Tasik Biru Yang Merubah Warnanya Menjadi Kelabu
Pada senja itu, sepasang kekasih yang masih mencintai antara satu sama lain (tapi tlah lama terputus hubungan atas sesuatu yang tak dapat disimpulkan), sedang duduk di tepi tasik biru ditemani bungaan mekar dengan perasaan masing masing yang sedang bercampur antara sedih kerana mereka tidak lagi bersama, gembira kerana bisa melepaskan rindu walau hanya dengan bertentangan mata, dan amarah tentang masa lalu yang hampir meragut jiwa mereka.
“Jadi, apa lagi yang kita berdua bisa lakukan selepas apa yang telah terjadi selama ini?” ujar si gadis yang mempunyai sepasang mata redup dan begitu bundar, yang masih bisa cairkan hati sang pencintanya yang setia.
“Eloknya kita begini aja. Aku begitu malu dengan diriku. Dan aku begitu malu dengan masa laluku. Aku tidak betah melukaimu lagi, sayang. Aku tau jika aku berjanji lagi untuk kali ini, kamu akan menganggap janjiku itu sama seperti debu-debu yang cuma melaluimu seperti laki-laki durjana, cumaan tabur segala janji manis lalu pergi lagi”, jawab si lelaki, pencinta si gadis yang telah mencuri hatinya sejak lima tahun yang lalu.
“Iya, aku cuma takut kamu akan pergi meninggalkan aku lagi sama seperti sebelum-sebelum ini. Asal kamu tahu, sayang, jiwa aku tlah begitu lama hilang. Setelah kepergianmu, aku tiada lagi cebisan hati untuk diberikan kepada sesiapa malahan untuk kongsikan sezarah pun, tiada lagi aku termampu” balas si gadis yang tlah lama jauh bersendiri meratapi hatinya yang mati.
“Manisku, aku slalu mengerti kamu. Dan cuma kamu seorang saja yang masih ada di dalam benakku seperti hari-hari yang selalu suatu ketika dahulu. Tlah aku cuba menginginkan dan memahu kan yang lain-lain, akan tetapi, satu pun tidak bisa membuat aku melupakan segala memori kita yang manis-manis dan kenangan kita yang pedih-pedih yang pernah kita berdua lalui bersama pada tahun-tahun kita yang lalu. Aku mengerti atas ketakutanmu, atas fobiamu untuk mencintai aku sekali lagi. Tetapi, mengertilah, kekasihku, aku tidak pernah mengenal arti lelah mecintai sepasang matamu yag dipinjamkan Tuhan buat aku tatap pada waktu ini malah untuk selamanya pun aku mampu, walau setelah apa yang terjadi. Kita masih perlu kuatkan diri dan tidak lagi membiarkan hal-hal remeh meranapkan kita lagi untuk kali ini”, ujar si lelaki yang begitu rigeret dengan kesalahan yang masih terletak di atas bahunya. Masih berat, sama seperti tujuh bulan yang lalu.
Dan setelah itu, air mata sepasang kekasih tersebut mengalir dengan begitu laju lalu ia mengering dan seterusnya mereka berdua meneggelamkan diri mereka di dalam tasik yang secara tiba-tiba berubah warna menjadi kelabu.
One Response to Tasik Biru Yang Merubah Warnanya Menjadi Kelabu
penulisan yang menarik
Post a Comment