SEPUCUK SURAT DENDAM


Falsampah : "Kalau aku tak sekolah, sampai sekarang ni aku tak tahu Anthrax tu apa benda, yang aku tahu Anthrax tu band Metal yang terhandal selain Metallica, Megadeth dan Slayer, atau lebih biasa digelar The Big Four"

No 666 Jalan Terbenam Enam,
Kampung 6 Jahanam,
666 Pulau Tenggelam,
Negeri 6 Darul Enam.

6 Jun 2666


          Menemui  kekasih yang pernah aku sayangi suatu saat dahulu. Aku harap engkau sihat sejahtera di samping orang tersayang. Aku harap engkau menjaganya lebih baik daripada engkau menjaga aku dahulu.Aku di sini sihat sahaja, berseorangan, tak berteman seperti engkau. Luka di hati ni pun hampir elok, cuma ada kepingan kudis yang berlum sempurna sembuh. Ada bahagian luka dalam, masih belum kering lukanya. Sudah aku sapu minyak gamat, sudah aku pantang makan, sudah aku makan ikan haruan, tapi masih macam tu hasilnya. Mungkin luka itu terlalu dalam dan sukar untuk sembuh, namun aku tetap redha dengan ketentuan Tuhan. Apa boleh buat, Kita hanya Perancang, bukan Penentu. Bukan? 

          Aku harap angkau bersedia menerima kenyataan yang akan aku perkatakan. Buat pertamanya, aku ingin mengucapkan terima kasih sebab pernah berkongsi jiwa dengan aku suatu ketika dahulu. Kita sama-sama mengharungi kehidupan yang tidak seberapa mewah, tapi kesempuraannya tetap aku rasa. Terima kasih aku ucapkan. Terima kasih Sayang. Mungkin janggal bagi engkau mendengar perkataan "sayang" daripada aku sebab engkau biasa dengar dari mulut orang lain. Maafkan aku kerana menggunakan perkataan itu sekarang ni. Untuk pengetahuan engkau, bagi aku engkaulah Sayang aku walaupun ramai lelaki yang cuba mendekati aku, tidak sesekali aku cuba melayan. Mungkin pintu hati aku sudah tertutup untuk bercinta, mungkin juga aku menunggu hati aku benar-benar sembuh. Mungkin - aku rasa.

         Sayang, bukan niat aku untuk mengungkit, tapi inilah yang aku rasa sekarang ni. Tidak aku sangka kenapa kau sanggup menikam dan mengkhianat cinta kita. Sanggup engkau meratah hati, cinta, sayang, dan setia aku terhadap engkau? Bagaikan serigala, kau tidak meninggalkan secebis simpati terhadap aku yang benar-benar menyayangi kau setulus hati. Kenapa? Persoalannya, kenapa? 

          Sayang, masih engkau ingat di saat bunga masih mekar, bulan masih terang memantulkan cahaya matahari, di saat purnama menjadi pujaan dan saksi cinta kita, setiap pucuk surat yang aku utuskan untuk engkau, akan aku taburkan dengan bedak. Biar wangi, dan pembuka selera unutk engkau membaca setiap huruf, baris, ayat dan helaian surat yang aku tulis. Aku pasti engkau masih ingat lagi, bukan? Mungkin kau sudah lupa, tidak mengapa kalau itulah yang membuatkan bahagai, melupakan aku dan setiap benda yang kita pernah buat dahulu.

          Sayang, aku minta maaf, kali ni, tak dapat aku karang banyak ayat, idea aku tak banyak, dan yang aku paling takut, air mata aku akan membasahi surat yang aku tuliskan ni. Dan lagi satu Sayang, surat ni bukan lagi aku taburkan dengan bedak, surat ini aku taburkan dengan serbuk Anthrax. Aku harap engkau sempat membaca surat ini sampai habis. Biar engkau sedar betapa zalimnya diri engkau terhadap aku, baru engkau rasa lebih teruk daripada aku rasa. Terimalah salam sayang Anthrax daripada aku.

Yang Berdendam, 

Ramona 

p/s : Info tambahan, bagi sesiapa yang tak tahu apaketiak itu Anthrax, boleh click kat sini.