Archive for October 2012

Bukan Tugas Kita

2

Falsampah : "Tak apa, saya ikhlas ni, ambil duit ni buat belanja" - ikhlas atau tidak, kita tak tahu. Jangan pertikaikan.

Kalau dah namanya terpaksa,
Jangan ditanya soal ikhlas atau tidak,
Kita bukan 'sesiapa' untuk menidakkan,
Keikhlasan seseorang,
Sedangkan,

Yang nampak sukarela itu,
Belum pasti ikhlas dan tulus,
Kita tidak tahu menahu,
Soal ikhlas atau tidak,
Itu bukan tugas kita,
Bukan.


Review ringkas pasal Lelaki Eksistensial

1


apa yang eksistensialnya lelaki eksistensial? tapi macam yang ada tertulis dalam novel ni, kalau nak tulis buku falsafah memang tak laku lah. pertama sekali bila aku baca tajuk aku rasa ending cerita ni sama ada bunuh diri atau gila, mungkin aku terikut-ikut filem 'into the wild' , sebab jawapan kepada persoalan eksistensial biasanya dijawab dengan 'masalah manusia adalah manusia', penghujung persoalan adalah mati dan kerana tengelam dengan persoalan terus jadi gila. mungkin dari segi moraliti karakter ni mengambarkan eksistensialisme dengan moraliti seperti stirner dan polyamori seperti emile armand. penghujung cerita, karakter utama jumpa dengan jawapan dengan konform dengan masyarakat, tetapi tanpa moraliti, id atau kemahuan karakter hampir semuanya dipenuhi. persoalan yang ada berkisarkan tentang kewujudan sosial manusia belum lagi kewujudan manusia itu sendiri juga mungkin penghujung novel bukan bunuh diri atau gila.

tertulis di dalam novel ni, kerajaan dan parti yang memerintah untuk terus berkuasa, mereka perlu wujudkan dalam minda, momok atau spectre untuk terus berkuasa. untuk terus dapat memenuhi kemahuannya, karakter ini seperti menyalahkan momoknya, sofia. dengan sofia menjadi momok, kemahuannya terus berkuasa. karakter ini tak akan tua atau mati dengan persoalan 'kalaulah aku...' dan itu apa yang ramai orang meyesal kerana moral. ada yang tertanya kenapa karakter ni tak pernah kantoi? hahahaha bagi aku karakter ni menjaga individualiti dia walau apa pun, tak perlu menjadi watak yang berbeza dengan wanita yang berbeza dan barang peribadi kekal peribadi bukan seperti kebiasaan sampai password fb pun nak kongsi, bbm mamat ni aku rasa tak pernah sorang pun sentuh.

fakta dan sedikit quotasi falsafah menarik minat pseudo-intelektual dan hipster separuh masak macam aku untuk baca buku ni, aku selak terus nampak nama peter kropotkin terus buka wallet. hahaha. fakta semuanya disusun dengan lawa dan hip, tidak terlalu berat dan kena dengan jalan cerita. bahasa yang diguna macam ditulis sambil menunding jari tengah kepada penulis dan penguna bahasa tinggi seperti puan ainon. penceritaan first person yang berjaya, teliti dan kesimpulannya memang kena sangat lapan minggu top 10 kinokuniya.


Harga Diri Tak Naik?

3



Falsampah : "Harga rokok naik gua tak kesah, kalau harga diri turun, itu yang gua risaukan"

Sememangnya sukar untuk jadi pemimpin. Rakyat hanya tahu membangkang tanpa asal-usul yang sahih atau 'tergoda' dengan sifat rebellion yang membengkak dalam jiwa masing-masing. Pengaruh parti pembangkang? aku tak boleh bagi komen, aku budak bawah umur yang masih bercawat. 

Harga rokok naik, perokok naik angin. Apa yang pasti rokok bercukai mesti naik harga setiap tahun. Penghisap rokok bercukai seringkali dilabel sebagai perokok yang berkasta tinggi duit mereka seringkali dilaburkan dalam setiap rokok yang mereka hisap. Terima kasih perokok, anda penyumbang cukai yang paling disayangi negara. 

