malam dan gitar


Perempuan itu termenung. Menghadap bulan cuba memetik gitar. Gitar pemberian lelaki. Gitar hari jadi. Cuba petik sekali lagi. Busuk bunyinya. Ah, tensen. Dia letak tepi.

Perempuan itu keluarkan telefon bimbit. Cuba menghubungi si lelaki. Voicemail. Cuba hubungi sekali lagi. Voicemail. Ah, tensen. Dia letak tepi.

Diangkat kembali gitar, letak di paha. Chord C. Chord G. Yang mudah mudah sahaja dia cuba. Baru sedap bunyi dipetik sekali lagi. Leka tak sedar masa. Bulan yang terang tadi kini makin hilang dari pandangan. Gelap yang kelam tadi kini makin kelabu.

Berjaya menukar chord. Jari semakin rancak. Perempuan itu gembira.

‘saya dah berjaya tukar chord. Saya cuba lagi ya’

Text dihantar ke lelaki. Tak delivered. Tak apa. Perempuan itu masuk. Tutup pintu. Hadap Tuhan.

Berdoa kesejahteraan lelaki.

Yang terpisah dua alam. Tak terpisah dari hati.


201012
0404am

by Shafa Eman, Saturday 20 October 2012