Kerana ingin berpasangan..

Bila aku pandang ruangan itu, memori lama automatik mengulangtayang semula.
Sebuah tragedi berdarah. Yang merobek hatiku dan dia.
Air mataku belinang.

Terbayang tanganmu menggenggam pisau. Bersadurkan dendam yang membara.
Kau racun makan malam kita. Hanya aku mangsanya.

Dengan separa sedar.
Aku melihat engkau. Bermain tikaman di dada sendiri.
Sebelum kau rebah di sampingku. Saatnya roh pergi dari jasad.

Pada kesamaran waktu. Aku terlihat sesuatu.
Sekeping gambar yang kau genggam erat. Hingga saat kematianmu.
Tertera di dalamnya seorang aku dan wanita separuh abad.
Yang lebih engkau kenali. Lebih.

Sayang, maafkan aku dan ibumu.
Semoga kau bahagia di sana.