________________________________________________________

"Hey apalah, tiap-tiap tahun harga rokok naik! Harga arak naik! Agak-agak harga dadah naik?" Getus Naza, geram bunyinya apabila membaca surat khabar yang harga rokok naik lagi. 

"Apa dia Naza?" Suki mencelah. Senyumannya masih lagi manis. Suki ialah teman wanita Naza yang paling setia dan paling sejiwa dengan Naza. Walaupun ada kalanya pendapat mereka sering bercanggah, tapi Suki bijak mengawal emosi Naza.

"You tengoklah Suki, Tiap-tiap tahun rokok naik harga, I kerja jadi kuli, bukannya boss", ujar Naza sambil membakar rokok Kent yang terakhir untuk malam itu. Dirapatkan kerusinya dengan Suki. Suki kurang selesa.

Suki menjarakkan kerusinya sambil menyusun kata. "Apa yang you kesahkan dengan harga rokok, harga arak, harga dadah? You cuma penagih nicotine berjenama Kent dan you bukan penagih alkohol atau dadah. Harga rokok naik sikit je, berapa sen je, apa you risau? Bukan naik berpuluh-puluh ringgit?"

Naza cuba menelan air yang kering sambil menggaru-garu kepala yang tak gatal. Nampak dibuat-buat. "You tak hisap rokok, bolehlah" Sindir Naza kepada Suki.

Suki menjawab sindiran Naza dengan tenang. "I tak kesah kalau harga rokok naik, harga arak naik, harga barang naik, itu semua boleh dibeli. Masalahnya sekarang ni, pemimpin ada cuba 'naikkan harga diri' setiap rakyat yang diperintahkannya? Ada?"

Sekali lagi Naza menenan air liur yang sengaja dibuat-buat sambil mematikan bara rokoknya.

Kelat jiwa Naza. Sekelat Kent yang dihisapnya.


malam dan gitar

0


Perempuan itu termenung. Menghadap bulan cuba memetik gitar. Gitar pemberian lelaki. Gitar hari jadi. Cuba petik sekali lagi. Busuk bunyinya. Ah, tensen. Dia letak tepi.

Perempuan itu keluarkan telefon bimbit. Cuba menghubungi si lelaki. Voicemail. Cuba hubungi sekali lagi. Voicemail. Ah, tensen. Dia letak tepi.

Diangkat kembali gitar, letak di paha. Chord C. Chord G. Yang mudah mudah sahaja dia cuba. Baru sedap bunyi dipetik sekali lagi. Leka tak sedar masa. Bulan yang terang tadi kini makin hilang dari pandangan. Gelap yang kelam tadi kini makin kelabu.

Berjaya menukar chord. Jari semakin rancak. Perempuan itu gembira.

‘saya dah berjaya tukar chord. Saya cuba lagi ya’

Text dihantar ke lelaki. Tak delivered. Tak apa. Perempuan itu masuk. Tutup pintu. Hadap Tuhan.

Berdoa kesejahteraan lelaki.

Yang terpisah dua alam. Tak terpisah dari hati.


201012
0404am


0

cendera asmara berlabuh
putih gading sastera semesta
sengsara lingga dek berahi
rindu puan siapa tahu
hamba hanya cendela mala
tatasemesta jadi gendala
surga sunyi tanpa cendana
hujung masa pasti semuka


Sebelum senja.

0

Dia masih waras sejak kejadian sepuluh tahun dahulu. Kejadian yang mengoyakkan hampir seluruh kotak pemikiran dia yang terkatup suci sekian lama. Semuanya kerana seorang wanita. Kerana wanita itu juga, dia melenyapkan diri dari bola2 mata yang pernah merakam wajahnya.

