Reviu cerpen Cethu dan Barista Cinta (FIXI)
2
"Cepat bawakan aku lari daripadanya." pohon Julia dengan wajah yang cemas.
Tanpa amaran, sebutir peluru melayang menembusi kepala seorang kanak-kanak yang sedang bermain belon satu meter disebelah kita. Darah terpancut dan otaknya lebur. Sejurus selepas itu, jeritan seorang wanita mengisi ruang bunyi yang hiruk pikuk tadi. Aku pantas memimpin tangan Julia, mencelah masuk kedalam khalayak padat di pasar malam. Moga-moga dapat lari daripada pembunuh yang memburu kita berdua.
Julia kelihatan kurang selesa dengan tengikan bau ikan dan sayur busuk disekitar. Kami melangkah deras. Ada beberapa ketika kami berlanggar bahu dengan orang-orang lain. Sesekali, aku menoleh ke belakang, melihat pemburu nyawa kami semakin menghampiri dengan pistol ditangan kanannya.
"Berhenti!"
PANG!
Satu tembakan dilepaskan ke udara. Mereka yang berada dipasar ketika itu cepat-cepat tunduk meniarap, bimbang sekiranya mereka pula yang menjadi sasaran peluru yang seterusnya. Ada yang bertolak-tolak, menarik-narik. Keadaan sudah tidak terkawal. Seorang ibu disebelah aku tangkas mendukung anak kecilnya, naluri untuk melindung anak dari bahaya.
Dalam keadaan yang sesak, fikiran aku berserabut. Wajah Julia pucat lesi. Kami berjaya meloloskan diri daripada pasar tadi dan kini sedang berlari menuju ke stesen LRT. Syukurlah kaunter membeli tiket lenggang.
Sesudah membeli tiket, kami duduk diatas bangku menunggu ketibaan tren. Menurut papan tanda, tren yang seterusnya akan sampai dalam masa 2 minit lagi, tak lama. Aku menghela nafas lega.
"Kenapa, kenapa dia kejar kita?"
Julia tak menjawab. Senyap. Dia menoleh kebelakang untuk pastikan kami tidak diekori. Kelibat pembunuh tadi sudah tidak kelihatan. Ghaib.
Julia mengambil tangan aku, diramasnya lembut. Aku menatap mukanya yang pucat tadi, kini sedikit tenang. Pipi putih gebu-gebunya membentuk lesung pipit bila dia senyum. Pada saat itu, aku pun terasa indah. Seolah-olah tiada apa-apa lagi yang menghantui walhal beberapa minit tadi, kami berlari-larian seperti pelarian mangsa perang Bosnia.
Tren datang.
Aku berdiri, diikuti Julia. Berpegang tangan erat. Beberapa orang bersesak-sesak mahu merebut tempat duduk. Kami tak pedulikan sangat tentang tempat duduk, asalkan sempat naik tren dan asalkan kami berdua ada disisi masing-masing sudah lebih dari cukup. Aku cium dahi lembut Julia, dia membalas senyuman tulus.
Aku membayangkan hari-hari aku bersama dia nanti, di kampung bersebelahan pantai. Tren ini akan membawa kami jauh daripada kota yang kejam ini menuju ke halaman yang damai. Disana, aku dan dia meniti alam tua, membesarkan anak-anak tercinta. Duduk bersama diaatas batu sambil mengira waktu senjanya alam. Disana nantilah aku akan habiskan sisa baki hidup bersama seorang bidadari. Ah, terlalu indah!
Pakcik berserban didepan kami menunjukkan muka kelat.
Tiga saat sebelum pintu tren ditutup, pembunuh yang memburu kami tadi muncul dari hujung kaunter. Wajah bengisnya menunjukkan dia belum berputus asa. Dia berlari meluru kearah kami sambil pistolnya digenggam kuat.
Aku tidak dapat mengingat butir-butir yang berlaku pada hari Selasa itu. Kedengaran bunyi tembakan yang kuat, jerit-jerit ketakutan orang disekeliling, dan apa yang aku tahu, Julia sudah terbaring disebelah berlumuran darah. Mungkin sebelum pintu tren tertutup, si pembunuh tadi sempat melepaskan tembakannya.
Tren bergerak meninggalkan stesen.
Aku sentuh tubuh Julia, semakin sejuk. Nafasnya semakin surut. Wajah cantiknya semakin pudar. Aku soal dia, "Siapa lelaki yang memburu kita tadi?" Pakcik yang beserban tadi datang cuba membantu. Sayangnya, dia bukan doktor. Lagipun ajal Julia memang tidak dapat diselamatkan lagi dalam keadaan yang parah seperti ini.
Julia pandang tepat kemata. Matanya penuh sakit dan sengsara. Dia cuba berkata sesuatu, tetapi samar-samar. Dengan baki tenaga yang tersisa, Julia menghampiri telingaku seraya berbisik enam buah perkataan yang aku tidak akan lupa sampai bila-bila.
"Itu adalah kau yang satu lagi."
betis Midah Lenggok licin. macam diguna Veet. Hasyim Bazooka nampak
sehelai batik terlucut, tersungkur di hujung kaki Midah Lenggok.
kemudian celana dalam Midah Lenggok yang berwarna hitam. seterusnya
kutang warna sama. gumpalan kain itu disepak Midah Lenggok, tepat ke
lubang di mana mata Hasyim Bazooka mengintai.
walaupun lubang itu kecil tapi bau Midah Lenggok menusuk rongga hidung Hasyim Bazooka. bau bunga kemboja. harum. misterius.
