan makanan yang sama dan melakukan perkara yang sama seperti Ahmad lakukan terhadap ayam tersebut.

Bismillah......


Post navigation