Pada Satu Malam Normah Meninggalkanku Lalu Aku Meninggal


hubungan aku dengan Normah kira okey. okey saja dalam masa 3 tahun. taklah gedik snap-snap gambar dalam Pavi. tak juga pegang-pegang dalam wayang. malam pun kalau aku merengek baru Normah reti nak sentuh. itu pun kejap saja. aku pun rasa Normah tak normal. tak macam budak lain.

satu hari Normah rasa boring kat rumah. dia rasa hidup ini tak bermakna walaupun aku ada. dia nak kerja. dia nak cari duit sendiri walaupun mak ayah Normah gaji besar. dia kata nak berdikari. dia pergi cari kerja di 7E. kerja Normah pun biasa. casher. tapi budak 7E kerja lepak juga. gaji okey lah setakat bujang nak keluar hujung minggu beli bra cap Triumph cup A. setakat nak berlagak minum Starbucks dua kali sebulan.

fain. bila Normah kerja, aku rasa terabai. fain. aku tetap setia. setia gila la sampai satu malam Normah balik dari 7E, rumah dia gelap dan sunyi. mak ayah dia entah pergi mana. aku dapat rasa jantung Normah degap-degup. aku dipegang kemas. oh yeah baby! rasa macam kita baru-baru jumpa dulu, Normah! kau faham kan Normah, isi hati aku, Normah? rindunya pada tangan kau yang mulus tak pernah pegang penyapu, sudip atau pencuci jamban ni Normah!

pegangan yang tadi erat, Normah lepaskan. dia buka suis lampu. PTAP! bunyi dia.

'KEJUTAN!!!' 

terkejut betullah dengan jeritan mak, ayah, nenek, maksu, pak lang, mak uda, pak uda, kakak, abang angkat...hah? abang angkat Normah?? semua pakai topi birthday. semua pegang satu kek besar ada lilin 18 batang. Normah girang. dia lupakan aku yang ada di sisinya. aku macam...invisible. dalam aku mengeluh, aku dengar Normah menjerit suka.

'wah Normah dapat pakwe baru! aww aww sukanya!' kata Normah lompat-lompat. aku tengok dia menari-nari dengan pakwe barunya yang dipeluk cium sepuas hati, macam jumpa putera idaman. pakwe barunya lebih kacak, lebih moden. Normah dah tak tengok aku. kau tahu perasaan aku, Normah? aku rasa setiap batu bata rumah ni, setiap pokok yang berada di keliling, setiap bintang yang berada di paralel aku jatuh berdebuk hempap-hempap. dan kau Normah, kau gembira gila.

Normah melompat gembira.

dan malam tu, sebelum aku mati, aku menyaksikan Normah mencapai aku. dia buka penutup belakang. dan aku tahu lepas aku mati ini, Normah dengan bangga buka bateri dan ambil simkad dia.