Dyscalculia


Dan aku melihat tepat
Ke jam tangan di tangan kananku
Jarum jam kaku
Jarum minit membeku
Jarum saat sedang tenat menunggu mati
Aku lihat angka-angka di permukaan jam
---berterabur
Mata aku mula berkaca
Ketika jam aku mati dan tidak bernyawa

Di bawah pokok aku bersandar
Ditemani dedaun kering
Ditemani butiran pasir halus
Ditemani kucing liar yang jinak bermain di kaki
Aku tidak tahu bila waktu yang tepat
Kau pergi tinggalkan aku.


4 Responses to Dyscalculia

bukankosong said...

jam dah mati tu,bateri habis

syed ikhmal said...

ya,sang aku pun sama tidak pernah tahu bila waktu ditinggalkan

Ariff Masrom said...

Guna jam pasir lah lepas ni. takde bateri.

lipan said...

bersyukurlah,
dia sudah tiada,
mana tahu,
dia tali barut Israel betopeng melayu,
dia penyebar sakit berjangkit,
atau dia sejantina kamu,
yela mana la tahu,

tapi syukurlah,
kerana kau tetap ada DIA,
mahu sesuatu, minta saja,
apa-apa,
bila-bila,
mana-mana,
DIA sentisa ada,

kecewa kerana manusia?
buat apa?
pasti memang tiada guna.
kalau kau mahu dia yang lama juga,
minta pada DIA