catatan cinta tak kesampaian
0
dengan senyuman madu kau berikan,
dengan senyuman madu kau berikan,
Menara tegak di ufuk barat
Aku menoleh antara nampak dan tidak
Mengeluh, ada jiwa yang meriuh
Ada rasa yang kocaknya gundah
Mana dia
Yang sebentar tadi
Ada disisi
Aku berpaling, mencari entiti tadi
Antara bayang kewujudan
Antara nampak dan tidak
ah, jangan bilang ini halusinasi hati
Mana pergi bayang
Mana pergi, jangan hilang.
Dengar bisik menyapa pipih telinga
Dengar nada antara benar dan tidak
Tuhan, jangan bilang ini suara aku sendiri.
Jangan.
Pernah kau kisah?
Pernah kau peduli?
Pernah kau cari?
Pernah,?
Bila nyata dia bukan lagi disisi, tapi kau masih mencari
Bila nyata dia sebenarnya hanya bayangan ilusi
Bila nyata kau semakin menghampiri duniawi.
Pernah rasa?
Dia yang terbang dirasuk setan,
mencabut sebelah sayapnya agar hilang imbangan.
Terus, melayang, dan jatuh di atas aspal hitam.
Tengkoraknya remuk, otaknya bersepai.
Namun akal.
Akalnya mahal.
Kerna, sempat dia menikam mulut sial yang mengatakan dia sundal.
Sedangkan dia hanya mahu sedikit kebebasan untuk berpakaian.
Detik ini, rohnya sedang menerawang.
Tersenyum kepuasan, walau mulutnya herot kesan jatuhan.
Jangan kau cabul hubungan ini.
Aku tak peduli.
Apa yang menggomoli hati kau, kasitahu aku.
Kita sama2 umpil keladak yang membenak itu.
Tolong jangan cabul. Tolonglah.
Tali ini terkadang goyah,
ini normal .
Kihaf yang pasti.
Bukan propaganda peribadi semata2.
Batalkanlah niat berasidmu.
Penuh kehinaan disebalik kecabulan itu nanti.
Gadis bertahi lalat di pipi gebu
kau kujumpa ketika menunggu elarti
dengan serius wajahmu menanti
walau tika elarti ke mari menghampiri
saat kita sama masuk gerabak ia umpama mimpi
kerna mulanya kufikir kumalu menghampirimu
namun lain yang jadi, lalu aku masih menatapmu
dari jauh, berjarak lima meter darimu
kutatap kuperhati sesekali dengan rasa segan silu
betapa cantik tahi lalat itu terletak di pipi kiri
dengan baju putih lengan panjangmu,
kaugabungkan dengan tudung bawal berbunga jambu
aku tatap sesekali, dengan keseganan masih menyelubungi diri
kau juga kunampak memandangi aku sesekali
mungkin tidak selesa ditatap sebegini
maafkan aku, maafkan aku
aku cuba berlawan dengan diriku
samada kupatut terus tatapimu
atau kembali dalam duniaku
langsung, kuberjanji pada sendiri
jika destinasi kita sama
akan kutegurmu walau hati sepenuhnya goyah
stesen keempat akhir, ketiga akhir hingga kedua akhir
kau masih di situ tak ke mana-mana
sampai satu botol terisi air lemon
bergolek ke arah kakimu
kau elak dengan kaki kananmu
lalu memandangku
aku yang memang memerhatimu
tersenyum padamu
dan kau malu-malu membalas senyumku pada cermin sembilan puluh darjah di hadapanmu
lucu sekali saat itu
dan pabila destinasi sampai ke akhirnya,
lekas kubangun bawa barang-barangku
keluar dari pintu kananku
dan kau keluar dari pintu berdekatanmu
lambat-lambat langkahku
menanti saat masa sesuai menegurmu
lalu
terluah jua bicara itu
'botol, tak ambik sekali?'
