Zine Satu Malam Di #PekanFrinjan!

Hai, assalamualaikum dan selamat sejahtera. Oh, sedikit pengumuman: Frinjan datang lagi!



Seperti yang tertera di risalah edaran, #PekanFrinjan 3 Mei ini akan berlangsung di Dataran Anak Muda, Taman Medan, Petaling Jaya. Macam biasa, kami dari ZSM akan berkubu di satu booth menjual merch dan semestinya zine! Acara ini juga penting secara peribadinya bagi ZSM kerana setiap dari kami baru pulang dari tidur yang panjang di mana di dalamnya ada anjing, ada mesin taip yang boleh bercakap, ada kaum manusia-meja-kerja, ada cinta yang berbentuk pohon ru, ada gadis cerdik yang memukau, ada taman hiburan yang melalaikan, ada topeng-topeng haiwan, ah macam-macamlah yang ngeri. Makanya penyertaan ZSM di Pekan Frinjan kali ini seolah kelahiran semula, atau inkarnasi bagi setiap dari kami, macam Marvel Now atau DC New 52. Kami kembali ke petak pertama!

ZSM bersama kembar kecil TanpaNama akan menerbitkan empat zine serba baharu yakni:

#MensRea (ZSM): zine koleksi cerpen kegelinciran ke
zon hitam, nihilistik dan angker. Kegelapan memang ada
di dalam diri manusia, ia tak pernah pupus!


#Ortus (ZSM): zine koleksi sajak, puisi dan catatan yang
bermain di dalam tema kebangkitan, kelahiran semula,
dan semangat baharu. Jika semuanya pincang, reset sahaja!


#Falsetto (ZSM): zine campuran cerpen, catatan dan puisi perihal
kisah-kisah dari kotak musik/ radio.
Sila gunakan frekuensi yang jujur!


#ParaPelukisAirMata (TanpaNama): kumpulan sajak-sajak kemurungan,
kehilangan, kematian, dan kesedihan. Kadang-kala,
biarkan saja sisi yang lain mengambil alih!


Makanya datanglah beramai-ramai bawa famili, kawan-kawan yang kita suka, chenta, dan sebarkan acara ini di khalayak! Lawati link berikut untuk info:

1. Frinjan (FacebookTwitter)

In by m o y a, Thursday 30 April 2015