Kini dia kembali. Berkemeja jalur merah baru yang tidak ditanggal tanda harganya. Meleret sekujur tubuh yang mungkin sudah tiada nyawa. Mungkin. Dia berjalan dengan penuh yakin memasuki kampung yang pernah mematikannya dahulu. Sejarah kelmarin perlu diubah, monolognya sendiri.

Tiba di simpang tiga, kelibat seorang mat rempit tengah asyik menggosok rim sukan yang baru dibelinya. Mangsa pertama sudah ditemui. Masih dengan penuh keyakinan, dia berjalan laju menuju mat rempit itu. Tergolek golek tubuh yang dileretnya sejak tadi sudah membuatkan kalori dibakar dengan maksima.

Mat rempit yang menggosok rim sukan sejak tadi tidak berganjak. Hanya anak matanya yang melihat tingkah laku aneh pemuda berkemeja jalur merah. Memang hebat penangan rim sukan baru. Lagi lima tapak mmenghampiri mat rempit, dia berhenti. Mendukung tubuh yang dileretnya seperti pengantin lelaki mendukung isterinya.

Mat rempit yang tiba tiba berasa dirinya terancam bersuara,"kau nak apa lagi, Dol ? pergi main jauh jauh sana !" Dia tidak mengendahkan kata mat rempit itu. Dengan tiba tiba juga dia melompat naik ke atas motor mat rempit. "Hoi, Kau blah dari motor aku ! Aku baru cuci ni" mat rempit menempelak tepat ke arahnya. Dia mula gelabah. Seperti satu mala petaka akan berlaku pada dirinya lantas dia berkata pada mat rempit itu sambil menggendong tubuh yang kaku,"Tolong hantar saya ke hospital boleh ? Isteri saya sakit. Tolonggggg"

Pang ! Satu tamparan padu hinggap di pipinya. Mat rempit yang semakin tidak tahan dengan kelakuan lelaki aneh itu menolaknya hingga terjatuh dari motor sambil membuat satu pemakian "Kau kalau nak gila, pergi gila sorang2. Baik kau pulangkan patung Mak Jemah sebelum orang tua tu mengamuk" Mat rempit terus meninggalkan dia dalam keadaan terpinga pinga. Hari sudah senja.


KELABU

2


Kelabu adalah hitam dalam terang
Awan yang melawan angin
Embun kosong
yang diam-diam mewarna daun
Mungkin hujan dari atap
pada petang yang merekah merah
Atau syurga dari doa mereka
yang syukur.

Seperti ada dalam tiada
Itulah kelabu kita
Seakan rahsia yang kau tulis digulungan tisu
Lalu terlupakan
Semacam itulah aku yang pernah hadir
Namun tak mengesankan.


TANAM RASA

6


Ruang hati ini masih luas,
Belum ada yang pernah jelajah,
Tiada siapa yang sanggup meletakkan,
Harapan untuk membahagiakan aku.

Bila datang seseorang mendekatinya,
Akan ku buka pintu hati ini,
Seluas mungkin.

Lubang yang dalam sedia ku gali,
Tanamkan engkau di dalamnya,
Kini engkau tiada jalan keluar,
Engkau milikku.


DEATH IS IN LOVE WITH US

5

"Cinta sejati, memang boleh dibeli, tapi tak mungkin, ditukar ganti" - Butterfingers / Maharani


Tanpa kita sedar yang ada sesuatu,
Yang telah lama dirancang,
Mungkin kita alpa,
Sibuk dengan urusan duniawi,
Ada kalanya terlupa,
Yang kita akan hidup lagi sekali,
Bukan mitos yang dikhabarkan,
Tiada yang dapat menghalangnya,
Kerana,
Kematian jatuh cinta dengan kita.
Selamat tinggal dunia,
Sambutlah akhiratku dengan kemenangan,
Dan serahkanlah buku amalan,
Ke tangan kananku.
Amin.


"Awak suka bbq or, sambil camping?"

