PERGI MATI

Aku telah lama mati dengan doa,
Yang kau tadahkan dengan kalimah 'pergi mati',
Di saat aku sedang berehat lama,
Dalam liang lahad,
Kau datang buat huru-hara,

Dan kejutkan aku dari kubur.

Sekarang ni kau pinta roh,
Datang masuk ke jasad,
Yang telah lama mereput,
Dimakan sumpah setia palsu kau.

Kau nak aku mati,
Aku dah mati,
Dah mati,
Mati.

Kau nak aku bangkit semula?
Apa yang kau nak?
Nak aku jadi jembalang?







8 Responses to PERGI MATI

Wadi AR said...

nanti ada hantu lain lak timbul

Iman Nur Aima said...

sadis tapi aku tergelak-gelak baca ini....

conundrum said...

sape seru aku bile aku dah mati aku bangun hisap kering semua..berani la..

BESI BISU said...

Sebenarnya puisi ini ialah puisi cinta di mana satu pihak telah didoakan dengan "pergi mati", maksudnya "pergi berambus kau dari hidup aku." tapi bila satu pihak tu dah berambus, satu pihak baru terhegeh-hegeh mencari satu pihak yang dah berambus tadi.

lavender harum wangi said...

Nyah lah kau dari siniiiiii. Pergilah mati, jangan kembaliiiiiiii.

lavender harum wangi said...

Ok, sedih. Tsk tsk tsk.

lavender harum wangi said...

Okbai.

SaddLone said...

jom jadi jembalang dan mati lagi.