KELIBAT POLITIKUS


Mencanak cerita dicanang sana-sini,
Datang ke kampung  menabur janji,
Dibilanya "marilah berdiri di atas panji-panji"
Manifesto indah disuap ke mulut rakyat,
Mereka yang naif terus ghairah dengan hasutan,
Percaya setiap kata-kata manisnya,
Kerenah seorang politikus dilayan seperti raja,
Racun dikata baja,
Janji manis dijaja.





2 Responses to KELIBAT POLITIKUS

Martini Muaz said...

jangan sempitkan fikiran melihat politik dalam konteks kenegaraan sahaja. setiap hubungan kita melibatkan politik. di rumah, di pejabat mahupun di sekolah atau kampus.

mereka ini yang terlahir menjadi pemimpin maka untuk memluruskan buluh haruslah mula dari rebungnya, bukan?

alifdalmim said...

oleh itu politik yang yang bersih mestilah dimulakan dalam skop yang lebih kecil, rumah, tempat kerja, persatuan. begitu?