Sebelum senja.
Dia masih waras sejak kejadian sepuluh tahun dahulu. Kejadian yang mengoyakkan hampir seluruh kotak pemikiran dia yang terkatup suci sekian lama. Semuanya kerana seorang wanita. Kerana wanita itu juga, dia melenyapkan diri dari bola2 mata yang pernah merakam wajahnya.
Kini dia kembali. Berkemeja jalur merah baru yang tidak ditanggal tanda harganya. Meleret sekujur tubuh yang mungkin sudah tiada nyawa. Mungkin. Dia berjalan dengan penuh yakin memasuki kampung yang pernah mematikannya dahulu. Sejarah kelmarin perlu diubah, monolognya sendiri.
Tiba di simpang tiga, kelibat seorang mat rempit tengah asyik menggosok rim sukan yang baru dibelinya. Mangsa pertama sudah ditemui. Masih dengan penuh keyakinan, dia berjalan laju menuju mat rempit itu. Tergolek golek tubuh yang dileretnya sejak tadi sudah membuatkan kalori dibakar dengan maksima.
Mat rempit yang menggosok rim sukan sejak tadi tidak berganjak. Hanya anak matanya yang melihat tingkah laku aneh pemuda berkemeja jalur merah. Memang hebat penangan rim sukan baru. Lagi lima tapak mmenghampiri mat rempit, dia berhenti. Mendukung tubuh yang dileretnya seperti pengantin lelaki mendukung isterinya.
Mat rempit yang tiba tiba berasa dirinya terancam bersuara,"kau nak apa lagi, Dol ? pergi main jauh jauh sana !" Dia tidak mengendahkan kata mat rempit itu. Dengan tiba tiba juga dia melompat naik ke atas motor mat rempit. "Hoi, Kau blah dari motor aku ! Aku baru cuci ni" mat rempit menempelak tepat ke arahnya. Dia mula gelabah. Seperti satu mala petaka akan berlaku pada dirinya lantas dia berkata pada mat rempit itu sambil menggendong tubuh yang kaku,"Tolong hantar saya ke hospital boleh ? Isteri saya sakit. Tolonggggg"
Pang ! Satu tamparan padu hinggap di pipinya. Mat rempit yang semakin tidak tahan dengan kelakuan lelaki aneh itu menolaknya hingga terjatuh dari motor sambil membuat satu pemakian "Kau kalau nak gila, pergi gila sorang2. Baik kau pulangkan patung Mak Jemah sebelum orang tua tu mengamuk" Mat rempit terus meninggalkan dia dalam keadaan terpinga pinga. Hari sudah senja.
Post a Comment