Pita Kenangan
Jika kenangan pahit yang berputar di ruang minda boleh diandaikan seperti
pita rakaman, pasti sekarang aku sedang sibuk mencari pisau. Mahu saja
aku kerat babak-babak yang menyakitkan itu kemudian aku gantikan
dengan kepingan pita baru yang berwarna hijau muda, teal, ungu
dan light salmon.
Malangnya pisau itu tiada.
Jadi,suka
atau tidak, pita ini harus terus terpasang dan hanya akan terhenti jika
aku ditimpa amnesia, alzheimer atau meninggal dunia.
Hari
demi hari, aku menjadi penonton setia kepada pita rakaman yang
terpasang. Ironinya hanya aku seorang yang dapat menontonnya, maka
sekaligus aku jugalah yang menjadi hakim tunggal. Hinggalah tiba satu
momen, aku hampir hilang perkataan untuk merungut dan sesak nafas untuk
mengeluh. Aku juga sudah ketandusan tenaga untuk mencari pisau yang
langsung tidak kelihatan.
Maka kali ini, aku tekad
menamatkan pencarian. Yang aku perlu adalah menggulung pita ini sebaik
mungkin dan menyimpannya kemas-kemas di sebalik cranium otak. Kerana
mungkin suatu hari nanti, semua orang akan meninggalkan aku.. lalu
yang tinggal hanyalah pita ini sebagai teman karib.
Siapa tahu, mungkin waktu itu aku akan tertawa sendirian menontonnya. Masa bisa menjadi gula untuk hilangkan kepahitan momen lampau, kawan.
Mungkin.
4 Responses to Pita Kenangan
Mungkin pita rakaman itu bisa ditukar dengan kepingan rekod hitam legam..
Agar mudah untuk dipatahkan saat terputar lagu sarat metalika..
Simpan pita itu. Suatu hr boleh ditunjukkan pada org lain sbg pengajaran bukan?
sha usd: padu. besar maknanya
ezan: setuju. boleh jadi
:)
Haha. Sekadar memberi sedikit buah fikiran.. ^,-
Post a Comment