hingar aku dalam kepekakan


Aku, aku sudah bosan dengan bebelanmu oh sayang. Lalu dengan nekad aku menikam kedua-dua belah telingaku dengan copstik dan merentap keluar sesuatu. Aku lemparkan kedua-dua mereka ke hadapan Belang yang tergolek malas. Belang, hanya separuh mata menjenguk, kemudian menyambung malasnya. Belang sudah kenyang barangkali, fikirku.

Kecewa, aku tunduk ingin mengutipnya kembali tetapi pantas sahaja cemetimu menyambar dahulu; cemetimu yang panjang, yang berapi. Dan kamu masukkannya ke dalam mulut, sekelip mata sudah tercerna dalam perut.

Sekarang, aku sudah tuli namun aku masih menerima frekuensimu, biarpun kamu langsung tiada bersuara. Balam-balam hingar-putih terngiang-ngiang dalam benakku bagai kod sulit, yang hanya difahami olehmu, bidadari tidak sempurna ku.

Seusai itu kamu pasti cari nasi. Atau ayam mcdeluxe pedas. Atau roti pisang.

by ahmad, Wednesday 22 August 2012