2


Kerana blog ini blog kosong; bila ada gadis-gadis yang comment entri saya, walaupun tidak banyak, saya rasa begitu sayang kepada mereka. Saya rasa begitu dihargai. Semacam ada naluri untuk mengenali mereka, dan, mencintai mereka; juga mereka akan mencintai juga saya kerana uniknya saya seperti kosongnya blog ini. Ahh----saya juga mahu mereka mengerti, bahawa saya juga mencintai tubuh-tubuh mereka, rekahan-rekahan geografi tubuh mereka, juga organ-organ dalaman yang mereka ada; merasai nikmat ginjal dan paru-paru mereka. Merasai hirisan payudara mereka yang saya salai dan ditabur lada, satay vagina yang dicelup bersama emping jagung dan jus hati mereka, bebola mata mereka yang begitu bersinar yang saya gemar cicah bersama sos blackpaper. Ah-----ini bukan hanibal rising. Ini memang apa yang saya rasa setiap kali gadis-gadis ini comment entri-entri saya; kemudian, saya akan klik link blog yang mereka tinggalkan dan saya akan godek-godek seluruh isi blog mereka sehinggalah saya jumpa facebook mereka, twitter mereka, formspring, gambar, email, tumblr atau apa sahaja yang membolehkan saya mengenali mereka.

Saya tidak tahu untuk cerita pada siapa.

Yang benar.
10102012
1.27AM


Pada Satu Malam Normah Meninggalkanku Lalu Aku Meninggal

2


hubungan aku dengan Normah kira okey. okey saja dalam masa 3 tahun. taklah gedik snap-snap gambar dalam Pavi. tak juga pegang-pegang dalam wayang. malam pun kalau aku merengek baru Normah reti nak sentuh. itu pun kejap saja. aku pun rasa Normah tak normal. tak macam budak lain.

satu hari Normah rasa boring kat rumah. dia rasa hidup ini tak bermakna walaupun aku ada. dia nak kerja. dia nak cari duit sendiri walaupun mak ayah Normah gaji besar. dia kata nak berdikari. dia pergi cari kerja di 7E. kerja Normah pun biasa. casher. tapi budak 7E kerja lepak juga. gaji okey lah setakat bujang nak keluar hujung minggu beli bra cap Triumph cup A. setakat nak berlagak minum Starbucks dua kali sebulan.

fain. bila Normah kerja, aku rasa terabai. fain. aku tetap setia. setia gila la sampai satu malam Normah balik dari 7E, rumah dia gelap dan sunyi. mak ayah dia entah pergi mana. aku dapat rasa jantung Normah degap-degup. aku dipegang kemas. oh yeah baby! rasa macam kita baru-baru jumpa dulu, Normah! kau faham kan Normah, isi hati aku, Normah? rindunya pada tangan kau yang mulus tak pernah pegang penyapu, sudip atau pencuci jamban ni Normah!

pegangan yang tadi erat, Normah lepaskan. dia buka suis lampu. PTAP! bunyi dia.

'KEJUTAN!!!' 

terkejut betullah dengan jeritan mak, ayah, nenek, maksu, pak lang, mak uda, pak uda, kakak, abang angkat...hah? abang angkat Normah?? semua pakai topi birthday. semua pegang satu kek besar ada lilin 18 batang. Normah girang. dia lupakan aku yang ada di sisinya. aku macam...invisible. dalam aku mengeluh, aku dengar Normah menjerit suka.

'wah Normah dapat pakwe baru! aww aww sukanya!' kata Normah lompat-lompat. aku tengok dia menari-nari dengan pakwe barunya yang dipeluk cium sepuas hati, macam jumpa putera idaman. pakwe barunya lebih kacak, lebih moden. Normah dah tak tengok aku. kau tahu perasaan aku, Normah? aku rasa setiap batu bata rumah ni, setiap pokok yang berada di keliling, setiap bintang yang berada di paralel aku jatuh berdebuk hempap-hempap. dan kau Normah, kau gembira gila.

