Buku buku wajib selak Mac ini!



"Batu Ketiga Dari Matahari adalah buku untuk insani patah hati/stress bekerja yang mabuk dalam dunia sendiri. Realitinya hidup ini sesak dengan kegampangan, yang kita cuba-cuba jernihkan dengan akal pemikiran, rawak masa lepas tidak ketinggalan untuk memperkotak-katikkan diri kita yang sekarang, maka ini lah buku yang penuh dengan dosej pelangi lapan warna yang barangkali berbaloi untuk dibaca-baca ketika menunggu bas/LRT/komuter mahu pun tengah bersesak-sesak di atas jalan raya yang penuh kereta kerana buku ini kaya dengan 48 fiksyen pendek dan ada juga yang panjang-panjang" - Luc Abdullah

Sebagai salah seorang pekerja Kerat Studio yang telah berjaya mengintai semua karya penulisnya, saya dapat katakan beli 1 buku ini seolah olah anda telah membeli 8 buku yang berbeza beza!



Buku yang tajuknya jika dibaca secara literalnya bermaksud "saya jatuh" ini benar benar menulis tentang jatuh. Semua penulis jatuh, tak ada seorang pun dalam buku ini tiba tiba rebel mahu melawan arus dan menceritakan tentang kebangkitan. Kalau jumpa, koyakkan muka surat itu dan simpan untuk diselitkan dalam buku buku dalam siri IRise The Chronologies yang seterusnya kerana setiap satu daripada buku buku dalam siri ini adalah langkah langkah dalam melalui realiti percintaan. Jatuh, kesat air mata, dan bangun!

Tahukah anda kalau anda membeli kelima lima buku ini (yang diterbitkan secara berperingkat) dan menyusunnya di atas rak buku, anda akan dapat melihat huruf huruf di tepi buku buku itu membentuk perkataan I R I S E? 




KOPI ialah kumpulan 19 cerpen Fixi yang diilhamkan oleh minuman yang adiktif ini. Ada yang manis, ada yang pahit, dan sudah pasti ada yang kaw-kaw. Buku ini dicetak hanya sekali pada Mac 2012 dan 1,500 keping dihasilkan. Ia tidak akan dijual di kedai-kedai buku tapi hanya online di fixi.com.my (dan Amazon.com untuk pembaca oversi) dan di events seperti pesta buku. 

Saya telah membaca sedutan sedutan muka surat pertama hampir semua 19 cerpen dan sebagai seorang penagih kaffein, saya merasakan buku ini adalah sebuah buku mesti beli. Lihat saja senarai judul dan penulis cerpen di bahagian info halaman facebooknya.





Sinopsis - Faris merupakan seorang yang dilahirkan bijak, tetapi atas kesempitan masa mak ayah, dia dibesarkan bersama nenek yang pakciknya seorang pendera. Dari sini, dia mengenal Jack, yang membawanya ke negara Delta, dimana dia ada misi untuk membunuh seorang pemimpin negara musuh. Tamat persekolahan dan menceburi bidang teater, dia bertemu dengan Adleen, seorang pakar psikologi. Semua baginya logik walaupun mungkin tidak bagi orang lain. Dan bila pakciknya yang mendera itu mati dalam keadaan tragis, sedikit demi sedikit terbuka cerita – antara dua; yang mana pasti, yang mana hanya bayangan mimpi.

Jangan risau, menurut penerbit, buku ini dijaga kualitinya dan lebih baik daripada buku Awek Chuck Taylor. Saya berpendapat cover novel Bayang ini amat mencurigakan dan berharap perasaan ingin tahu yang timbul daripada melihat cover novel ini dapat membuatkan orang ramai membeli buku ini.





"Bohemian adalah istilah untuk menyebut orang dengan gaya hidup artistik, menempatkan kebebasan ekspresi diri di atas segala keinginan lain, termasuk kekayaan, dan status sosial. Istilah ini berasal dari Perancis pada abad ke-19 karena masuknya orang gipsi yang diyakini berasal dari daerah Bohemia di Republik Ceko. Banyak penulis, seniman, penyair, dan filsuf menjalani serta menganjurkan gaya hidup bohemian di Paris abad ke-19. Ubat-ubatan, alkohol, dan gaya hidup yang lebih bebas terhadap ekspresi seksual dianggap sebagai bagian dari subkultur ini. Karena sering kekurangan uang, kaum bohemian umumnya tinggal di daerah perumahan murah di pinggir kota." - hasil carian google. Kalau pergi tengok info buku pun cuma tulis - Ini novel tentang seorang Bohemian, dan saya yakin sememangnya indo pendek tersebut menggambarkan keseluruhan isi buku ini.

Novel pertama Selut Press dan untuk novel ini, tajuknya pula  membuatkan wang kertas yang berada di dalam poket terasa seperti ditarik tarik keluar. 


Berminat? Klik tajuk buku untuk pergi ke halaman facebook buku buku ini, dan cara cara untuk membelinya ada disitu. Selamat membaca!

by zoul yazix, Saturday, 3 March 2012


7 Responses to Buku buku wajib selak Mac ini!

hanaahmad said...

aummmmm!

Hafiy Johari said...

haaaaaaaaaaaaaaaaaaa. :O

beautiful_rose said...

waa...time nak guna duit nilah banyak buku2 best keluar.... -_-"

Päk Läng said...

petik sayur si daun maman
makan berulam daun pegaga
habis tahun berganti zaman
kasihkan buku ku jadi papa

Qiez AR said...

the most uber impeccable beautiful charming dashing promo ever!

thank you zombie! I love tonnes!!

rhm slzr said...

I R I S E

APi said...

tiga dah dalam perjalanan, lagi dua.. =)