kauketawa, dan katakan 'tidak, takperlu'
kusambung lagi pertanyaan kedua kali
kaujawab dengan langkah kaki yang laju
meninggalkanku
saat itu
kutahu
yang kumasih tidak layak
untuk menegur gadis-gadis setarafmu
seorang gadis bertudung bawal jambu
bertahi lalat di pipi gebu
namun
peristiwa ini kekal di pikiranku
lekat kuat terlekap
dalam memori yang kian membeku
i
Aku hanya duduk
Sambil menikmati secawan kopi panas
Melihat gelagat manusia
Berusaha untuk hidup
Dalam dunia ini
Yang boleh aku panggil kejam
Menindas mereka yang lemah
Mengangkat mereka yang kuat
Kejam
ii
Dia berdiri di sana
Sambil terselit cigar di jari
Dengan gincu merah menyala
Skirt hitam dipadankan dengan baju merah
Tersenyum melihat mereka yang lalu lalang
Tapi sayang, aku dapat lihat
Tangisan dalam senyumannya
Dan aku tahu bukan itu yang dia mahu
iv
Dia di sana ketawa sendirian
Mencipta kegembiraannya sendiri
Syurga sementara untuk dinikmati
Hanya untuk dia
Tiada orang lain
Jarum terus terselit di tangannya
Tidak dilepas kunci ke syurganya
Dan dia terus ketawa
Dalam syurga ciptaannya
Kopi panas telah suam
Dan aku teruskan menikmatinya
Sambil melihat warna kehidupan
Yang ada hitam disebalik putih
Tidak terlihat oleh mereka
Dan aku rasa bersyukur
Dengan apa yang aku Ada
Rezeki itu dari tuhan.
Drama drama yang bersiaran atas bumi ini
hanyalah fatamorgana.
Haus di padang pasir.
Nampak air, kau ludahkan.
Kasihan.
Bertepuk tampar dengan lidah.
Bila klimaks, ludah meludah.
Lumrah kaum pemikiran ketiga.
Yang pandai jadi penonton.
Yang bebal jadi badut.
Rezeki itu dari tuhan.
Pecahkan cermin itu
Beri serangan yang paling padu
Agar tidak termampu ia pantulkan
Penipuan paling nyata
Kerana ia kadang-kala mampu menipu
Dan minda akan sentiasa menerimanya
Kini biar mata lain menilai kita
Setelah penat menilai diri sendiri
"What you see is what you've asked for, but it's never what you are."
Gelap hitam langitmu
Kering air di lautan
Berpandukan cahaya sayup
Menerangi pandanganmu
Bak Sabitah ia bercahaya
Menunjukkan jalan untukmu
Doaku agar kau sejahtera
Dilindungi sentiasa perjalananmu
Ku titipkan untukmu doa
Segera lah tamat semuanya
Agar kau kembali gembira
Seperti kami semua
Mereka yang tidak diuji sepertimu
Kuatlah sahabatku
Supaya dapat aku sambut bersamamu
Kebebasan yang dijanjikan
Untuk kita semua
Untuk kamu
"Bergembiralah kamu. Si celaka sudah tiada."
Dan ketahui lah kau
Dirinya itu rapuh
Kekuatan yang dipamerkan
Hanya untuk terus nampak kuat
Namun kerapuhannya tetap jelas
Tidak pada mereka
Mungkin pada aku
Dia menangis lagi
Tangisannya begitu mahal
Jatuh bersama egonya seorang pencinta
Dan aku memeluknya terus
Erat rapat ke sisiku
Aku biarkan dia menangis
Di dakapanku
Dan tangisannya kekal
Menjadi rahsia antara kami
Dan tinggallah jasad tanpa roh
Ia akan kembali
Jangan pernah cuba ekori
Usah dicari kemana ia pergi
Ia hanya perlu masa untuk dirinya
Kerana dia juga seperti yang lain
Lari dari masalahnya
Tanpa arah tuju
Sehingga tenang jiwanya
Dan dia kembali menyambung nyawa
Lagu buat kita macam patung.
Kita macam patung dibuat lagu.
Patung dengar lagu adalah kita yang dungu.