Normah melompat gembira.

dan malam tu, sebelum aku mati, aku menyaksikan Normah mencapai aku. dia buka penutup belakang. dan aku tahu lepas aku mati ini, Normah dengan bangga buka bateri dan ambil simkad dia.


KELIBAT POLITIKUS

2


Mencanak cerita dicanang sana-sini,
Datang ke kampung  menabur janji,
Dibilanya "marilah berdiri di atas panji-panji"
Manifesto indah disuap ke mulut rakyat,
Mereka yang naif terus ghairah dengan hasutan,
Percaya setiap kata-kata manisnya,
Kerenah seorang politikus dilayan seperti raja,
Racun dikata baja,
Janji manis dijaja.





Doanya Kepada Tuhan

0


Sebelum tidur di malam hari,
Dia berdoa kepada Tuhan,
"Tuhan, izinkan aku bercinta sekali lagi."
Sambil dia mendongak ke langit

Tuhan mendengar setiap perkataannya
Lalu Tuhan bertanya lembut kepadanya,
"Bagaimana aku mahu beri cinta sekali lagi untukmu,
jika hatimu masih setia pada cinta yang aku beri dahulu?"


Adanya Aku

0

Baringlah di atas ribaan
Rebahlah di dalam pelukan
Betapa ingin tangan kasar ini
Menyeka setiap titis air mata itu
Agar yang tinggal hanya senyuman manis
Dan menghilangkan rasa sepi di hati

Lalu;
Terus-terusan
Ukirkan senyuman
Dan ingatlah
Pundakku sentiasa menanti
Di sini; sentiasa.


Nazak

1


aku rindu saat
menulis adalah suatu keterujaan
contengan jadi suatu keseronokan

aku, kau, dia dan mereka
memuntahkan rasa
atas dasar minat yang sama
  
rasa yang menyatukan kita;
cinta pada seni

kini ia seakan pudar
suram seakan tiada bintang
layu kekeringan kasih
jiwa-jiwa kecil gugur
ditiup ego sendiri
dan malam jadi nazak

kita meraba dalam kelam
merangkak atas aspal yang kusam
mencari kata akrab yang mula tenggelam
apa perlu tunggu kepala terhantuk
sebelum tangan kembali tergenggam?
                                                                                       
aku ini manusia tolol
di antara tolol-tolol yang lain

aku fikir;
andai tolol kita itu sehala
masih saja kita mampu ketawa
merai persamaan dalam kekurangan
tapi tolol kita ketabrakan
besepah ke mana-mana

bukan mengemis simpati
cuma ingin saling melengkapi
sulam hati ke hati

aku rindu saat
menulis adalah suatu keterujaan
dan malam menjelma jadi suatu keajaiban

sungguh, aku rindu!



3 Oktober, 2012
3:30 AM


Tapak Aku .

0

tapak yang sama , 
aku pijak .
berbeda sama tapak milik mereka .

masih di tapak yang sama ,

nafas aku hela , hidup sekadar bersahaja .
masih jua berbeda sama tapak milik mereka .

dan bilamana tapak yang sama , tetap .
aku pijak terusan .
senyapkan sahaja bilamana aku menari bahagia ,
walau tapak yang tetap , yang sama ,
sebenarnya bertindihkan duri derita .

maka tapak aku , tetap terusan menjadi peneman .

.

by Redhzuan Indera, Thursday, 4 October 2012


4


suara-suara kecil suram,
dari jiwa berdarah yang muram,
mukanya masam,
cintanya mulai hitam,
tinggal kan rindu di rumah kelam,
malam biar malam,
bunga yang mati usah kau siram,
hati yang mati harus kau tanam.


SEPUCUK SURAT DENDAM

0


Falsampah : "Kalau aku tak sekolah, sampai sekarang ni aku tak tahu Anthrax tu apa benda, yang aku tahu Anthrax tu band Metal yang terhandal selain Metallica, Megadeth dan Slayer, atau lebih biasa digelar The Big Four"

No 666 Jalan Terbenam Enam,
Kampung 6 Jahanam,
666 Pulau Tenggelam,
Negeri 6 Darul Enam.