Midah Lenggok menjeling manja. sengaja bibirnya yang lebih seksi
berbanding pelakon-baru-yang-tak-berapa-nak-berbakat Kilafairy dimuncung
sediki ala Marilyn Monroe. sampai sahaja Midah Lenggok di hadapan
Hasyim Bazooka, satu senyuman diberi. terserlah lesung pipit kiri kanan
Midah Lenggok. terpengsan ahlil mesjid Kampong Seri Merenek dikerjakan
senyuman itu. dan secepat itu juga anak dara itu berlalu pergi,
meninggalkan Hasyim Bazooka hampir kesawanan.
Midah muncung sedikit, bagai mencium angin |
ep. [01]
__This story is written by an anonymous.
Hasyim amat gagah. malah kerana kegagahan beliau digelar Hasyim Bazooka.
ya bukanlah beliau gagah di medan perang. perang apa? mendengar ganyang
Malaysia pun beliau terasa mahu lari ke Republik Singapura. bukan gagah
itulah, Hasyim Bazooka gagah dengan kejantanan beliau.
dalam Kampong Seri Merenek siapa tidak kenal Hasyim Bazooka? mendengar
namanya saja sudah pastilah semua wanita tak kira usia bertempiaran lari
bimbang diroket Hasyim lagi. pendek kata Hasyim Bazooka tidak mengenal
mangsa. anak dara sunti, tunang orang, bini orang, nenek orang habis
semua jadi lauknya.
tinggallah satu-satunya anak dara di dalam kampung itu. si jelita,
bermata bulat berambut ikal hitam berkilat guna-jari-pun-boleh. namanya
Midah Lenggok. memang sudah menjadi nawaitu Hasyim Bazooka bahawasanya
Midah Lenggok akan menjadi mangsa terakhir beliau dalam kampung ini.
Midah Lenggok pula entah kenapa sepertinya tidak takut dengan Hasyim
Bazooka. selamba dia melintasi Hasyim Bazooka di kedai runcit Wak
Norman. orang-orang kampung berpangkat ahli mesjid juga boleh meleleh
ayer liur, inikan pula bila Hasyim Bazooka yang terlihat dia. bukan
setakat meleleh ayer liur malahan berdarah hidung melihat keanggunan
Midah Lenggok yang berambut siput tinggi berbaju kebaya Kota Bharu warna
putih gading.
bersambung...
Iklan bilik sewa itu tiada gambar, tiada harga, tiada tempat, tiada nama. Yang ada cuma nombor talipon. Setelah berminggu mencari, Samael Jiwa agak akhirnya dia telah berjumpa dengan sebuah bilik murah yang berjarak lebih kurang sepelaung dari tempat kerja barunya. Susah kalau tak berkenderaan di kota keriangan ini. Samael Jiwa berjanji dengan tuan bilik itu (seorang perempuan, harapnya cantik) untuk bertemu di Paylessbooks Amcorp Mall. Samael Jiwa tiba setengah jam lewat daripada yang dijanjikan kerana tren rosak di Setiawangsa. Namanya Mariam. Sama macam nama nenek aku, gelak Samael Jiwa dalam hati. Tapi cantik juga orangnya. Tidaklah cantik sampai tak berkelip mata Samael Jiwa memandangnya tapi oklah, manisnya ada. Di celah-celah rak buku sedikit berhabuk, Mariam mengeluarkan kunci dari kocek belakang jeans kemudian membuka satu-satunya pintu di dadanya, sedikit ke kiri. Lompong saja dalamnya. Katanya inilah bilik yang dia nak sewakan, sorilah sebab sedikit berhabuk. Ok ke tak?
Kita tak perlu pemerintah,
hanya pengurus utiliti
Tenaga elektrik, air bersih
barangan runcit, cara komunikasi
cara pengangkutan dan perumahan.
Bukan jari menunding,
menentu yang baik dan buruk,
betul mahupun salah.
Jari-jari yang menulis undang-undang,
menjaga kepentingan yang ada dari yang tiada,
melindungi yang sedikit dari ramai,
mendaulatkan yang mulia dari kebiasaan,
bermula dengan penerimaan kemiskinan sebagai satu cara hidup.
Kita mesti menjadikan dunia ini selamat untuk kemiskinan
tanpa pergantungan kepada pemerintah.
Kita tak perlu banjaran bayangan terlukis di peta dunia
yang memisah manusia sejagat.
Banjaran berbatu granit pun dibuat terowong
dengan kurnia akal tercipta
kerna tak semua tanahnya subur dan kaya
biar manusia ini bebas bercinta.
Pekerjaan tidak lagi munasabah,
pekerjaan kini sepatutnya usang.
Kita telah mencipta mesin untuk melakukannya untuk kita
jentera dan mesin yang maju
di perkilangan atau lombong.
Mengapa masih lagi masa berkerja itu sama?
Mengapa masih gaji itu rendah?
Mengapa masih harga barangan makin mahal?
Sekarang kita telah tidak perlu berbuat apa-apa
Apa yang kita akan lakukan?
Melihat pada peta dunia geodesik Fuller,
kita lihat bahawa Bumi adalah sebuah pulau tunggal.
Kita mesti memberi semua orang apa yang mereka perlukan untuk hidup
dalam apa jua cara yang mereka mahu.
__This is written by an anonymous.