Lagu boleh buat orang menangis.
Orang menangis disebabkan lagu.
Menangisnya orang itu kerana lagu.
Lagu sebab kita ingatkan pasangan.
Pasangan yang kita ingat kerana lagu.
Kita ingat pasangan bila dengar lagu dilagukannya.
Lagu ada beri semangat.
Semangat datang dengan lagu.
Beri semangat pakai lagu.
Iramanya memikat.
Tak semua terikat.
Ada yang melarat.
Akibat melekat.
sebuah lagi puisi tanpa tajuk.
Langit itu biru,
"To God belongs the East and the West." - Al Baqarah, 115. (Al-Quran)
Permulaan yang tak seberapa.
Kerna ini yang pertama.
Tatih bertatih membekas di tanah.
Galaknya mula memecah haloba.
Radas2 inspirasi tersusun rapi.
Pemberian mereka sejiwa bebeda hati.
Tak mahu terlepas, malunya dipisahkan hingga serasi.
Terima kasih atas segala peluang.
Kali ini dibiar tangan ligat berkata.
Memeterai apa ada dalam hati.
Kurang itu kurnia.
Lebih itu sempurna.
Apa erti kawan kalau dungu erti bantu.
Pak Mat Parang Tumpul ada anak . Nama anak dia Siti Maya Kesuma Nor Kamadiah . Anak dia pakai lengkap . Pakai pakaian gadis elok .
Suatu hari , Siti Maya Kesuma Nor Kamadiah hijrah . Mungkin disebabkan terkejut , Maya Kesuma Nor Kamadiah berubah . Hilang semua pakaian gadis elok . Kesian kat Pak Mat Parang Tumpul . Anak kesayangan dia , Siti Maya Kesuma Nor Kamadiah , jadi tontonan ramai .
Tak tahu , Siti Maya Kesuma Nor Kamadiah rela atau tidak . Tapi nak buat macam mana , Siti Maya Kesuma Nor Kamadiah dah pun jadi tontonan ramai . Nak tak nak , benda sudah pun jadi .
Pak Mat Parang Tumpul menangis dalam jamban . Takut yang lain tahu . Dalam hati dia dah remuk sebenarnya . Jangan anggap anak aku , Siti Maya Kesuma Nor Kamadiah tu macam kamu semua . Dalam hati Pak Mat Parang Tumpul berkata .
Kesian , mereka berdua sebenarnya .
malam ini,
Muncul satu lohong dilangit.
Jauh ke atas.
Dalam satu kerdipan mata, jatuh sa-orang wanita, menerusi lohong itu ke atas pentas yang dikerumuni manusia.
Terpancar satu cahaya bulat, jatuh keatasnya.
Berbaju sendat menampakkan pusat.
Berkain nipis menaik ke betis.
Perlahan dia berjalan.
Pinggul beralun.
Manusiawi terpegun.
Dia mendengus.
Aku bukan sundal!
Aku bukan sial!
Aku melakukan ini, kerana aku tersepit!
Diantara dinding konkrit dibelakangnya, dan helang mencengkam di hadapannya.
Tidak ada ruang kiri ataupun kanan yang tersia.
Jika aku jatuh kebawah, aku akan dipijak henyak.
Makanya, aku sedaya upaya, kibarkan sayap kecil yang aku punya, untuk terbang ke atas.
Melepaskan diri daripada siksa.
Menggapai apa yang dipanggil nikmat dunia.
Jangan bilang sama aku tentang dosa bilamana kalian tanpa jemu mencaci aku dengan bangga.
Ingin aku tanya.
Sudah tertuliskah sejak azalinya di dahi itu, kalian sebagai penghuni sorga?
Anjing anjing
Anjing berantai di dalam pagar
menyalak sepanjang malam
entah kerana setianya
atau takut tak diberi makan
anjing menyalak malam
kerana takut dan bimbang
Anjing yang garang
bisu mendapat tulang
hilang takut
hilang bimbang
tidur lena mimpikan bahagia