6 Jun 2666


          Menemui  kekasih yang pernah aku sayangi suatu saat dahulu. Aku harap engkau sihat sejahtera di samping orang tersayang. Aku harap engkau menjaganya lebih baik daripada engkau menjaga aku dahulu.Aku di sini sihat sahaja, berseorangan, tak berteman seperti engkau. Luka di hati ni pun hampir elok, cuma ada kepingan kudis yang berlum sempurna sembuh. Ada bahagian luka dalam, masih belum kering lukanya. Sudah aku sapu minyak gamat, sudah aku pantang makan, sudah aku makan ikan haruan, tapi masih macam tu hasilnya. Mungkin luka itu terlalu dalam dan sukar untuk sembuh, namun aku tetap redha dengan ketentuan Tuhan. Apa boleh buat, Kita hanya Perancang, bukan Penentu. Bukan? 

          Aku harap angkau bersedia menerima kenyataan yang akan aku perkatakan. Buat pertamanya, aku ingin mengucapkan terima kasih sebab pernah berkongsi jiwa dengan aku suatu ketika dahulu. Kita sama-sama mengharungi kehidupan yang tidak seberapa mewah, tapi kesempuraannya tetap aku rasa. Terima kasih aku ucapkan. Terima kasih Sayang. Mungkin janggal bagi engkau mendengar perkataan "sayang" daripada aku sebab engkau biasa dengar dari mulut orang lain. Maafkan aku kerana menggunakan perkataan itu sekarang ni. Untuk pengetahuan engkau, bagi aku engkaulah Sayang aku walaupun ramai lelaki yang cuba mendekati aku, tidak sesekali aku cuba melayan. Mungkin pintu hati aku sudah tertutup untuk bercinta, mungkin juga aku menunggu hati aku benar-benar sembuh. Mungkin - aku rasa.

         Sayang, bukan niat aku untuk mengungkit, tapi inilah yang aku rasa sekarang ni. Tidak aku sangka kenapa kau sanggup menikam dan mengkhianat cinta kita. Sanggup engkau meratah hati, cinta, sayang, dan setia aku terhadap engkau? Bagaikan serigala, kau tidak meninggalkan secebis simpati terhadap aku yang benar-benar menyayangi kau setulus hati. Kenapa? Persoalannya, kenapa? 

          Sayang, masih engkau ingat di saat bunga masih mekar, bulan masih terang memantulkan cahaya matahari, di saat purnama menjadi pujaan dan saksi cinta kita, setiap pucuk surat yang aku utuskan untuk engkau, akan aku taburkan dengan bedak. Biar wangi, dan pembuka selera unutk engkau membaca setiap huruf, baris, ayat dan helaian surat yang aku tulis. Aku pasti engkau masih ingat lagi, bukan? Mungkin kau sudah lupa, tidak mengapa kalau itulah yang membuatkan bahagai, melupakan aku dan setiap benda yang kita pernah buat dahulu.

          Sayang, aku minta maaf, kali ni, tak dapat aku karang banyak ayat, idea aku tak banyak, dan yang aku paling takut, air mata aku akan membasahi surat yang aku tuliskan ni. Dan lagi satu Sayang, surat ni bukan lagi aku taburkan dengan bedak, surat ini aku taburkan dengan serbuk Anthrax. Aku harap engkau sempat membaca surat ini sampai habis. Biar engkau sedar betapa zalimnya diri engkau terhadap aku, baru engkau rasa lebih teruk daripada aku rasa. Terimalah salam sayang Anthrax daripada aku.

Yang Berdendam, 

Ramona 

p/s : Info tambahan, bagi sesiapa yang tak tahu apaketiak itu Anthrax, boleh click kat sini.


