Putihkan Aku
Pada baris baris
Yang menyentuh antara bahu
Hela hembus takbir
Dalam malam seribu satu
Telah terserak gundah kelabu
Membias wajah di hujung salam
Soal hati yang berselimut
Ucap janji yang menjerut
Dan dahi yang tak bersujud
Lalu basahlah jiwa dalam qiam
dan berserulah
Putihkan aku seperti pakaianku.
5 Responses to Putihkan Aku
aku baca tajuk, aku ingat akan ada tips untuk putihkan kulit aku ni..
hahahampa.
rasa terjentik.
putihkah?
kamoo sendiri yg tahu
Bukan mudah untuk terbuka meminta diputihkan..
Kerana satu noktah hitam sudah cukup menanam anak benih keegoan..
Andai sekilas terasa mahu membilas,
Bilaslah hingga putih bersih..
Syahdu
Post a Comment