Puisi Satu Petang 101.

Sila baca artikel di atas, Dendangan Puisi Si Anak Muda oleh Hana Ahmad dalam Sinar Harian edisi Selangor/KL terlebih dahulu untuk mengetahui lebih lanjut tentang Puisi Satu Petang. Right click dan klik open image in new tab untuk zoom dan baca.


Puisi Satu Petang merupakan satu acara baca puisi santai anjuran Zine Satu Malam yang tidak terhad kepada persembahan membaca puisi semata-mata. Selain bacaan puisi, hadirin juga boleh bermain gitar, bernyanyi, bermonolog, bercerita tentang buku dan membuatkan persembahan mini teater. Tidak ketinggalan, aktiviti paling penting mengakhiri PSP adalah aktiviti makan makan.

Selain di Shah Alam, Puisi Satu Petang juga pernah diadakan di Tasik Darulaman, Jitra, Kedah dan Tanjung Ara, Kota Kinabalu. Kami juga bekerjasama dengan teman dari Buku Jalanan untuk mengadakan Puisi Satu Petang seperti Puisi Satu Petang Shah Alam #1, Puisi Satu Petang Kota Kinabalu #1 dan terbaru, kami sambung Puisi Satu Petang Shah Alam #3 ke Buku Jalanan TITI.

Puisi Satu Petang Shah Alam #1 bersama Buku Jalanan
Puisi Satu Petang Kota Kinabalu #1 bersama Buku Jalanan KK
Puisi Satu Petang Shah Alam #3 yang dilanjutkan ke Tasik Titiwangsa bersama Buku Jalanan TITI

Soalan : Tak nak buat PSP di tempat kami?

Nak! Tapi kalian tidak perlu menunggu kami menggerakkan Puisi Satu Petang ke sana, kerana PSP boleh digerakkan oleh sesiapa sahaja. Caranya adalah dengan mengumpulkan beberapa orang teman yang tidak malu dan mahu berdiri di hadapan khalayak untuk membacakan puisi, selepas itu katakan pada mereka " Weh, kita dah ramai ni. Jom buat Puisi Satu Petang?". Pilih masa dan tempat yang sesuai lalu hubungi kami di email atau facebook. Kami akan bantu dari segi promosi acara, dan insyaAllah jika berkelapangan kami juga akan turun untuk bersama sama dengan kalian.

Tempat dan masa yang baik untuk Puisi Satu Petang?

Hujung minggu dan tempat yang paling baik adalah taman rekreasi seperti pinggir tasik atau padang permainan. 

Apa pun, boleh bersembang sembang dengan kami dahulu, kita sama sama fikir bagaimana mahu bikin Puisi Satu Petang di tempat anda. Kalau berminat, kabor lah ya.

Maaf untuk post yang panjang. Nah, seorang lejen yang santai.

by zoul yazix, Saturday, 21 July 2012


5 Responses to Puisi Satu Petang 101.

Wadi AR said...

ini cool

pepol said...

adoi,xde pix aku,hahahha

ana said...

oo..itu pak lang ye yang baca puisi?

cool..:)

EZAN IDMA said...

Semoga terus mengangkat puisi bahasa malaysia di persada dunia!

Yousof said...

Idea yang padu dan jitu!

"Semoga terus mengangkat puisi bahasa malaysia di persada dunia!" ;)



Dalam banyak² gambar, cuma dapat tengok dua gambar je, yang lain tak keluar, kenapakah?