Potret Seorang Pelakon Pentas Dunia

1


Falsampah : "Ketiak anak orang kaya belum tentu wangi dan ketiak anak orang susah belum tentu busuk"


Hebat sungguh  engkau kawan,
Berdiam diri dan sabar melawan,
Amarah mendatang wuduk kau angkat,
Jernihkan suasana dengan senyuman,
Manis menguntum di bibir,
Keruh engkau halau sejauh mungkin.

Dalam senyuman itu aku tahu banyak rahsia,
Aku yang paling dekat mendengar segala  rintihan hati,
Entah bila aku boleh melihat hati koyakmu terjahit,
Mungkin bila bahagia bertandang,
Tiada lagi engkau berasa kecundang,
Yang pastinya ia akan datang tanpa diundang,
Sabar menunggu giliranmu.

Diri mula rasa bosan menjadi penonton,
Cukuplah kawan tamatkanlah lakonan,
Aku tahu jiwamu rabak,
Ada sepihannya yang terkopak,
Lalu di sudut gelap engkau campak,
Butiran seperti kaca itulah duka.

Satu harapan seribu desiran,
Sinar bahagia pasti kau lukiskan,
Dalam sebuah potret yang engkau namakan,
"Inilah kehidupan, banyak celaka, banyak duka, banyak lagi lara",
Kenangan diheret ke sebuah potret,
Senyuman kembali bercahaya.


SEPUCUK SURAT DENDAM

2


Falsampah : "Malu bertanya kau akan sesat jalan setelah itu kau akan berasa diri kau begitu bangsat"

Ini ialah follow up (apaketiak follow up ni gua tak tahu sangat maksudnya, gua main lebur je dan gua harap penggunaannya betul dalam entry gua kali ni) CERSU : SEPUCUK SURAT DENDAM di mana ianya telah ditukarkan "format" ke dalam bentuk puisu. Nak disenangkan cerita, inilah puisu yang Ramona tulis untuk Randy tapi dia tak rasa yang Randy faham bait-bait yang dimaksudkannya dalam puisu ni. Jadi Ramona tulis je surat yang maksudnya staight-to-the-ketiak. Teruskan membaca kawan-kawan :)


Sepucuk surat dendam,
Aku tuliskan untuk menulaskan dendam,
Tidak aku sanggup lagi memendam,
Yang terang bertambah kelam,
Semakin dipendam aku rasa bagaikan direjam,
Masihkah kau ingat sayang? -- Menyimpan rasa sesuatu yang menyakitkan.


Tiada lagi rasa simpati,
Aku tuliskan semua yang terbuku di hati,
Penat aku menyintai,
Namun cinta suci itu telah dikhianati,
Sesungguhnya engkau seharusnya mati,
Ya sayang, engkau wajib mati.

Apabila sayang bertukar benci,
Semuanya disalah erti,
Rindu sudah berkecai
Manja sudah berderai,
Sayang pun menjadi bayang.
Aku kejar dia, dia semakin menjauh,
Aku larikan diri, dia ikut mengekori,
Itukah rasa orang yang dikhianati?

Buat sayangku yang jauh di sana,
Aku tajamkan kata dan aku asah mata pena,
Di saat ini aku biarkan engkau terkena,
Panahan lidah yang teramat sakti,
Inilah dendam anak dara sunti.

Pujangga kasih bukan lagi menjadi anutan,
Kata-kata bernanah aku taburkan,
Untuk kekasih yang aku gelar syaitan,
Engkau ratah hati aku tanpa belas kasihan,
Secebis simpati pun tidak engkau tinggalkan,
Layak bukan aku panggil engkau syaitan? 


Terimalah sayang Sepucuk Surat Dendam ini,
Ini semua pentas drama duniawi,
Aku bukan lagi yang bertakhta di hati,
Jagalah Si Dia dan jangan engkau mungkiri,
Bersiap sedia engkau langkah kiri,
Aku tidak akan pergi sehingga engkau mati,
Menikmati setiap saat engkau menderita,
Hiruplah Anthrax itu sampai nyawa engkau lari.


Post navigation