Kerana Bulan Tidak Pernah Meninggalkan Langit Di Waktu Malam
Dan aku terlihat
Sepasang sayap putih
Terbang ke daratan ini
Mendekati gadis yang menangis dalam doanya
Dan memeluk jiwa yang membeku
Kesejukan
Dan aku terdengar
Esakan perlahan;
---suara rindu
Memenuhi setiap ruangan yang berudara
Dan menarik aku untuk bersama
Berkongsi tangisan bersamanya
Hilangkan sedunya malam ini
Dan aku terpandang
Di sudut paling hujung sebelah sana
Sepasang sayap putih
Sedang tersenyum melihat aku
Dan dia langsung terbang ke atas semula
Bersama doa si gadis berjiwa ais
Membiarkan aku memeluk jiwa
Dan dikala malam yang sepi ini
Aku terdengar sedu si gadis berjiwa ais;
---Terima kasih, wahai jiwa yang tenang.
Aku tersenyum dan melihatnya
Lalu berkata lah aku;
---Tuhan sedang menanti doa-doamu. Teruskan tersenyum.
5 Responses to Kerana Bulan Tidak Pernah Meninggalkan Langit Di Waktu Malam
o - la -la! hebat kau nulis puisi.
haha. Terima kasih. Takde lah hebat mana pun.
your words are just so beautiful, sir.
hebat anda ni :D
Thank you, miss Qiez and mr Syed.
Post a Comment