Menilai Sebuah Rumah Dari Pagarnya.
Ibu, Alan pergi rumah sebelah eh, dia kata dia ada binatang
peliharaan baru. Anjing katanya, aku dengan linangan air mata aku minta izin sama ibu. Tapi masa ini aku tak
pandang muka ibu, aku kan anak jantan.
Aku bertujuan pergi sana ke bukanlah apa sangat, tapi sebagai seorang
pendakwah (ustaz aku kata semua orang islam dalam dunia ada peranan masing-masing untuk berdakwah) aku kena bagitahu
yang kalau kita bela anjing saja-saja dalam rumah nanti malaikat tak nak masuk! Kalau malaikat pun
tak nak masuk rumah kau, macam mana nanti kau nak masuk syurga? Oh jiran aku nama dia Ali, Ali mestilah orang Islam! Tak boleh bela anjing!
Ali! Ali!
Tiada yang menyahut.
Tiba-tiba mak Ali keluar, dia jemput aku masuk. Aku pun katalah nak lihat-lihat binatang peliharaan baru Ali. Mak cik kata, okay, beres, kemudian dia memberi isyarat supaya aku membontoti. Aku turut.
Sambil-sambil mengekor, aku berkira-kira nak mempertahankan diri dengan ninjutsu, karate atau taekwondo, aku tak reti tiga-tiga tapi kalau orang tanya aku buat apa karang dengan aku, boleh lah aku jawab dengan salah satunya. Anjing menggigit, nanti kalau gigit kena sertu. Kalau kena sertu, haram!
Mak cik membawa aku ke bilik air, dia tunjuk ke arah Shelly, seekor anjing laut yang sedang mengimbangkan sebuah bola getah di hujung hidungnya.
Tiba-tiba, Ali pun pulang dari solat Jumaat. Masjid sebelah ni je. Aku? Aku musafir dari rumah sebelah kot. Lalu aku pun pulang ke rumah, menyumbat telinga dengan fon telinga, memainkan musik Another Brick in the Wall - Pink Floyd, part two.
One Response to Menilai Sebuah Rumah Dari Pagarnya.
ini lucu.
Post a Comment